"Abang... Rin nak cakap something boleh?" soal Airin teragak-agak. Dia tahu abangnya pasti akan marah lagi namun kali ini dia betul-betul nekad mahu menanyakan 'perkara' itu kepada Aiden.
Aiden memandang Airin lalu mengangkat keningnya. "Cakaplah."
Airin menarik nafas panjang, "Betulke Rin ada abang lagi? I mean selain Abang Aiden?"
Aiden merengus kasar lalu mendekati pintu keluar. Airin dengan segera menghalang jalan.
"Kali ni Rin serius," tutur Airin. Sebenarnya dia juga takut hendak berhadapan dengan abangnya tetapi dia memang tekad mahu tahu tentang sejarah keluarga.
Mendengarkan nada Airin yang betul-betul serius, Aiden kembali semula ke tempat duduknya.
"Masuk," arah Airin kepada seseorang yang berada di luar wadnya dan terpacul wajah Aiqish bersama dengan Khairul.
"Khairul, keluar," arah Airin. Khairul mengeluh perlahan lalu mengangkat kaki dari situ.
"Jadi, nak bincang apa?" Dapat dirasakan aura negatif Aiden di dalam bilik itu. Aiqish hanya mampu menelan liurnya. Berfikir adakah hari ini hari terakhirnya?
"Apa yang abang rahsiakan?" Kali ini nada Airin sangat serius. Dia menoleh ke arah Aiqish lalu menyuruhnya duduk di sofa yang disediakan.
"Apa yang abang dapat kalau bagitau Rin? Boleh ke Rin hidupkan balik ibu?" soalan dibalas dengan soalan. Aiden menuturkan kata-katanya itu disertakan dengan senyuman sinis.
Airin mengetap gigi sambil menunduk kepalanya. Selepas beberapa saat, dia mengangkat kembali wajahnya.
"Betul, Rin tak dapat nak ubah apa-apa tapi Rin berhak tahu siapa ibu bapa Rin. Kenapa mereka boleh mati? Dan hanya abang yang tahu semua tu. Jawapannya ada pada abang." Panjang lebar Airin menerangkannya dan berharap abangnya akan memberitahu segala-galanya.
"Tak perlu nak tahu pun." Selamba sahaja Aiden menuturkan kata-katanya dan itu membuatkan Airin sakit hati.
"Abang! Sampai bila abang nak rahsiakan perkara ni! Pertama, abang rahsiakan tentang Abang Qish lepas tu abang rahsiakan tentang keluarga kita pula. Apa pula abang nak rahsiakan kali ini?" Airin tidak tahu apa yang telah merasuknya. Yang pasti, dia memang betul-betul marah dengan Aiden.
Dia hanya memandang wajah Aiden dengan penuh kemarahan. Seketika, dia menarik nafas lalu dihembus semula. Dia beristifar di dalam hati. Mengingatkan dirinya bahawa semua ini hanya ujian dari Allah.
"Rin tanya sekali je lagi. Siapa yang bunuh ibu dan papa?" Aiden memandang sekilas wajah Aiqish lalu dia tersenyum sinis.
"Rin, betul-betul nak tahu?"Airin mengangguk dengan penuh yakin.
Aiden rasa ini sudah tiba masanya.
"Dia yang buat." Jeda. Matanya terarah kepada Aiqish.
"Dia yang bunuh ibu." Tenang saja suara Aiden.
"Lelaki tak guna ni lah yang bunuh ibu!" Kali ini suara Aiden meninggi. Airin menekup mulutnya tanda tidak percaya.
"Apa yang kau cakap ni setan!" Aiqish maju. Tangannya terketar-ketar. Tak mungkin dia sanggup bunuh orang yang telah melahirkannya.
"Korang nak tahu sangatkan? Kaulah... Sebab kaulah ibu mati! Aku masih ingat dengan jelas kau tikam ibu." Rasa tidak sanggup hendak meneruskan ceritanya. Namun, dia sudah penat menyimpan rahsia. Biarlah apa yang jadi selepas ini. Dia reda.
"A...apa semua ni?" Airin kini terduduk. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Baru sahaja dia dapat tahu dia ada seorang lagi abang, tapi kini dia mendengar abang yang baru saja dijumpanya seorang pembunuh. Pembunuh darah dagingnya sendiri.
"Kau sengajakan! Walaupun aku pembunuh, aku takkan sanggup membunuh wanita yang telah melahirkan aku," Aiqish memegang kepalanya.
"Buat apa aku mahu tipu! Kau tak ingat? Biar aku ingatkan," ujar Aiden sambil memandang tepat ke arah mata Aiqish. Aiqish juga berbuat benda yang sama.
"Semasa umur kau 5 tahun," kata Aiden.
Aiqish cuba hendak mengingati semula memorinya. Bayangan lama mula menerjah.
"Bunuh dia"
"Abang Qish! Apa yang abang buat ni!"
"Papa! Abang Qish!"
"Siapa suruh kau turun!"
"Hahaha, kau tengoklah. Aku takkan biarkan hidup kau bahagia, Aiqish Ferix."
"Argh!"
Airin yang melihatkan itu berasa risau. Dia ingin membantu Aiqish tetapi dia dihalang oleh Aiden.
"Macam mana? Dah ingat?" soal Aiden sinis.
Aiqish seperti orang hilang akal. Dia menggeleng kepalanya.
"Tak mungkin," sebutnya.
"Tak mungkin! Kau tipu kan!" Memori yang lalu tiba-tiba menerjah di kepalanya.
Seorang budak lelaki pergi ke dapur untuk minum air. Tekaknya terasa dahaga. Tiba-tiba, dia terlihat beberapa orang lelaki memasuki rumah melalui pintu hadapan rumah mereka.
Dengan segera, dia menyorok di bawah meja makan. Kehadirannya tidak diketahui mereka.
Prang!
"Mana kau, Azman!" jerit seorang lelaki. Suaranya bergema di rumah agam itu.
Encik Azman dan isterinya dengan segera pergi ke ruang bawah.
"Tuan!" Encik Azman menunduk kepalanya tanda hormat.
"Mana duitnya? Kau kata nak melabur?" soal lelaki itu serius.
"Saya..."
Share this novel