MBMM|| 2

Action Series 3630

Airin pula diam terkaku. Aiden memandangnya. Mata mereka bertemu.

Aiden mengeluh. Dia menarik tangan Airin. Namun, Airin dengan pantas menepis tangan Aiden.

" Come. " Aiden terus-menerus menarik tangan Airin tanpa menghiraukan kesakitan yang di alami olehnya.

Tak mampu berkata-kata, dia hanya mempamerkan muka sakitnya. Dan sekali lagi, Sophie bersuara,

" Woi perempuan. Tak payah lah nak berlakon sangat. Muka sakit konon padahal nak jual harga diri. "

Aiden memandang Sophie tajam. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Namun, dia cuba mempamerkan riak muka yang tenang.

" Airin. Come with me. " kali ni suara Aiden melembut tetapi tegas. Cuba memujuk adiknya untuk mengikuti nya.

Airin melepaskan pegangan Aiden. Dia mempamerkan riak wajah kosong.

Dengan selambanya dia pergi ke arah tempat duduknya. Namun, semua rakan sekelasnya pula memarahi, menghina, mencarut dan bermacam-macam men- lagi.

" Shut the f*ck up! " terus terdiam seisi kelas apabila melihat muka bengis Aiden. Siapa saja yang tak takutkan. Dengan urat-uratnya yang meyakinkan lagi bahawa dia serius.

Airin menundukkan kepalanya. Tanpa rasa takut, Sophie sekali lagi bersuara.

" Heh, dari tadi bising. Pekak telinga aku. " katanya dengan sinis. Aiden memang pantang apabila benda yang dia suruh tidak dibuat dengan segera.

Dia mengacukan pistol ke arah Sophie.

Semua terkejut dengan tindakan Aiden. Sophie sudah menggigil apabila melihat pistol itu.

Ktak

" Stop it! " Airin mendepakan kedua tangannya di hadapan Sophie.

" Why would I? "

" Abang, benda ni takkan selesai dengan membunuh. Apa abang ingat dengan membunuh tu abang puas ke!? "

Suaranya dinaikkan sedikit tanda marah. Seisi kelasnya pula tergamam.

" A-abang!? "

Serentak mereka semua berkata.

Airin dan Aiden menghiraukan mata-mata yang memandang mereka.

" Stop it right now or else, I'll not follow you return to Italy. "

Aiden tersenyum sinis. Dia menggeleng kepalanya. James yang berada di sebelahnya juga menggeleng kepalanya.

Tahu sangat maksud senyuman sinis Aiden tu.

Aiden memang seorang yang kejam. Tak berperasaan. Dia juga baru tahu bahawa Aiden mempunyai seorang adik perempuan.

Namun, Aiden tetap Aiden. Tak kira lah perempuan, lelaki, tua atau muda dia takkan menyimpan walau sikit pun belas kasihan terhadap mereka.

Agak-agaknya Aiden ni ada rasa belas kasihan ke terhadap adik perempuannya ni?

James menggeleng kepalanya. Macam orang gila. Dengan senyuman sinis yang diberikan oleh Aiden, tak mungkin Airin akan dilepaskan dengan begitu mudah.

Yang dia peliknya lagi, Airin pun membalas senyuman sinis Aiden.

Apa yang dua beradik ni buat? Permainan isyarat ke? Ke lawan senyum-senyum?

Aiden mengacukan pistol miliknya ke Airin. Dengan pantas Airin menepisnya.

Namun, apakah daya. Memang lumrah lelaki lagi kuat dari wanita.

Ktak

Aiden memandang nya tajam. James yang berada di situ tergamam.

Bang!

Berlubang bumbung universiti itu. Tidak menghiraukan semua yang berada di kelas itu, Aiden menarik Airin sekali lagi. Airin pula meronta-ronta minta dilepaskan.

Selang beberapa minit, Airin mengalah dan membiarkan Aiden menariknya ke office?

Buat apa? Airin mengangkat keningnya tanda ingin Aiden menjelaskan semuanya.

Di dalam office itu, dia terkejut apabila ternampak ayah Sophie menunduk ke arah mereka.

Kenapa? Oh, ya. Abangnya kan penyumbang utama universiti ini.

" Kenapa kau ada dekat sini!? " jerkah Encik Wahid. Airin menundukkan kepalanya.

Nampaknya Encik Wahid tidak mempedulikan kehadiran Aiden di situ.

PANG!

Tangan Encik Wahid melekat di pipi putih Airin. Ini menyebabkan pipinya yang putih bertukar merah. Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan Encik Wahid.

Sophie yang baru masuk juga terkejut sebelum sempat dia tersenyum sinis.

BANG!

Darah yang mengalir di bahunya di pegang tanda sakit yang amat. Sophie dengan segera mendekati diri ke arah ayahnya.

" Don't you dare to touch her!? " Memang pantang baginya orang menyentuh adiknya. Dia pun tidak pernah menaikkan tangan dengan adiknya. Inikan pula orang asing seperti Encik Wahid, kan?

Mesti Airin banyak menderita di sini. Kenapa Airin tidak menelefonnya selama 3 tahun ni?

Dia memang ada memantau setiap aktiviti adiknya tetapi 1 tahun lepas adiknya melarangnya untuk mengekori ke mana saja dia pergi.

" I want to see her result. "

Terketar-ketar tangan setiausaha Encik Wahid memberinya kepada Aiden. Dia memandang tajam Encik Wahid sekilas lalu menyambung melihat kertas keputusan Airin.

Airin pula dengan muka cemasnya. Takut kali disebabkan dia asyik gagal, dia terpaksa mengulang semula kelasnya. Ia berlarutan selama 3 tahun itu.

" Kenapa result dia baik, tapi dia asyik ulang kelas? "

Sekali lagi semua yang berada di situ terkejut. Aiden pandai cakap Bahasa Melayu!?

Mat Saleh tu!? Airin dan James mendiamkan diri. Tahu yang Aiden memang fasih dalam bahasa itu.

" Se-sebenar... " takut-takut Encik Wahid hendak memberitahu.

" Aku tak suka ulang apa yang aku kata. " mendatar bunyinya.

Apa yang dia mahu beritahu? Beritahu yang dia sengaja membuat begitu atas permintaan anaknya? Tempah kuburlah namanya.

" Se-sebenarnya... "

P/s- maaf jika ada kesalahan tentang agama islam dan cerita ini tidak ditujukan kepada agama apa-apa pun.

Harap maklum.

Jangan lupa vote and comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience