> S2_17

Detective Completed 4964

Hari ini sudah mencapai hari terakhir sebelum ketenteraman kepolisian diragut paksa Atiqah.

Semestinya banyak kejadian yang terjadi, seperti ancaman dari kerosakan data, kehancuran kereta ketua polis, kecurian ansuransi kepolisian, kerjasama ditarik...

Tuan Hussein

Sepertinya Tuan Hussein sudah memutuskan sesuatu. Tidak tahu yang menghancurkan diri sendiri atau menghancurkan hati masyarakat.

Yang pasti kini Tuan Hussein sudah berada di perjalanan menuju gedung yang dipesan Atiqah.

Mata Tuan Hussein menandakan dia rapuh saat ini.

> ATIQAH <

Disebuah ruang dimana kiri kanannya penuh dengan lumut hijau berserta dinding batu . Lantai pula daun bertebaran mengikut alur tanah rata.

Atiqah yang sedang duduk tenang di tingkap setengah pecah itu sedang memerhati laptopnya.

" hehehehe " tiba tiba Atiqah senyum sendiri.

Jari telunjuk Atiqah bergerak gerak diudara menandakan tidak sabar menantikan akan sesuatu.

Tuk ~ Jari telunjuknya menekan sebuah batton di laptopnya.

....

Disebuah penjara besi, kiri kanannya menunjukkan penjenayah berbaju hijau.

Tiba tiba

" Arghhhhhhh tolongg arghh " Suara itu persih suara Foza yang menjerit

Back ke Atiqah.

Dari tingkap setengah pecah itu Atiqah dapat melihat sebuah kereta kelabu masuk ke pekarangan gedung ini.

" Aku bukan tuhan, aku taktahu apa yang dia fikir. Aku manusia cerdik.. Sangat faham dengan gerak geri mengendap itu " Ucap Atiqah melihat kearah Tuan Hussein yang baru keluar dari kereta itu.

Atiqah menutup laptopnya dan berjalan keluar.

Tuan Hussein

Satu persatu tangga dinaikinya, Dari anak tangga pertama hingga dimana Tuan Hussein berada sekarang, semua tangga hampir roboh ada juga yang pecah seribu.

Dengan hati hati Tuan Hussein naik mengikut petunjuk yang Atiqah tinggal pada sebuah kertas dan dilekat di dinding kanan.

Sampailah disebuah ruang kecil , tertutup daun daun pada lantai sehingga tidak terlihat lagi lantai yang retak. Dilain tempat.. Cahaya juga tidak masuk kerana ruang yang sangat tertutup.

Samar samar Tuan Hussein dapat melihat banyangan seorang gadis, yang mempunyai rambut tergerai panjang serta berhoodie. Dia tinggi sambil ditangannya memegang sesuatu.

" kau datang sendiri ? " Soal Atiqah dari banyangan gadis itu

" seperti yang kamu lihat. Tiada orang lain. " jawab Tuan Hussein

Tuan Hussein yang mendapatkan Atiqah diam. Mula bercakap lagi

" apa yang kamu fikir. Bukan seperti itu. Papa kamu meninggal kerana kepandaiannya. Jika saja uncle tak bawa papa kamu balik saat itu, kamu juga mungkin takdapat lihat papa kamu untuk terakhir kali. Ya uncle faham, papa kamu meninggal kerana terlambat. Tapi sebelumnya uncle dah boleh lihat. Papa kamu tertembak dengan peluru yang sudah dicampur racun baru. Sangat mematikan. Sampai sekarang tiada penawar.

Papa kamu tahu tentang itu.. Kerana itu papa kamu lebih memilih untuk berjumpa anak anaknya. Kerana walaupun dibawa ke hospital.. Itu takkan bertahan lama... " Terang Tuan Hussein memandang sayu Atiqah yang hanya dilihat gelap dengan ruang gelap tanpa cahaya itu

Atiqah berjalan tepat kearah Tuan Hussein

" sudah habis ? Papa pernah cakap.. Orang yang banyak cakap dan memberi keterangan ni.. Kemungkinan persalah..."

Tiba tiba Tuan Hussein merasakan sesuatu yang tajam menusuk perutnya

" kau datang sini untuk menyerah diri. Itu kerana kau salah.. Kau tahu ? Benda bodoh yang kau buat.. Akan sampai ke anak kau juga .. "

Srekk ~ Pisau yang Atiqah pegang lalu menyerang lengan Tuan Hussein pula

" sebelumnya aku dah tahu Afiq yang pura pura jadi cikgu tu adalah anak kau... Yaa... Setelah dia buat masalah dengan kepercayaan aku.. Aku niat untuk balas. "

" kau tahu ? Mulanya aku nak beri pada Afiq maklumat Marbo ketika masih berkerjasama.. Tapi setelah dia belot.. Aku yang berkerjasama dengan Marbo.. dan berniat membalas Afiq..

Beruntung dia sendiri yang datang dan aku tak perlu cari cari lagi.. Marbo pun dah percayakan aku. Semuanya jadi lebih mudah... "

" tapi aku.. Lebih bencikan kau. "

Srek srek ~ pisau yang berlumuran darah tu Atiqah menusuk kedua kaki Tuan Hussein. Namun Tuan hussein masih diam

" Aku hilang abang long.. Aku hilang abang Fuzel.. Aku hilang kepercayaan diri aku.. Hari hari diancam, diburu. Aku juga hampir kehilangan Dellia sang sahabat, aku juga hampir hilang adik kecil aku , si Jihah. Itu semua kerana IKWAN SANG SAHABAT ANAK KAU !! Dia yang bodoh kerana salah faham ! Aku yang kena imbas !

Orang yang tak bersalah yang mati. Dan semasa akh nak balas semua tu.. Eh boleh pula anak kau bantu si bodoh tu ? Ahahaha.. Kau tahu ?

Kebengapan anak kau tu jatuh dari siapa ? Ahahaha tentu dari kau !. "

Atiqah perlahan bergerak ke belakang ketika sudah melihat Tuan Hussein jatuh dan tidak dapat menopang dirinya lagi

" ini.. " suara Atiqah mengendur " balasan buat kau yang terlalu bijak mendidik anak kau, dan membantu papa bawa jumpa kami. Maafkan aku..kerana tak percayakan kau. " Atiqah menunduk bila mengingat kenyataan yang dia belajar setelah berkerjasama dengan Marbo.

Ketika Atiqah berkerjasama dengan Marbo.. Atiqah dapat tahu ada peluru beracun dan masih takdapat jumpa penawarnya. Dan peluru tu sama seperti peluru yang tembus ke jantung papanya.

Tuan Hussein melihat ke banyangan hitam itu.. Yang mulanya hanya ada aura kemarahan dan kekesalannya. Sekarang hanya ada kesalahan dan kehancuran.

Atiqah jalan kearah Tuan Hussein dan membantunya berdiri sambil berjalan keluar menuju hospital.

Tuan Hussein tak dapat berkata kata dengan kelakuan baik Atiqah yang tak pernah ditunjukkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience