BAB 11

Romance Completed 5886

Melissa masih diam. Cuma air matanya kembali menitis. Mutiaranya jatuh
terkena wajah Razif. Razif mengangkat kepala memandang wajah Melissa.
Spontan tangannya menyapu tubir mata isterinya.
“Tak perlu menangis, Mel. Cuma jawab saja. Kita perlu berbincang. Jangan
pendam masalah seorang diri, Mel. Inai di tangan pun masih merah. Tak
perlu kita nak mulakan perhubungan ini dengan duka lara Melissa,” Razif
terus bermadah.

“Saya tak sempurna, awak. Saya ada penyakit. Saya tak mampu nak jadi
isteri yang baik. Awak terima saya sebab rasa hormat kepada ayah saya
kan? Saya sendiri pun tak pasti sejauh mana dapat puaskan awak. Saya
rasa teruk sangat. Awak tahu tak bagaimana rasanya bila jadi orang yang
tak berguna?” Melissa berlagu sendu.

“Mel, saya memang hormatkan Pak Long. Tapi itu bukan sebabnya saya
terima awak. Saya dah lama suka pada awak, Mel. Rasa sayang dari kecil
memang bercambah jadi cinta. Cuma bila masing-masing dah dewasa kita
sudah jarang bertemu. Tapi itu tak bermakna saya dah lupakan semua
kenangan lama. Bila ada apa-apa majlis di kampung, mesti saya
tercari-cari awak. Memang saya tak pernah lafazkan kata cinta, tapi mata
saya tak pernah bohong Mel. Mata saya ini memang penuh dengan rasa kasih
dan cinta pada awak,” Razif membalas luahan rasa Melissa.

“Jujurnya, memang saya pun sayangkan awak. Sebab itu saya terima
cadangan ayah tanpa halangan. Tapi selepas terdengar perbualan antara
awak dan ayah tempoh hari, saya rasa takut sangat. Saya takut
kalau-kalau tak dapat jadi isteri yang sempurna disebabkan penyakit saya
tu. Sebab itu saya masukkan pil tidur dalam minuman awak. Malam kita
kahwin pula, saya sendiri yang telan dua biji. Saya takut sangat
kalau-kalau saya tak dapat nak layan awak di tempat tidur,” Melissa
menyuarakan kebimbangan hakikinya.

“Astaga, Melissa! Awak ingat perkahwinan itu hanya untuk tuntutan batin
semata-mata? Memang saya tak nafikan, hubungan seksual itu merupakan
antara satu faktor seseorang itu berkahwin. Tetapi bukan semata-mata
kerana itu sahaja semua orang berkahwin, Mel. Lagipun, dunia perubatan
tak ada kata pun penyakit asma boleh jejaskan hubungan kelamin. Hanya
awak sahaja yang fikir lebih-lebih, kemudian pendam dan ambil tindakan
sendiri. Kalaupun ada masalah, kita akan hadapinya sama-sama. Saya
takkan tergamak tinggalkan awal, Mel. Seorang lelaki yang menerima
isteri dia semata-mata kerana memberikan kepuasan batin itu bukan suami
namanya, Mel. Dan saya hanya mahu menjadi suami kepada awak.
Satu-satunya wanita yang saya cinta,”

“Saya minta maaf awak,” Melissa mencapai tangan Razif dan mengucupnya.
Air matanya berjurai. Menyesal mengambil tindakan sendiri tanpa
berbincang terlebih dahulu. Bukankah setiap masalah itu pasti ada
penyelesaiannya. Jika tidak ketemu sekalipun, bukankah kepada Dia
disuruh berserah?

“Saya maafkan awak, Mel. Tapi dengan syarat, panggil saya abang ya,
selepas ni. Panggilan itu pengikat kasih suami isteri,” Razif membuat
permintaan.

“Itu aja? Baiklah abang! Mel, akan panggil abang sebagai abang
selepas-selepas ni, ya abang?” Melissa cuba bercanda. Kembali kepada
perwatakan asalnya.
“Hah, macam inilah Melissa yang abang kenal. Sayang isteri abang ini,
tau. Sayang, tadi sayang cakap, sayang risau fasal benda itu kan? Jom,
kita cuba! Belum cuba belum tahu kan?” Razif mengenyit mata kepada
Melissa dengan senyum herot di bibir.

Melissa malu. Kalau dah perempuan namanya, memang segan itu akan ikut
walau ke mana-mana. Apatah lagi dalam hal-hal yang sebegini. Dalam pada
malu itu tangan Melissa sempat lagi dibawa ke bibir Razif. Senyum lelaki
itu disentuh dengan hujung jemari. Merah inai di jarinya bersatu dengan
merah bibir Razif. Bagaikan mendapat persetujuan, Razif pantas merangkul
Melissa dan mencempungnya ke arah peraduan. Pagi ini katil akan
berselerak lagi. Kali ini seleraknya betul-betul bakal terjadi dan
bukannya sebuah lakonan lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience