MBMM|| 6

Action Series 3630

Sudah sebulan Aiden dan Airin tidak bertegur sapa. Makan pun berasingan. Aiden sengaja menyibukkan dirinya agar tidak bertembung dengan Airin.

Airin pula hanya mendiamkan dirinya. Benci dengan sikap abangnya yang ego setinggi langit itu.

Yang jadi mangsa nya ialah James. Jika perkara itu membabitkan Airin, Aiden akan menyuruh James yang menguruskannya. Sama juga seperti Airin.

Masing-masing dengan ego sendiri.

???

Mata Airin meliar di segenap mansion abangnya. Apabila memastikan tiada susuk tubuh Aiden, Airin menghela nafas lega.

Perlahan-lahan dia menuju ke dapur. Tekaknya berasa perit. Sedang dia menuang air di dalam gelas, kedengaran derapan tapak kaki menghampiri dapur.

Airin memusingkan badannya. Ingin melihat gerangan yang berada di belakangnya.

" Ka-kau siapa? " Airin melihat ke luar. Semua pengawal yang berada di luar masih berkawal. Macam mana jejaka di hadapan ini boleh masuk sedangkan kawalan di mansion abangnya begitu ketat.

Seketika, kedengaran jejaka yang berada di hadapannya ketawa. Entah apa yang lawaknya.

" Ini aku lah. Khairul. " Terus berubah wajah Airin.

" Kau ni! Aku ingatkan siapa lah tadi. Hish! " ada kedengaran nada lega di situ.

" Lek lah. Aku je pun. " ujar khairul dengan sisa ketawa yang masih berbaki.

" Macam mana kau boleh masuk ni? "

Jejaka yang berada di hadapannya ini yang selalu membantu dia. Mendengar masalahnya. Khairul juga lah yang mengajaknya masuk agama Islam.

Masa tu Khairul mengajak nya ke masjid dan menyuruhnya agar menunggu di dalam kereta. Tetapi dia degil sangat nak keluar. Tup tup ada seorang mak cik ajak dia solat.

Dengan pantas dia menolak dan memberitahu yang dia bukan dari agama Islam.

Airin rasa diri dia kerdil sangat masa tu. Dengan free hair dan pakaian yang agak seksi pada masa itu.

Laungan azan yang didengari nya cukup membuatkan dia terbuai. Selepas saja Khairul solat magrib di masjid, Airin meminta nya untuk menunggu sebentar kerana dia ingin mendengar khutbah yang di sampaikan oleh ustaz yang berada di dalam masjid itu.

Selepas beberapa minggu, Airin memohon kepada Khairul agar menolongnya memasuki agama Islam.

Dia tersenyum mengingati waktu itu. Suara seseorang mematikan lamunannya.

Seseorang yang dia tidak ingin lihat pada masa itu.

" Who are you? How did you get in my house? " Aiden menyoal lagaknya polis yang sedang menyoal penjenayah. Ditambah lagi dia sedang memegang pistol. Dia menyembunyikan Airin di belakangnya.

Gaduh-gaduh pun still caring. Best nya ada abang macam ni.

" Err... " Khairul memandang Airin. Tanda meminta bantuan. Airin buat-buat tidak faham isyarat yang dihantar oleh Khairul.

Ktak

Kelihatan abangnya yang serius itu, Airin terus melepaskan pegangan abangnya lalu menceritakan hal yang sebenarnya.

" Sorry saya masuk tak minta kebenaran. " Khairul berdiri di tepi sofa. Tunggu tuan rumah menyuruh baru dia akan duduk.

Itulah yang di ajar oleh keluarganya.

" Duduklah, Khai " ujar Airin. Walaupun dia takut dengan muka bengis abangnya itu, dia tetap takkan membiarkan tetamu dilayan dengan layanan yang tidak sepatutnya.

Apabila Khairul hendak duduk, Aiden segera bersuara.

" Ini RUMAH aku. Aku tak cakap kau boleh duduk. " Aiden menekan kan perkataan rumah.

Airin pula mengetap giginya. Apa susahnya nak bagi orang duduk. Tetamu kot!

" Okey lah kalau macam tu. Khairul, jom kita keluar. " dengan segera Airin berdiri lalu diikuti oleh Khairul.

" Siapa suruh Rin keluar? " tanya Aiden dingin.

" Suka hati Rin la nak keluar mana pun. " Airin membalas nya dengan selamba.
Khairul pula yang menjadi mangsa di antara mereka berdua.

Jejaka itu terpinga-pinga melihat pergaduhan dua beradik itu. James menghadiahkn senyuman nipis ke arah Khairul. Dia membuat isyarat mulut ' Tabahlah ' kepada Khairul.

Airin berjalan meninggalkan Aiden.

" Airin Felixia! You move and he'll die. " menyedari yang Khairul tidak mengikutinya. Dia berpusing ke belakang.

Abangnya sedang mengacukan pistol ke arah Khairul.

" Lepaskan dia. " mendatar saja suara Airin pada ketika itu.

" What if I'm refuse to? " Soalan dibalas dengan soalan. Aiden tersenyum sinis. Airin mengeluh lalu menarik tangan Khairul. Berlapik ok!

Sebelah tangannya lagi di tarik oleh Aiden. Maka, bermulalah sesi tarik menarik antara Airin dan Aiden.

James dan Khairul sudah pening dengan sikap dua beradik tu. Akhirnya, Khairul meleraikan pergaduhan dua beradik itu.

" Dah! Sesedap korang je nak tarik-tarik aku segala. " katanya sambil mengurut tangannya yang masih sakit akibat tarikan Airin dan Aiden.

Perempuan tak perempuan. Airin ni boleh dikira bahaya tau! Habis nanti patah tangan Khairul. Siapa yang susah?  Khairul juga. Ish Ish Ish

" Shut up! "  serentak Airin dan Aiden berkata. Terus terdiam Khairul mendengar.

" Berh, bahaya dua beradik ni. " gumam James perlahan. Namun dapat didengari oleh mereka berdua.

Aiden dan Airin memandang tajam ke arah James. Sama juga seperti Khairul, James juga mengunci mulutnya.

Selepas beberapa minit bergaduh, akhirnya Airin mengalah dan mengajak Khairul ke balkoni.

Aiden pula hanya membiarkan saja adiknya. Yang pasti adiknya tidak boleh keluar dari situ.

Aiqish masih bebas. Dia tidak mahu luka yang lama berdarah kembali.

Fikirannya melayang jauh memikirkan tentang masa silam. Masa silam yang mengerikan

Flashback

Seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 7 tahun bersembunyi di belakang pintu. Itu yang diarahkan.

Dia hanya mendiamkan diri.

" Aiqish, sekarang aku nak kau bunuh dia. " budak lelaki berumur 5 tahun yang tidak tahu apa-apa, lantas disuruh membunuh.

" T-Tak nak. Aiqish sayang ibu. " bergema tangisan Aiqish di rumah banglo yang besar itu.

" Kau jangan degil! Sebelum kau sekali aku bunuh! " kata lelaki itu.

" Sayang, ibu tak apa-apa. Kalau Aiqish nak selamat, Aiqish kena... " tak sanggup ingin meneruskan kata-katanya. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah.

Aiqish lantas memeluk ibu nya. Tiba-tiba kedengaran suara seorang budak perempuan.

" P-papa! Kenapa papa ni! Ibu bertahan lah " gadis kecil itu terus meluru ke arah ibunya.

" Aku tak suruh kau keluarlah setan! " terus rambutnya di tarik kasar lalu dilemparkan ke dinding.

" Ris! " budak lelaki yang bersembunyi itu terus keluar dari tempat persembunyiannya.

" A-abang A-aiden, to-long ja-ga ibu " katanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

" Airis, bangun! Tolong jangan tinggalkan abang! Isk Isk Isk " Aiden melihat ke arah ibunya.

Pisau yang dipegang Aiqish sudah masuk ke dalam perut ibu mereka.

" Ibu! Abang Qish, apa yang abang buat ni!? " kedengaran satu lagi suara budak perempuan.

Papa mereka, iaitu Encik Azman sudah menjadi gila.

" Aiqish, apa yang kau sudah buat? " gumam Aiden.

" Apa yang kau buat hah setan!? Kau pembunuh! " kali ini suara Aiden meninggi.

Airin yang melihatkan itu terus menangis. Encik Azman mengambil Airin lalu menarik rambutnya.

" Aku akan bunuh dia! Anak macam korang ni, baik mampus je! " Gila. Dia memang gila.

" Ai-Airin. Papa lepaskan Airin please... " Airin pula sudah menangis. Dan tak lama selepas itu dia pengsan. Pihak polis tiba di situ beberapa saat kemudian.

Endflashback

Ya, dia akan melindungi Airin sampai ke hujung nyawa nya.

Vote and comment! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience