MBMM|| 4

Action Series 3630

" Haish, bosannya~ " Airin melangkah ke dapur. Dalam hatinya mengatakan betapa besarnya mansion abangnya. Boleh tahan lama juga dia mencari dapur.

Sedang dia sedang menuang air di dalam gelas, dia terdengar bunyi orang ketawa di ruang tamu.

Abang ke? Awalnya balik?

Dia terkejut apabila mendapati dua orang pemuda perpakaian hitam seperti pencuri sedang seronok berbual sambik duduk di atas sofa milik abangnya.

Airin memberanikan diri untuk mendekati mereka. Tanpa sedar dia terlanggar pasu bunga yang berhampiran. Dia tak sengaja terpijak serpihan pasu yang pecah itu lalu mengerang kesakitan.

Dua orang pemuda yang seronok bergelak-sakan itu menoleh ke belakang.

" Kau siapa!? " jerkah pemuda yang pertama.

" Tak guna punya penceroboh. Berani kau ya! Tak pe sebelum kita serah kat tuan baik kita 'rasa' dulu dia ni " pemuda yang kedua pula sudah mula mendekatinya.

Airin meronta-ronta.

" Aku ni adik Aiden Felix lah. " lalu dia menendang lagi aset pemuda yang kedua. Berkerut dahinya menahan sakit.

" Kau? Adik Tuan Felix? Hahaha..lawak lah..kau ingat kitaorang nak percaya ke kata-kata kau tu. Entah-entah salah satu peminat Tuan yang datang dari mana entah. Sedar diri tu sikit. "  Pemuda yang pertama itu mendekatinya lalu menunjal kepalanya.

" Suka hati korang je nak pegang kepala aku! " geram dia dengan layanan dua orang pemuda yang berada di hadapannya ini. Rasa nak hentam je.

" Suka hati aku lah. " lalu dia menampar pipi Airin berulang kali. Airin hanya mampu menahan sakit.

" Aku akan pastikan korang terima hubungan yang setimpal daripada Abang Aiden. " katanya sambil menjeling tajam kepada dua orang pemuda yang sudah tergelak habis macam nak mampos.

" Buat lah. Takut pula I...Hahahaha "

EHEM!

Terhenti aktiviti ketawa mereka apabila melihat susuk tubuh yang berada di belakang mereka.

Aiden meminta penjelasan melalui Airin dengan mengangkat kening kanannya. Ingat hensem ke? Wuerkk

Airin pula mendiamkan diri. Kesian pula dengan dua ekor ni. Habis diorang dikerjakan oleh abangnya nanti.

Siapa saja tak kenal Aiden Felix. Usahawan muda yang berjaya di pelosok dunia. Sangat pandai dan cekap dalam membuat kerja. Cuma satu saja yang membuatkan dia kurang selesa.

Dunia gelap abangnya.

Dengan dunia gelap itu, abangnya pasti mencipta pelbagai musuh. Bagaimana jika abang nya tercedera? Bagaimana jika abangnya koma? Eh, apa aku cakap ni?

Nauzubillahminzalik!

" Apa jadi? Apa yang Rin nak report kan? " tanyanya serius.

Melihatkan Airin yang mendiamkan dirinya. Dua ekor eh-eh orang pemuda itu pula menjadi mangsa renungan tajamnya.

Auch! Jangan lah pandang macam tu. Cair kita????

" Aku tak suka ulang apa yang aku kata. " Airin menunduk kepalanya lalu bermain dengan jari nya. Memang kebiasaan dia kalau dia takut atau gelisah.

" Sebenarnya tuan budak perempuan ni kata dia adik perempuan tuan jadi... "

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Aiden mencelah dengan suara dingin.

" Memang adik aku pun. "

Mereka berpandangan sesama sendiri lalu menelan air liur perlahan.

Habislah kita hari ni!

Kemudian, Aiden melihat kaki Airin yang berdarah itu lalu menjeling tajam orang suruhannya yang menunduk kepala.

Macam orang perempuan!

" Kenapa kaki Rin tu? " Melihatkan Airin yang mendiamkan diri itu, Aiden memandang pula dua pemuda itu.

" Di-dia terlanggar pasu le-lepastu terpijak serpihan pasu yang pe-pecah tu. " tergagap-gagap pemuda yang pertama itu berkata.

Airin pula menahan gelak. Tadi bukan main lagi berani bagai dengan aku. Ada abang aku terus tergagap-gagap macam orang kena hadap polis.

" Kita bincang lepas ni. " ujar Aiden sebelum mencempung badan Airin ke biliknya.

???

" What happen? " ujar Aiden selepas meletakkan Airin di atas katil.

" Takde pape jadi pun. Kesian diorang kena hadap abang Rin yang dingin ni. " gelak Airin sambil memegang perutnya.

" Sedap je Rin mengatakan abang. Ni kenapa tak berhati-hati ni. Kan dah luka. Memang tak pandai jaga diri betul. " Dan mula lah sesi membebel Aiden. Airin pula hanya setia mendengar sambil membuat muka menyampah.

" Ok dah siap. Lepas ni hati-hati tau? "

Airin tersenyum. Rindu. Rindu ingin bergelak sakan dengan abangnya.

" Abang nak pergi kerja balik. Jaga diri tau. " kata Aiden lembut sambil mengusap kepalanya yang dibaluti tudung.

" Asyik-asyik kerja. " kali ni giliran Airin pula yang membebel. Aiden pula hanya tersenyum tipis.

" Dan pasal Airin pakai benda ni, kita akan bincang kemudian. " suara Aiden berubah dingin sambil menatap tudung yang dipakai oleh Airin.

Airin menelan air liurnya sambil mengangguk perlahan. Habislah dia. Tabah je lah.

???

" Dia dah ada di Malaysia, tuan. " kata salah seorang dari anak buah jejaka itu.

" Good. Senang kerja aku. "  dia tersenyum sinis sambil bermain-main dengan pisau di tangannya.

Seorang anak buahnya datang berbisik kepadanya. Dia mengerut dahinya lalu tersenyum sinis.

Di hadapannya ada seorang jejaka yang lebih kurang sama wajahnya. Yang membezakan mereka adalah warna mata mereka.

" Tak sangka awal juga kau datang jumpa aku, Felix. "

Hy, crys just nak explain yang nama penuh aiden ni Aiden Felix dan di dalam dunia gelapnya Aiden dipanggil Felix. Ada faham? So jangan lupa untuk vote dan comment!

P/s- maaf jika ada kesalahan tentang agama islam dan cerita ini tidak ditujukan kepada agama apa-apa pun.
Dan Crys tau ayat Crys berbelit-belit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience