MBMM|| 10

Action Series 3630

"Kau siapa?" soal Airin tanpa nada. Aiden cuba mendekati Airin namun tidak lama selepas itu Airin berdiri.

"Airin?" Aiqish juga berasa ragu-ragu hendak bertanya. Dia dapat rasakan bahawa yang berada bersama mereka sekarang bukanlah Airin.

Kemudian, Airin memandang tajam mata milik Aiden lalu dia berlalu keluar namun pintu sempat ditutup oleh James dan Khairul.

"Airin, what happen?" Aiden mencuba tanya dengan nada prihatin sambil tangannya mengisyaratkan James untuk memanggil Iris.

Renungan mata Airin yang tajam membuatkan Aiden pasti yang berada bersama mereka sekarang bukan Airin.

"Kau siapa sebenarnya?" Kali ini nada Aiden bertukar dingin. Renungan tajam dari Airin juga dibalas.

"Aku Airis. Takkan adik sendiri dah lupa?" Airis yang berada dalam tubuh Airin itu tersenyum sinis.

"Apa yang kau merepek ni? Adik aku hanya Airinlah!" Aiqish mula hilang sabar.

Aiden terdiam.

"Kalau kau tak nak percaya, tanyalah abang kesayangan kau." Mata Aiqish terarah kepada Aiden.

"Apa semua ni? Aiden Felix!" jerkah Aiqish. Aiden hanya mampu mendiamkan diri. Tidak sanggup hendak bersuara.

"Semua keluar." Perlahan namun semua yang berada di situ dapat dengar.

"Aku cakap keluarkan!" Kali ini mata Aiden bertukar gelap. Aiqish merengus kasar sebelum keluar dari situ diikuti oleh Khairul.

"Kenapa kau suruh diorang keluar?" soal Airis sinis sambil berpeluk tubuh.

"Apa lagi yang Ris nak? Ris dah lama mati dan abang pun tak pernah lupa Airis," jelas Aiden sambil mengurut kepalanya.

Pening dengan masalahnya yang sekarang. Banyak lagi sebenarnya masalah. Nasiblah.

"Bukan itu yang Ris nak dengar." Aiden mengangkat keningnya.

"Tak boleh ke abang maafkan Abang Qish? Ibu pun pasti tak nak anak-anaknya bergaduh macam ni." Bersungguh-sungguh Airis memujuk Aiden.

"Haih, habis tu awal-awal tadi? Kau siapa?" ejek Aiden dengan nada tidak puas hati. Airis tersengih.

"Hehehe, itu saja je. Memandangkan ada ramai orang dekat sini."

Aiden menjulingkan matanya. Ya, seorang Aiden akan berbuat begitu apabila bersama dengan Airis.

Airin disahkan menghidap Split personality. Semasa mengetahuinya juga Aiden sangat terkejut namun yang membuatkan dirinya paling terkejut adalah Airin sendiri. Perwatakan yang sama dengan Airin yang dulu namun ada sedikit kasar.

Ada satu lagi sisi Airin namun dia jarang keluar. Dia hanya akan keluar apabila keadaan darurat sahaja.

"Kesiankanlah Kak Airin. Abang macam apa abang ni! Adik yang dah mati pun boleh maafkan pap..." Airis meneguk air liurnya. Rasanya dia tersalah cakap.

"Dia bukan ayah aku! Ayah aku dah mampus!" Aiden berpaling lalu keluar dari bilik wad itu. Pintunya dihempas kasar.

Haih, rasanya nyawa pintu tu dah tak lama kot. Takziah.

Tidak lama selepas itu, Aiqish masuk ke dalam. Belum sempat Aiqish hendak menanyakan apa-apa, Airis sudah pun pengsan.

Beberapa minit selepas itu, Airin pun sedar. Aiqish dengan segera menanyakan perihal yang berlaku sebentar tadi. 

Namun, hampa kerana Airin tidak mengingati apa-apa.

"Mana Abang Aiden?" soal Airin. Kelibat abangnya itu langsung tidak dilihatnya sejak dia bangun tadi. 

"Aiden pergi ambil angin sekejap," bohong Aiqish. Airin meng'oh'kan saja.

"Er, encik ni siapa?" Akhirnya soalan yang ditunggu-tunggu oleh Aiqish keluar dari mulut Airin.

"Kalau nak tahu, aku ni abang kau," ujarnya bangga. Airin merasa pelik. Abang aku hanya satu je?

"Rin tak ingat Qish ke?" Aiqish mengajukan soalan apabila AIrin melihat pelik ke arahnya.

Airin menggeleng lemah. Sedaya upaya dia cuba mengingati Aiqish namun satu memori pun dia tidak ingat berkenaan dengan seorang hamba Allah bernama Aiqish.

Aiqish mengeluh lemah. Biarlah masa yang menjadikan Airin mengingati dirinya semula.

"Rin tak pernah jumpa ibu dan papa ke?" soal Aiqish.

Airin mendiamkan diri lalh berkata, "Abang Aiden tak pernah cerita tentang mereka. Setiap kali Rin tanya, dia pasti akan mendiamkan diri atau marah."

Aiqish memikirkan sesuatu. Kenapa Aiden merahsiakan tentang ibu dan ayah mereka? Dia nak sangat tahu apa jadi dengan ibu ayahnya.

Kejadian lama yang dia tidak ingati. 18 tahun lalu, bangun-bangun je Aiden sudah membencinya.

Ditambah lagi dia sudah masuk islam tetapi dia tidak tahu-menahu langsung tentang keadaan ibu dan ayah mereka.

Polis hanya memberitahu yang kes mereka telah ditutup. Rasanya Aiden telah menutup mulut polis-polis yang terlibat.

"Apalah salah aku haih," gumam Aiqish perlahan.

???

"Felix does have a sister and a brother huh? And his brother is Ferix. Interesting!"

Seorang lelaki tua sedang membaca maklumat yang baru sahaja diberikan oleh anak buahnya.

"What his sister name?"

"Airin Felixia," balas anak buahnya.

"So pretty but she'll die soon," kata lelaki tua itu dengan senyuman sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience