BAB 13

Romance Completed 3997

“Erk, sorry doktor. Nanti saya basuh, ya?” Nasuha sedar keterlanjuran. Senang-senang saja guna sapu tangan orang untuk buang hingus bagai.

“Tak apa, awak simpan saja sapu tangan tu. Kalau Nasuha nak lebih daripada itupun saya boleh bagi.” Doktor Karnain membalas.

Nasuha jadi bingung. Dahlah kepala dia tengah biul. Doktor Karnain ni pula nak bergurau pun tak kena tempat. Bukankah dia tengah sedih dengan pemergian Hadid.

“Kaicha! Kaicha! Man dan okay! Kaicha janganlah nangis.” Hadid menerpa ke arah Nasuha dan bercakap dengan dialek ciptaan sendirinya tetapi masih dapat difahami Nasuha. Hadid siap menyapu titisan air mata yang masih berbekas pada pipi Nasuha. Terharu hati Nasuha melihatnya. Bahkan sesiapapun sahaja yang melihat pasti akan tersentuh dengan adegan itu.

“Itulah, lain kali jangan buat kesimpulan sendiri. Tengok betul-betul. Dengar betul-betul. Dan kemudian fikirlah dengan betul-betul. Budak tu letak ubat di bawah lidah pagi tadi, kemudian di ludahnya keluar. Itu yang demam dia tiba-tiba saja terlebih panas. Ugut sikit tadi, semua dia dah cakap dalam bilik rawatan.” Hadid hanya sengih mendengar penjelasan Doktor Karnain.

Hadid sudah mula sedikit bertenaga walaupun demamnya masih ada. Nasuha yang malu dengan tindakannya yang meluru, sibuk melayan Hadid. Ditidurkannya Hadid sambil ditepuk perlahan-lahan badan kanak-kanak itu.

Melihat Nasuha diam, Doktor Karnain bangun dan mahu berlalu pergi. Menapak beberapa langkah, doktor muda itu berhenti semerta. Dia berpaling dan berdeham kecil. Nasuha memandang kepadanya.

“Nasib awak tak peluk saya masa buat drama air mata tadi kan? Kalau ya pun peluk, saya tak marah. Suka lagi adalah!” Selamba Doktor Karnain menutur dan menapak keluar.

Nasuha yang mendengar sudah berbahang di pipi. Sekarang ini dia pula terasa seperti mahu pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience