BAB 8

Romance Completed 5886

Entah pukul berapa, tiba-tiba mata Melissa terbuka. Jam di sisi katil
dicapai. Pukul 5.15 pagi. Sekejap lagi waktu Subuh akan menjelang.
Melissa mula duduk sambil bersandar pada kepala katil. Dilihatnya Razif
di sebelah. Suaminya itu masih lena. Melissa sendiri tidak pasti pukul
berapa matanya terpejam malam tadi. Diperhatikan wajah Razif yang sudah
jauh berlayar ke alam mimpi. Rasa bersalah menggunung kerana lena itu
dia yang ciptakan.

“Ah, kalaulah aku tak dengar perbualan ayah dan Abang Razif, mesti aku
tak akan buat begini,” Melissa meluahkan rasa hati.
Melissa memandang ke arah Razif lagi. Berapa lama dia mahu meneruskan
taktik sebegini. Sehari dia yang telan pil tidur. Hari berikutnya
diberikannya kepada Razif tanpa lelaki itu sedar. Esok atau lusa pasti
lelaki itu akan sedar juga.

“Apa kata, kalau aku buat seolah-olah malam tadi...,” Idea itu datang
secara spontan.

Melissa pantas bangkit. Kaki Razif dipicit perlahan. Lelaki itu tidak
memberikan sebarang respon. Pantas jari-jemari milik Melissa mula
membuka butang baju lelaki itu. Baju Razif sudah ditanggalkan dan
dilempar ke lantai. Mata Melissa meratah badan Razif yang tidak berbaju.
Liur ditelan kesat. Kemudian tangannya mula membuka tali pinggang yang
dipakai Razif. Menggigil tangan Melissa tatkala menarik zip seluar
suaminya. Matanya dipejam. Selesai menanggalkan seluar Razif,
dilemparkannya ke sisi katil. Kemudian, Melissa pantas mencapai selimut
lalu menutup bahagian tubuh suaminya yang terdedah seksi yang sekadar
mengenakan boxer. Langkah seterusnya, direnyukkan cadar. Sebiji bantal
dicampakkan ke lantai. Seterusnya, dia mencari gincu merah. Dicalitkan
pada cadar. Dibuat gayanya seolah-olah tompokan darah. Selesai semua,
Melissa melangkah ke kamar mandi. Saat pintu bilik mandi tertutup, mata
Razif yang terpejam terbuka!

Melissa diam di dalam kamar mandi. Dia hanya berdiri di bawah pancuran
air. Titisan air membasahi tubuhnya yang masih berbaju. Perlahan-lahan
badannya melurut ke lantai. Dia terduduk di bawah pancuran air itu.
Dalam masa yang sama matanya juga turut memuntahkan gerimis. Tidak
pernah dia menyalahkan takdir. Tidak layak dia persoalkan ketentuan.
Siapa dia? Hanya seorang makhluk biasa yang lemah. Tuhan menciptakan
dirinya sempurna pada pandangan mata luar. Paras wajah yang indah.
Matanya yang bundar. Kulitnya yang putih gebu. Lesung pipit di sebelah
pipi kiri. Tahi lalat kecil di hujung bibir. Sempurna. Tetapi hanya pada
perkiraan semata. Hakikatnya tetap ada yang kurang pada dirinya.
Bukankah dia cuma seorang insan biasa? Lalu sudah pasti sempurna itu
mustahil untuk didukung oleh makhluk ciptaan seperti dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience