BAB 7

Romance Completed 5886

“Tak adalah. Buat apa nak rasa terpaksa. Dah ini jodoh saya. Saya terima
dengan redha. Perancangan Allah kan, tentu yang terbaik. Buat apa kita
nak pertikai dan fikir bukan-bukan? Atau awak yang rasa terpaksa terima
saya? Itu yang saya tengok awak kekok semacam semenjak dua ni,
lebih-lebih selepas kita nikah,” Giliran Razif pula menuntut jawapan
kepada persoalan yang bermain di minda.

“Eh, perut saya rasa semacam la. Awak dah habis kan? Kalau tak ada
apa-apa lagi jom naik? Atau awak nak saya naik dulu?” Melissa tidak
menjawab pertanyaan Razif. Sebaliknya mencari alasan melepaskan diri.

“Awak naik dululah. Saya nak bayar bil. Saya pun tak tahu tiba-tiba saja
mata rasa berat semacam. Rasa pening-pening pun ada!” Razif pula menjawab.

“Kalau macam tu, marilah kita balik sekali. Bil itu, esok pun boleh
bayar. Bukan kita nak lari pun kan,” Balas Melissa sambil memimpin Razif
kembali ke bilik penginapan mereka. Langkah Razif mula terhuyung-hayang.
Barangkali kesan pil tidur sudah menunjukkan kesan. Cepat pula kesannya
malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience