"Kalau kau tak nak keadaan Airin makin teruk, baik kau beritahu segalanya sebelum semua menjadi lebih teruk," kata-kata Iris terngiang-ngiang di telinga Aiden.
Dia mengeluh kasar. Banyak masalah yang menimpanya sejak kebelakangan ini.
Dan satu persatu masalahnya bertambah. Patut ke dia beritahu Airin?
Aiden berjalan menuju ke wad Airin. Dia melihat dari celah pintu yang terbuka dari luar.
Kelihatan James, Khairul dan Aiqish bergurau senda dengannya. Aku terlalu mengongkong hidup dia ke?
Airin yang menyedari kehadiran Aiden di situ lalu mengajaknya masuk ke dalam.
"Abang buat kat situ? Masuklah," pelawa Airin. Aiqish yang mendengarkan itu berasa cemburu. Tak pernah lagi dia mendengar suara lembut Airin memanggilnya dengan gelaran abang.
Kini, mata Aiden tertumpu kepada tubuh Aiqish yang berada di tepi katil Airin. Pelik juga dia. Aiqish boleh je beritahu hal sebenar semasa dia keluar tadi.
Aiden mengambil tempat di sebelah kanan katil Airin sambil dia mengusap kepala Airin yang berbalut tudung. Eh?
"Airin, kenapa Rin pakai ni?" Jari telunjuk Aiden dihalakan kepada tudung yang sedang dipakai oleh Airin. Airin mengangkat kening.
Tak boleh ke?
Aiqish pula memerhati. Begitu juga dengan James dan Khairul.
"Apa salahnya?" Soalan Airin membuatkan James menepuk dahi. Bukan ke Aiden dah beritahu yang Airin disuruh menukar agama dalam masa sebulan? Namun langsung tiada tanda-tanda dari gadis itu bahawa dia akan menukar balik agamanya.
Aiqish berdiri apabila melihat wajah Aiden menunjukkan tanda-tanda gunung berapi ingin meletus.
"Dah lah tu." Apa tidak kemarahannya bertambah apabila Aiqish pula yang bersuara. Sudahlah mereka sekarang musuh.
Aiden mencengkam leher Aiqish dengan kuat secara tiba-tiba. Semua yang berada di situ sangat terkejut dengan tindakan Aiden terutamanya Airin.
"Abang!" jerit Airin namun tidak diendahkan oleh Aiden. Aiqish cuba untuk melepaskan diri namun hampa apabila cengkaman Aiden kian menguat.
Airin berdiri lalu cuba untuk melepaskan cengkaman Aiden.
"Wei, ka...kau na...nak bu...nuh..." Belum sempat Aiqish menyambung, Aiden menjerkahnya.
"Memang aku nak bunuh kau! You should die long time ago!" Airin menekup mulut. Tidak pernah lagi dia melihat abangnya semarah ini.
"Abang...please. Stop it." Air matanya mengalir deras tanpa disangka. Khairul pula ditahan oleh James.
James tahu bahawa Aiden tidak suka diganggu apabila dia sedang membuat 'kerja'nya. Akibat menanti kepada sesiapa yang mencuba mencari pasal.
Airin pula hanya diam sedari dia tidak mampu untuk menolong Aiqish. Dia mencari barang yang boleh digunakan untuk menghentikan Aiden.
"Abang Aiden, janganlah macam ni." Suara Airin makin lemah. Jelas dilihat dimukanya bahawa dia sedang menahan air mata yang bakal tumpah tidak lama lagi.
Aiqish tidak sanggup melihat air mata yang bakal jatuh dari mata Airin. Dengan pantas dia menendang perut Aiden lalu menyebabkan Aiden terdorong ke belakang.
"Betul ke kau ni abang Airin?" tanya Aiqish kasar sambil memegang lehernya yang dicengkam tadi.
Aiden tersenyum sinis.
"Kenapa? Kau jealous ke?" Aiqish mengetap gigi.
"Kalau kau abang dia sepatutnya kau tak akan nak air mata dia keluar walau setitik pun!" ujarnya keras.
Aiden berpaling menghadap Airin. Kelihatan muka Airin merah menahan diri dari menangis kali.
Aiden mendekati Airin namun Airin dengan pantas menghalangnya.
"Airin? Hey, this is me. Your brother." Aiden mencuba untuk mendekati.
Airin mendiamkan dirinya lalu memandang dingin mata kebiruan Aiden.
"Kau siapa?"
Vote and Comment!
Share this novel