BAB 9

Romance Completed 5886

Sedari kecil Melissa telah disahkan menghidap penyakit asma. Ada
ketikanya dia akan semput teruk tatkala penyakit itu menyerangnya.
Namun, semakin meningkat dewasa, kebarangkalian penyakit asmanya
bertandang agak kurang sementelahan dia begitu berjaga-jaga.
Persekitarannya sentiasa dipastikan bersih. Sama ada dari aspek pakaian
mahupun tempat tinggal. Kamar peribadinya sentiasa dijaga rapi. Habuk
dan hama dipastikan tiada kerana debuan inilah yang akan berperanan
memangkinkan asma di dalam tubuhnya kembali bermaharajalela. Disebabkan
terlalu berhati-hati, maka ada saatnya Melissa terpaksa menolak untuk
menyertai aktiviti lasak dan agresif kerana mudah terasa penat. Walau
bagaimanapun, Melissa bukanlah seorang yang suka merungut. Tetapi pabila
ayahnya berbicara dengan Razif tentang dirinya beberapa waktu sebelum
menikah segala kepasrahan hatinya turut berubah. Isi perbualan antara
Razif dan ayahnya melontarkan Melissa dalam sebuah persoalan yang
sebelum ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Zif, Pak Long nak cakap sedikit dengan kamu,” Faisal menahan langkah
Razif yang kebetulan baru sahaja singgah di rumah pusaka itu. Melissa
dan ayahnya juga baru tiba ke rumah pusaka tersebut. Kedatangan mereka
adalah untuk membincangkan hal ehwal berkaitan perkahwinan. Melissa dan
Razif.

“Ada apa Pak Long?” Razif melangkah ke arah Faisal. Dia mengambil ruang
sofa berhadapan dengan Pak Longnya itu. Mungkin ada sesuatu yang penting
yang ingin disampaikan. Hati Razif berteka-teki sendiri lantaran wajah
Faisal yang kelihatan serius semacam.

“Begini, Pak Long tahu kamu dan Mel dah kenal dari kecil dulu. Kamu
pernah main sama-sama. Membesar bersama-sama dalam rumah ni, sampailah
Pak Long bawa Mel pindah dulu. Jadi bila Pak Long usulkan cadangan untuk
satukan kamu dengan Mel kepada ayah kamu, Pak Long rasa gembira sangat
bila kamu setuju dan ayah kamu pun tiada halangan,” Faisal memulakan bicara.

Razif hanya mendengar. Entah apa pula yang cuba disampaikan oleh Pak
Longnya itu. Harap-harap tak ada apa-apa masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience