MBMM|| 5

Action Series 3630

Aiden memasuki sebuah bangunan. Para pekerja yang berada di situ memberi laluan kepada Aiden. Ada juga yang bergosip.

" Hensem lah Tuan Aiden tu. Bagus nya kalau dia jadi suami aku. "

" That's my sweetheart. "

Aiden pula hanya menghiraukan mulut-mulut yang bergosip lalu meneruskan perjalanannya ke pejabatnya.

" Aiden kau kena tengok ni. " kata James di sebelahnya. Kan dah cakap diorang ni boleh berbahasa Melayu.

Aiden melihat maklumat adiknya. Matanya terhenti di bahagian agama. Sungguh dia terkejut dengan apa yang dia baca.

" Get my car ready now! "

???

" Ri-rin masuk agama Islam. " katanya sambil menunduk kepala. Like always!

" Kenapa Rin tak bagitau abang? Rin tau kan abang takkan sesekali benarkan. " ujar Aiden sambil menghadiahkan pandangan tajam ke arah adik perempuannya.

" Sebab abang takkan bagilah, Rin buat keputusan untuk masuk senyap-senyap. "  Wuish, berani betul si Airin ni. Memang tak takut mati.

Aiden meraup mukanya. Bengang dengan tindakan adiknya yang secara tiba-tiba memasuki agama Islam.

" Sekarang ni abang nak Rin tukar balik agama Rin. " katanya dengan nada yang geram. Rin pula hanya mendiamkan diri.

Lalu dengan beraninya dia bersuara lagi,
" Tak nak. Abang buat lah apa cara sekali pun Rin TAK. AKAN. SESEKALI. TUKAR. BALIK. AGAMA. RIN. " satu persatu dia menyebut.

" No, you can't. Airin Felixia, I'm warn you. " dia menatap wajah adiknya.

" What? Adik tak takut lah dengan sekadar muka bengis abang tu. Nampak hensem adalah. " selamba je dia berkata tanpa menghiraukan gunung berapi yang bila-bila masa saja boleh meletus.

" Apa yang bagus sangat dengan agama tu? Tak bagus ke agama kita yang dulu hah? "

" Memang banyak perbezaannya. Adik boleh je senaraikan semuanya kalau abang nak. Nak ke? " Airin membalas soalan dengan soalan. Dia tak tahu ke yang agama ni lah yang sebetul-betulnya. Abang aku ni!

" Jangan banyak songeh. Dalam masa sebulan. " kata Aiden sambil memandang tajam Airin.

" Hah? Sebulan kenapa? Abang nak kahwin ke? Alhamdulillah tapi abang kena sunat dulu baru boleh kahwin. " Bukan main gembira lagi Airin. Matanya seakan bersinar memandang abangnya.

" Kepala hotak kau aku nak kahwin. Takde masa lah. " Panggilan abang-Rin sudah bertukar menjadi aku-kau.

" Bila lah abang aku nak kahwin ni ish ish ish " Airin menggelengkan kepalanya dan berpura-pura menjuih bibir ke arah abangnya.

" Dah diam. Dalam masa sebulan tu, abang nak Rin tukar balik agama Rin, faham? "

Senyuman di bibirnya mati lalu dia menggeleng kepalanya tanda dia tidak akan menukar balik.

" Jangan degil boleh tak? " Airin menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

" Rin-- " Belum sempat Aiden menghabiskan ayatnya, James dengan selambanya menerjah masuk.

" Ketuklah dulu. Takde adab ke? " perli Aiden.

" Elok sikit mulut kau. Jangan sampai pistol ni tembus kat kepala kau. " balas James.

" Elok sangat lah. Nanti aku potong gaji baru tau. " James mendiamkan dirinya. Siapa saja mau dipotong gajinya kan. Walaupun mafia seperti James. Dia juga ada keluarga yang ingin diberi makan.

" Tau takut " Aiden tersenyum sinis. Tahu yang James memang takut dengan ugutan tentang gaji.

" Dia nak jumpa kau lagi. " ujar James setelah lama mendiamkan diri. Aiden pula mengeluh.

" Jom. Rin nanti kita bincang pasal ni lagi. " katanya sebelum melangkah keluar dari bilik Airin.

Airin pula yang mengeluh. Ingatkan abang nya dah lupa tentang tu. Susah betullah. Macam mana nak buat abang masuk Islam eh?

???

" Kau nak apa? " Aiden dengan selambanya duduk di atas sofa berdekatannya.

" Aku nak Airin. Apa? Salah ke? " jawab jejaka yang berada di hadapannya. Dia tersenyum sinis.

" Lepas apa yang kau buat? Kau nak ambil Airin? Semudah tu? No way! " kelihatan urat-urat tegang di wajah Aiden. Tapi dia mengawal amarahnya yang bila-bila masa saja boleh meletus.

" Airin adik aku juga. Dia patut tahu dia ada seorang lagi abang. "

" Dia tak patut tahu. Nak ke dia terima abang macam kau? Pembunuh? " balas Aiden sinis. Jejaka yang yang berada di hadapannya membalas senyuman sinia Aiden.

" Kau pun apa bezanya? Sama je pembunuh kan? Airin pun terima kan? " Aiden mengetap gigi nya. Dia perlu bersabar dan mengikuti rentak permainan jejaka itu.

" Oh ya! Airin masuk Islam kan? Nampak sangat dia tak percayakan kau, sebab tu lah dia tak bagitau kau dulu pasal ni. " jejaka di hadapannya itu memang mencari maut.

" Aiqish Ferix! Don't you dare to tell her!  "
Suara Aiden ditinggi kan sedikit. Aiqish pula tersenyum sinis melihat Aiden mengamuk.

" Or what? What happen if she's know everything about her family. That she have two brothers? "

" Kau! " Aiden berdiri dari tempat duduknya lalu menuju ke pintu keluar dengan perasaan yang bercampur-baur.

Dia akan pasti kan Aiqish terima balasannya jika Airin tahu tentang keluarga mereka.

???

" Shit! " Aiden meraup mukanya. Ingin saja dia mengamuk di situ tapi ditahannya saja kerana takut mengganggu tidur Airin.

Dia berjalan menuju ke arah bilik Airin. Tak lama selepas itu, dia terdengar suara yang berada di dalam bilik Airin. Dia membuka sikit pintu bilik Airin agar gadis itu tidak menyedari akan kehadiran nya.

Tenang dia mendengar Airin membaca sebuah buku. Tulisan yang dia tidak ketahui.

" Alif Lam~Mim. Zalikalkitabularoibafil " Aiden memerhatikan adiknya yang membaca sebuah buku. Tak tahu lah buku apa. Yang pasti disaat itu diri nya berasa lain. Tak tahu dia ingin menerangkan perasaannya.

Dia mendengar bacaan merdu adiknya itu sehingga habis. Airin yang merasa dirinya diperhati berpaling melihat abangnya yang menyandarkan badan di dinding sambil menyilangkan tangan di dada.

" Kenapa? Airin ganggu tidur abang ke? " tanya Airin lembut.

" Tak. Just curious apa yang Rin baca tadi tu? " soal Aiden ingin tahu. Lagaknya seperti kanak-kanak yang tidak sabar ingin belajar.

Airin tersenyum manis.

" Ini namanya Al-Quran. Kitab yang diturunkan oleh tuhan kita iaitu Allah. Masa Airin baca Al-quran, hati Rin jadi tenteram sangat. Abang nak cuba baca? " Airin mencuba untuk memprovok abangnya.

Aiden tersenyum memandang Airin lalu menghampiri Airin yang sedang duduk bersimpuh itu.

Kakinya terhenti di saat teringat masa silamnya. Nafasnya turun naik.

" Tak nak. " balasnya mendatar

" Cubalah. Mungkin abang boleh mengadu dekat Allah. " Airin tidak berputus asa.

" Aku kata tak nak kan! Kenapa kau degil sangat!? " ujarnya tidak puas hati lalu menghempasi kuat pintu bilik gadis itu.

Airin mengalirkan air mata. Tak pernah abangnya meninggikan suara dekat dia. Apa salah dia?

P/s- maaf jika ada kesalahan tentang agama islam dan cerita ini tidak ditujukan kepada agama apa-apa pun. Kalau ada salah tentang ayat Al-quran di atas, mohon tegur tahu!

Jangan lupa vote dan comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience