BAB 5

Romance Completed 5886

Razif sudah meminta Melissa bersiap untuk keluar menikmati hidangan
malam. Lelaki itu terlebih dahulu memaklumkan kepadanya untuk keluar
sebentar. Ah, baik benar suaminya yang baru dinikahi itu. Mahu keluar
sebentar pun diberitahu. Alangkah bahagianya jika dia tidak terdengar
perbualan ayahnya bersama Razif beberapa hari sebelum pernikahan.
Mungkin dia tidak perlu teragak-agak menerima Razif sepenuhnya sebagai
seorang suami. Tetapi mungkin sahaja Tuhan mahu dia terdengar perbualan
itu. Dan kerana itu dia tahu mengapa Razif menerima dirinya sebagai isteri.

Melissa mengenakan Maxi Dress berenda Perancis yang terdedah di
bahagian dada. Kemudian diambilnya sehelai pashmina kosong tanpa corak
lalu dililitkan bahagian dada dan leher yang agak terbuka itu. Rambutnya
dibiar lepas. Wajah disolek nipis. Pelembap bibir dikenakan. Usai
memakai anting-anting di sebelah telinga kiri, terdengar pintu bilik
terkuak dari arah luar. Melissa menoleh. Razif. Suaminya itu memakai
seluar bermuda berwarna coklat dan kemeja cotton putih berlengan
pendek. Nampak ringkas. Dia pula yang seperti terlebih berhias, padahal
hendak makan di bawah sahaja. Bukannya ada candle light dinner/pun!

“Dah siap ke Mel?” Tanya Razif.

Mellisa mengangguk.

“Jom!” Ajak Razif. Tangan kanan dihulurkan kepada Melissa. Hendak tak
hendak, Melissa menyambut juga huluran tangan Razif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience