MBMM|| 3

Action Series 3630

Suasana yang sunyi di dalam kereta itu dipecahkan oleh suara Airin. Terkejut dengan tindakan abangnya memegang tangannya yang dipijak Sophie.

" Kenapa tangan Rin ni? " tanya Aiden prihatin. Dalam hati dia sudah tergelak dengan sikap abangnya. Overprotective betullah.

" Memang lebam lah, bang "

" Sebab? " Aduhai, kalau aku cakap kang kasihan pula dekat si Sophie tu. Macam mana ni.

" Tell me or... " Aiden sudah mula menggeletek perut Airin. Airin menahan tangannya namun tangan Aiden dengan pantas menuju ke perutnya.

" Ge-gelilah " Airin ketawa. James yang sedang memandu tergamam. Entah berapa banyak kali dia tergamam hati ini. Tak pernah sekali pun selama dia bekerja dengan Aiden dia melihat Aiden tersenyum dan ketawa sesenang begitu.

Dalam diam, dia menyimpan senyuman. Siapa tak bersyukur bila nampak majikan diorang yang dingin 24 jam tiba-tiba ketawa kan? Pastu sebab seorang perempuan je. Mesti pelikkan?

Tapi kalau diikut dengan kisah silam Aiden, memang pasti dia akan bagi kasih sayang yang cukup dekat satu-satunya keluarga yang dia ada.

Dalam tidak sengaja, Airin terlepas cakap. " So-sophie yang buat. Abang dah lah " masih lagi ketawa namun senyuman nya musnah apabila melihat muka tegang abangnya.

" Abang...err dia tak sengaja. " Airin cuba mahu menenangkan abangnya.

" Patah balik. " James memutarkan stereng kereta.

" Kenapa tak bagitau? " soalnya dengan muka yang tegang.

" Apa jadi kalau Rin bagitau? " soalan dibalas dengan soalan. Aiden merengus kasar.

" Bunuh. " dan sekali lagi Airin tersenyum.

" Sebab tu lah. "

" Tetap " Aiden tidak mahu mengalah. Sesampainya di sana, sekali lagi Aiden menerjah masuk. Dilihatnya Sophie dan setiausaha Encik Wahid sedang membalut lukanya tadi.

Flasback

" Se-sebenarnya... " teragak-agak Encik Wahid untuk memberitahu. Kasihan pula dengan anak gadisnya jika dia memberitahu hal sebenar.

Ktak

Sekali lagi Aiden mengacukan pistolnya ke arah Encik Wahid. Urat nya timbul mengatakan dia sedang marah.

" Dahlah tu. Maybe ada masalah teknikal kot? " Airin cuba untuk membantu. Sengaja dia melembutkan suaranya. Aiden mendengus kasar lalu menuju ke arah pintu keluar.

James yang berada di situ terlopong sekali lagi. Jarang Aiden melepaskan mangsanya. Bukan jarang tapi tak pernah walau sekali pun dalam seumur hidupnya.

Rayuan yang didengarinya, tangisan yang sayu langsung tak pernah dipedulikan malah dia kelihatan gembira.

Adakah disebabkan kehadiran Airin?

Sebelum sempat dia memulas tombol pintu, Aiden sempat memberi amaran kepada Encik Wahid.

" Jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah. "

Encik Wahid pula menelan air liurnya. Tahu sangat maksud Aiden.

Sophie pula mendiamkan dirinya. Terbantut niat nya ingin bersuara apabila merasakan aura Aiden yang menakutkan itu.

Endflashback

Encik Wahid segera berdiri. Tanda hormat walaupun Aiden sudah menembaknya tadi.

" A-ada apa tuan datang ke si-sini semula? " tanya nya dalam nada yang tergagap.

" Urusan kita belum selesai lagi tapi anak kau pula yang buat hal. Anak dengan bapak sama je " perli Aiden.

Airin menunduk ke bawah sambil bermain-main dengan jarinya

Sophie yang berada di situ dipandang tajam oleh Aiden. Dia menelan air liurnya.

Adakah hari ini hari terakhirnya?

Aiden mengeluarkan pistolnya lalu dihalakan ke Sophie. Airin yang melihat terus pergi ke hadapan Sophie.

Aiden pula memberi isyarat kepada James agar menahan Airin dari berbuat sedemikian.

" Dah lah tu... Dia perempuan. Kenapa abang ni!? " bengang dengan sikap abang nya itu. Aiden tidak menghiraukan suara Airin yang bergema di pejabat itu.

Ktak

Airin menyiku James lalu menendang kakinya. Dengan sekali tepis saja, pistol milik Aiden sudah selamat mendarat di lantai pejabat itu.

Sekali lagi mereka berlawan mata, masing-masing tidak mahu mengalah.

" Tunggu nasib kau orang nanti. " katanya setelah beberapa minit berlawan mata dengan Airin.

Skip~

Sesampainya di mansion (?) , Aiden memerhatikan wajah adikknya yang lena di pangkuannya. Mesti penat.

Dia mengalihkan rambut Airin yang berserabai itu di belakang telinganya. Airin menggeliat lalu menggosok matanya.

Dia terkejut apabila menyedari yang dia tidak memakai tudung. Terus dia ingin berdiri.

Sekali lagi dia terkejut apabila menyedari ada yang memerhati dia. Dengan sekali tumbuk, terus Aiden yang memerhatikan dia mengadu kesakitan.

" Apa ni Rin. " Walaupun pada hakikatnya tak sakit mana, dia ingin melihat reaksi adiknya.

" A-abang okey tak? Alamak, lebamlah. Maaf Rin tak sengaja. " sambil dia membelek-belek wajah Aiden yang lebam kerana tumbukan padunya, Aiden sudah tergelak dalam hati.

" Abang okey lah. Dah jom keluar. " Dia menarik Airin dari pangkuannya lalu menuju ke dalam rumah.

" Kamu masuk dulu nanti abang ikut. " perintah Aiden. Airin menganguk faham. Dapat dilihat pengawal di sekeliling rumah itu.

Muka diorang menegang je. Cuba lah senyum sikit.

" Ehem, who are you? " tanya salah satu pengawal yang mengawal di depan pintu. Airin berfikir sejenak. Nak bagitau apa eh?

Tiba-tiba, satu suara mencelah, " She's with me. " terus pengawal tadi berdiri tegak serupa askar berkawad.

" Jom masuk. " Aiden meletakkan tangan nya di bahu Airin.

P/s- maaf jika ada kesalahan tentang agama islam dan cerita ini tidak ditujukan kepada agama apa-apa pun.
Dan Crys tau ayat Crys berbelit-belit

Do vote and comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience