MBMM|| 1

Action Series 3630

"Hello? " suara garau yang berada di talian sebelah bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Is this Aiden's phone number? " soalan dibalas dengan soalan. Lelaki yang berada di talian sebelah diam.

1 saat

2 saat

" Who are you actually? " kedengaran suaranya begitu sinis.

" Another bitch?  " soalan yang mampu menyentapkan si gadis yang berada di talian sebelah.

" What are you talking about?! " suara gadis itu dinaikkan sedikit. Namun tidak sedikit pun menakutkan lelaki itu.

" I'm Aiden and I. Don't. Talk. To. Bitch. " satu persatu perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Gadis tadi terdiam. Terkejut dan bermacam-macam Ter- lagi.

" Why do bitch crying? "  dia menyoal sinis apabila menangkap suara tersedu-sedu di sebelah sana.

" Abang jahat!! " terus si gadis itu mematikan taliannya.

Lelaki itu pula tergamam. Seperti menangkap sesuatu. Dia meraup mukanya kasar.

" Shit! "

???

Airin melepaskan tangisnya. Dia tidak kisah jika sesiapa yang melihatnya. Yang berada di fikirannya hanya lah 'dia'.

Niatnya untuk menelefon abangnya terbantut apabila abangnya sendiri yang menghancurkan hatinya.

" Hey girls, tengok siapa yang menangis macam baby. Takde tempat lain ke nak menangis? " Airin mendiamkan dirinya.

Dia tahu jika dia melawan semula, pasti akibatnya akan jadi lebih teruk lagi. Jadi baik dia tutup mulutnya sahaja.

" Kenapa kau diam budak nerd? Takut ke? " Airin hanya mendiamkan dirinya.

Ya, memang dia sengaja memakai kaca mata agar dia dapat melihat siapa kawan dan siapa lawan.

Hasilnya dia menjadi mangsa buli oleh perempuan yang berada dihadapannya ni.

The beauties.

Yeah. Nama yang ketinggalan zaman namun tiada siapa yang berani mempersoalkan nama kumpulan mereka.

Mereka terdiri kepada dua orang iaitu Sophie Nur Kasih dan Siti Amirah. Yang menyebabkan pelajar-pelajar yang berada di sini senang dibuli adalah kerana Sophie ialah anak kepada pemilik universiti ini.

Manakala, Amirah pula ialah anak kepada penyumbang kedua terbesar di universiti itu.

" Woi, perempuan! Kau ni bisu ke!? " Sophie semakin hilang sabar apabila Airin hanya mendiamkan dirinya.

" Mungkin dah insaf kot? Eh, lupa pula yang bitch macam kau ni memang takkan pernah insaf. " Amirah bersuara sinis. Ditambah lagi dengan perkataan bitch  itu.

Airin tidak dapat menahan lagi. Dia terus berlari dan berlari. Sampai sahaja di dalam kelas, semua tertumpu kepadanya.

Bukan pandangan senang hati. Bukan. Pandangan yang cukup menyakitkan mata dan hatinya.

Dia dengan selambanya masuk ke dalam kelas tanpa menghiraukan pandangan-pandangan yang diberikan oleh rakan sekelas universitinya.

Nasib baik sir belum masuk lagi. Dia menghembus nafas lega. Dan secara tidak langsung dia dilempar telur dan tepung.

" Kau ingat kau masuk agama Islam, kau boleh terlepas ke dengan dosa kau! Bitch is always bitch! "

Airin tidak dapat menahan lagi. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju.

" Ceh, pakai tudung tapi perangai mengalah syaitan! Tak sedar ke diri kau tu hanya anak buangan. Eh, bukan. Maybe kau memang anak pungut pun kan? " celah satu suara lagi.

Rakan-rakan yang lain hanya mengiakan saja kata-kata itu.

Sophie yang baru tiba di situ tersenyum sinis. Mukanya kelihatan puas. Dan satu lagi, tidak ada sebarang tindakan yang diambil kerana Sophie pandai dalam menghasut siapa-siapa pun yang dia mahu.

Hatinya pedih. Sudahlah tadi abangnya sendiri kata dia bitch. Ditambah lagi dengan rakan-rakannya.

Eh, silap. Bukan. Dia tiada rakan. Tiada tempat meluahkan. Abang nya juga tak pernah menelefonnya. Memang dia menyuruh abang supaya jangan mengekori dia, tapi abangnya langsung tidak pernah menelefonnya.

Baru-baru ni pun dia dapat nombor telefon abangnya kerana Khairul, satu-satunya sahabat yang dia ada. Khairul pandai dalam meng-hack mana-mana alat elektronik (?) Jadi, mudah saja kerjanya jika hendak mengetahui nombor telefon abangnya.

Kedengaran suara-suara sumbang yang berkata-kata.

" kenapalah nasib aku malang dapat classmate macam budak nerd tu. Haishh "

" Aku rasa aku sanggup masuk batu belah hanya disebabkan budak tu. "

Airin mendiamkan dirinya. Tahu yang mereka sedang bercakap tentang dirinya.

Tiba-tiba dia terasa ada orang menolaknya.

BUK!

Dia hampir terjatuh tapi sempat ditahan oleh seseorang.

Isyaq Syafiq.

Lelaki yang dulunya pernah membuat dia tersenyum bahagia. Malang tak berbau bila Isyaq sendiri mengaku yang dia hanya mempergunakan Airin.

Betapa sakitnya hati ini apabila dia berkata seperti itu.

Airin melihat Isyaq tersenyum sinis lalu tanpa belas kasihan, dia melepaskan tangan Airin yang disambutnya lagi.

" A-awak...Kenapa awak macam ni? " rayu Airin. Hatinya masih sakit dan pada masa yang sama dia masih mencintai dia.

" Kau! Tak sangka aku dapat free show dekat sini. " ujar nya sinis.

" Hey bie, apa yang bie buat dekat sini? " Sophie dengan selambanya menolak Airin jauh sehingga dia terjatuh. Dia memijak tangan Airin.

" S-sakit... " rintihnya.

" Saja. Sayang tak suka ke bie datang? "
Sophie menghiraukan suara Airin.

" Mestilah suka. Siapa saja tak suka kan? "

Airin tidak sanggup mendengar drama yang dibuat mereka. Hati Airin bagaikan dipanah petir. Tidak dapat menahan lagi, dia terus berdiri lalu berlari keluar.

Dihadapan pintu keluar, Airin sekali lagi terlanggar seseorang. Dia mendongak ke atas. Yelah dah dia ni pendek.

Dia terkesima. Terkejut. Terkedu. Dan banyak jenis Ter- lagi yang bertandang di kepalanya.

Satu nama saja yang terlintas di fikirannya sekarang.

Aiden.

" Don't get in my way. " keras saja Aiden bersuara tanpa mengetahui susuk tubuh yang berada di hadapannya itu ialah Airin.

" Hey bitch ! Kau tak dengar ke apa yang lelaki handsome tu cakap. Jauh lah. Mati pun tak ada orang yang nak ambil peduli. " Amirah bersuara mengakibatkan Airin dengan pantas nya memberi ruang kepada Aiden.

Aiden pula merenung Airin dengan tajam. Dapat dilihat yang satu kelas itu memang membencinya.

Aiden pula pelik. Kenapa mereka membencinya? Sir mereka yang berada di sebelahnya pun hanya tersenyum sinis.

" Eh, tak guna! Pergilah! " kali ni Sir sendiri yang menghalau.

Dengan langkah yang lemah, Airin keluar.

Belum sempat dia melangkah kakinya, satu suara menyekat langkahnya.

" You move or I'll shoot you. " Airin memusingkan badannya.

Tidak sanggup hendak melihat wajah abangnya. Wajah rakan sekelas nya pula hanya mampu terdiam.

Dalam diam itu juga, mereka tersenyum sinis. Happy sebab kalau dia mati, tak perlu mereka menghadap mukanya setiap hari.

Sir pula menerangkan sebab keberadaan Aiden di sini dan yang paling Airin terkejut rupa-rupanya abangnya adalah penyumbang terbesar di universiti yang sedang dia belajar.

" Where is Airin Felixia? " semua serentak memandang ke arah Airin.

Airin pula diam terkaku. Aiden memandangnya. Mata mereka bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience