MBMM|| 12

Action Series 3630

"Saya...saya dah muflis. Maafkan saya," Encik Azman menundukkan kepalanya. Dia terlupa tentang janjinya kepada lelaki yang berada di hadapannya ini.

Wajah lelaki itu kelihatan bengang sekali. Sesekali dia melirik ke arah Puan Ariana. Dia terpegun namun tangisan Encik Azman mematikan lamunannya.

"Baiklah, kalau kau nak langsaikan hutang kau, bayar dengan isteri kau. Itu pun kalau isteri kau mahu? Macam mana?" tanya lelaki tua gatal yang tak sedar diri itu.

Encik Azman tersentak seketika. Kemudian, dia melihat ke arah isterinya. Puan Ariana menggeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia juga yakin bahawa suaminya tidak akan menjualnya.

Encik Azman berfikir seketika. Dia mendekatkan dirinya ke arah Puan Ariana. "Sayang, bolehkan?"

Puan Ariana terkejut dengan pertanyaan Encik Azman. Tidak sangka bahawa lelaki yang dulunya akan berjanji tidak akan melepaskannya dengan mudah telah berkata sedemikian.

Puan Ariana menangis sendirian sambil menggeleng kepalanya. Sungguh dia kecewa dengan Encik Azman.

Menyesal dia tinggalkan dan khianati keluarganya hanya disebabkan lelaki seperti Encik Azman.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Tidak sangka mudahnya lelaki seperti Encik Azman melepaskan isteri yang cantik bagaikan bidadari dari syurga itu kepadanya.

Lelaki itu menyuruh orang suruhannya untuk mengambil Puan Ariana memandangkan dia telah mendapat persetujuan dari Encik Azman.

Puan Ariana pula meronta-ronta minta dilepaskan.

"Takpelah kalau macam tu. Kalau kau tak bayar, aku akan cari kau hingga ke lubang cacing, faham?" gertaknya. Dahlah tua, bodoh, hodoh lagi tu. Tak padan dengan usia tua. Sempat lagi dia menembak kaki kiri Encik Azman.

Sejurus lelaki tadi pergi, Encik Azman mendekati Puan Ariana.

"Maafkan saya, Riana," ujarnya menunduk. Kesakitan yang dialaminya diabaikan.

Aiqish yang melihatkan kejadian itu, keluar dari tempat persembunyiannya.

Puan Ariana menangis teresak-esak. Apabila Encik Azman cuba memegangnya, dengan segera dia menepis.

"Pergi! Awak dah hampir jual saya. Sanggup awak, setelah saya dah dianggap khianati oleh keluarga..." belum sempat Puan Ariana menghabiskan ayatnya.

"Ibu," ujar Aiqish. Nampaknya Encik Azman dan Puan Ariana tidak perasan Aiqish berada di situ.

"Janganlah menangis. Papa, janganlah buat ibu sedih." Aiqish menarik seluar Encik Azman sambil membuat muka ingin menangis.

Aiqish yang berumur 5 tahun itu tidak tahu menahu tentang apa yang telah terjadi tetapi dia tidak ingin melihat ibunya sedih.

"Sayang, papa tak sengaja. Tolong pujuk ibu untuk papa?" Encik Azman mencuba memprovok anak lelakinya.

Aiqish mengangguk faham. Dia kemudian berjalan mendekati Puan Ariana.

"Ibu, papa minta maaf kat ibu. Ibu maafkan, boleh tak?" soal Aiqish berhati-hati.

Puan Ariana mengelap air matanya. Dia memandang Encik Azman dengan pandangan yang penuh kebencian.

Setelah apa yang dia pertaruhkan, sanggup suaminya tidak melakukan apa-apa saat dirinya hendak dicabul.

Puan Ariana hanya memandang kosong anak lelakinya yang kedua itu. Puan Ariana mengangkat tangannya menandakan dia ingin menampar muka Aiqish.

Muka anak-anak lelakinya memang saling tidak tumpah dengan rupa suaminya. Dia tidak mahu melihat mereka lagi.

Suaminya iaitu Encik Azman cuba menghalang.

"Pergi kau dari sini!" jerit Puan Ariana.

Encik Azman cuba memegang Puan Ariana namun disebabkan Puan Ariana yang meronta-ronta membuatkan dia jadi hikang akal.

Buk!

Pasu bunga yang berdekatan dibaling oleh Puan Ariana. Darah mengalir dengan deras di dahi Encik Azman.

Bengang.

Encik Azman mencengkam kuat tudung yang dipakai oleh Puan Ariana sehingga menampakkan rambutnya.

Kemudian, datanglah seorang budak perempuan. Dia meluru ke arah Puan Ariana.

"Ibu, kenapa ni?"

Encik Azman yang melihatkan itu dengan segera menarik tangan gadis itu lalu diheretnya ke lantai atas rumah mereka.

"Sakit, pa..." rintihnya namun tidak dihiraukan oleh Encik Azman.

Tok! Tok!

"Ibu, Id dah balik!" laung Aiden dari luar. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi di situ.

"Id, men...yorok," ujar Puan Ariana sambil memandang ke arah tangga. Takut suaminya akan tiba-tiba turun dan menyakiti anak-anak mereka lagi.

Aiqish pula masih terkejut dengan tindakan ibunya yang hampir menamparnya. Dia juga tidak sedar Aiden sudah pulang dari sekolah.

Kemudian, Encik Azman turun kembali.

Aiden bersembunyi di belakang pintu. Itu yang diarahkan.

Dia hanya mendiamkan diri.

"Aiqish, sekarang aku nak kau bunuh dia" Budak lelaki berumur 5 tahun yang tidak tahu apa-apa, lantas disuruh membunuh.

"T...Tak nak. Aiqish sayang ibu."  Aiqish tersentak dari lamunannya. Bergema tangisan Aiqish di rumah banglo yang besar itu.

"Kau jangan degil! Sebelum kau sekali aku bunuh!" kata lelaki itu.

"Sayang, ibu tak apa-apa. Kalau Aiqish nak selamat, Aiqish kena..." Tidak sanggup ingin meneruskan kata-katanya. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah.

Aiqish lantas memeluk ibu nya. Tiba-tiba kedengaran suara seorang budak perempuan.

"P...papa! Kenapa papa ni! Ibu!" Gadis kecil itu terus meluru ke arah ibunya.

"Aku tak suruh kau keluarlah setan!" Terus rambutnya di tarik kasar lalu dilemparkan ke dinding.

"Ris!" Aiden yang bersembunyi itu terus keluar dari tempat persembunyiannya.

"A...abang A...aiden, to...long ibu," katanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Airis, bangun! Tolong jangan tinggalkan abang! Isk Isk Isk," Aiden melihat ke arah ibunya.

Pisau yang dipegang Aiqish sudah masuk ke dalam perut ibu mereka.

"Ibu! Abang Qish, apa yang abang buat ni?" kedengaran satu lagi suara budak perempuan.

Papa mereka, iaitu Encik Azman sudah menjadi gila.

"Aiqish, apa yang kau sudah buat?" gumam Aiden.

"Apa yang kau buat hah setan? Kau pembunuh!" kali ini suara Aiden meninggi.

Airin yang melihatkan itu terus menangis. Encik Azman mengambil Airin lalu menarik rambutnya.

"Aku akan bunuh dia! Anak macam korang ni, baik mampus je!" Gila. Dia memang gila.

"Ai-Airin. Papa lepaskan Airin please... " Airin pula sudah menangis. Dan tak lama selepas itu dia pengsan. Pihak polis tiba di situ beberapa saat kemudian.

P/s: Sorry lambat update! enjoy!

vote and comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience