MBMM|| 8

Action Series 3630

"Aku dah warning kan. Jangan kacau adik aku!" tegang saja muka Aiden pada masa itu

"Aku tak kacau. Aku cuma nak jumpa adik aku lah babi!" hambur Aiqish.

Airin yang berada dibelakang Aiden, mengerutkan dahinya. Abang? Aiden je abang yang dia ada kan?

"Kau diam," mendatar saja bunyinya. Tanpa mempedulikan sekeliling, Aiden mengacukan pistol ke arah Aiqish.

"Kau nak bunuh aku? Sanggup ke?" kata-kata Aiqish membuatkan Aiden berang lalu dia melepaskan tembakan ke arah kaki Aiqish.

"Ya Allah, Abang Qish tak apa-apa?" kejap. Abang Qish? Kenapa macam pernah dengar?

"Abang? Sejak bila Rin panggil dia abang?" Aiden menyoal tidak puas hati. Airin tidak menghiraukan panggilan abangnya.

Dia memegang kepalanya. Menahan sakit. Aiden yang melihatkan itu berasa risau. Begitu juga dengan Aiqish.

"Rin! Rin tak apa-apa ke?" soal Aiden dan Aiqish serentak. Tak lama selepas itu, pandangan Airin berubah gelap.

Aiden mengangkat Airin sambil menjeling ke arah Aiqish.

"Aku ikut," tegas Aiqish.

"Jangan harap," Aiden menghalang nya.

"Tolong lah! Rendahkan sikit ego kau tu? Fikir kan tentang Rin. Nanti kita sambung bincang." Tidak sanggup dia melihat adiknya dalam keadaan yang macam tu.

Aiden diam sebelum merengus kasar. Dia berjalan meninggalkan Aiqish namun Aiqish segera mengikuti Aiden. Luka yang ditembak tadi dibiarkan. Sekarang Airin lagi penting.

Dalam diam, ada seseroang memerhati mereka dari jauh. Dia tersenyum sinis.

"Tuan, saya ada maklumat yang menarik," ujarnya di corong telefon.

???

"Airin okey je. Cuma aku rasa dia terlalu tertekan. Aku nasihatkan jangan bagi dia tekanan yang banyak sangat," kata Iris iaitu rakan Aiden. Mereka bertemu semasa Aiden menguruskan 'urusan' nya di Malaysia.

Tak sampai-sampai Iris pun terjebak. Kasihan dia.

Aiqish yang melihat abangnya berbual dengan seorang doktor muda itu terus berdiri.

Matanya memandang ke arah nametag milik doktor itu.

' Iris. ' sedap nama.

"Macam mana keadaan Airin?" soal Aiqish risau. Abang mana yang tak risau bila adik dia pengsan?

Iris memandang ke arah Aiqish lalu tersenyum manis.

"Airin tak apa-apa. Cuma terlebih tekanan."

Aiqish memandang Aiden tajam.

"Aku dah cakap kan? Kenapa kau ni degil sangat? Kalau kau benci aku pun, jangan libatkan Airin." ujarnya mendatar.

"Heh? Aku? Aku tak pernah libatkan dia. Aku cuma nak dia hidup bahagia tanpa apa-apa halangan," Aiden tersenyum sinis. Masing-masing dengan ego!

Adik-beradik ni memang betul-betul terlalu ikutkan ego mereka! Huh!

"Habis, kenapa kau marah dia masuk Islam? Kenapa kau tak bagi dia jumpa aku? Kalau kau nak dia bahagia, biarkan dia buat apa yang dia nak."

"Aku tak nak dia ulangi kesilapan yang kau buat. Dan pasal aku tak bagi kau jumpa dia tu, kau kena lah ingat sendiri," tutur Aiden sinis lalu berjalan masuk ke arah bilik Airin.

Aiqish meraup muka nya kasar. Takkan masih nak berdendam kot? Dia dah lama masuk Islam!

Ya, memang dia sudah masuk Islam semenjak dia berumur 6 tahun. Dia masuk Islam disebabkan alunan ayat-ayat Al-Quran.

Kenapa dia membunuh? Sebab dia mahu tuntut kematian mak ayah dia. Walaupun Aiden tidak pernah menceritakan bagaiman ibu bapa mereka mati, dia pasti ada orang yang membunuh mereka.

Khairul yang berada di sana menghentikan lamunan Aiqish.

"Er, Encik tahu tak mana wad Airin Felixia?" soal Khairul teragak-agak.

Aiqish memandang jejaka yang berada di hadapannya. Dia mengangkat keningnya.

"Saya kawan Airin," tenang saja Khairul berkata. Aiqish mengangguk faham lalu menyuruhnya mengikuti dia.

Khairul punya hanya mengekori langkah jejaka itu. Apa hubungan Airin dengan lelaki itu?

Aiden memandang ke arah gerangan yang baru masuk ke dalam wad persendirian Airin. Memang Aiden menyuruh Iris agar menempatkan Airin ke wad persendirian 

Sebab pasti banyak musuh yang akan mengambil kesempatan. Jika mereka mengetahui bahawa dia mempunyai seorang adik. 

"Apahal kau masuk?" soal Aiden sekali lagi tidak puas hati. Dia memandang ke arah Khairul yang berada di sebelah Aiqish. 

Sama seperti Aiqish juga, Aiden melemparkan pandangan tidak puas hati ke arah Khairul. Khairul mengangkat keningnya. Dah kenapa tenung dia macam tu. Tak puas hati cakap.

"Suka hati aku lah. Airin pun adik aku tau," jawab Aiqish dengan selamba. Khairul yang berada di sebelahnya sekali lagi mengangkat keningnya.

Adik? Bukan hanya Aiden ke abang yang Airin ada? Kenapa Airin tak pernah beritahu nya tentang ni?

"Jap! Abang? Bukan kau je ke satu-satunya abang yang Airin ada?" Khairul mencelah di antara mereka berdua sambil jari telunjuk nya diarahkan ke arah Aiden. Dapat dirasakan aura negatif yang keluar. 

"Kau dengar tu. Hanya aku abang yang Airin ada," kali ini ada nada bangga yang terdapat di suara Aiden. 

Yang tidak puas hati sekarang adalah  Aiqish. 

"Kau orang luar. Kalau tak tahu apa-apa, baik tutup mulut sebelum aku tembak kau," balas Aiqish mendatar.

Khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dua-dua abang Airin ni memang mafia ke? Susah juga nak masuk meminang ni. Eh, ke situ pulak kau.

"Sorry bang," tutur Khairul sopan. 

"Siapa abang kau?" Aiqish menyoal tidak puas hati.

" Abang lah. " Khairul bermain tarik tali dengan Aiqish. Seperti tidak kisah dengan pangkat Aiqish yang seorang mafia itu.

"Aku bukan abang kau lah." 

"Habis tu? kawan?" balas Khairul.

"Kawan dari neraka."

Kemudian, Aiden mencelah diantara mereka.

"Memang kau dari neraka pun," balas nya selamba.

Aiqish menjeling geram. Tak guna punya abang. 

Tiba-tiba, mata Airin bergerak sendiri. Tanpa berlengah lagi, Aiden menekan butang yang berada di tepi katil.

Iris meluru masuk ke dalam bilik wad Airin. Setelah memeriksa Airin, Iris mengajak Aiden ke pejabatnya namun ditolak oleh Aiden.

"Kau nak aku tinggalkan Airin ni dengan dua ekor monyet ni?" Khairul dan Aiqish menoleh ke arah Aiden. Monyet? Adakah muka hensem bagaikan artis ni dikatakan monyet?

Pada masa yang sama, James pun tiba.

"Kau jaga adik aku. Jangan biarkan dua ekor monyet ni apa-apakan dia, kalau tak siap kau!" arahan yang berbaur amaran ditutur oleh Aiden.

"Serahkan je pada aku."

Sorry typo
Vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience