Bab 25

Romance Series 11511

Langkah Auni sangat pantas termengah-mengah Putri dibuatnya.
"Auni sabarlah jap" kata Putri sambil menahan perutnya yang mula senak
"Cepatlah Put, aku tak sabar nak tunjuk kau dengan mak aku ni" jawap Auni dengan teruja sekali.
"Mak kau tak lari lah"
"Alah cepat" Auni terus menarik tangan Putri dengan sepantas kilat.

"Kau ingat lagi tak abang aku?" tanya Auni kepada Putri.
"Hm Azfar kan?" balas Putri lalu memandang muka Auni.
"Abang aku ingat kau erk, aku bukan main lagi kau tak ingat" jawap Auni berjauh hati lepastu buat acah-acah merajuk pula.
"Mana ada, kalau aku dah ingat kat kau mestilah aku ingat abang kau jugak. Kau ni macam budak kecik lah" Putri berasa geram pula dengan si Auni ni.
"Hehe yelah yelah"
"Okey dah nak sampai" kata Auni. Mereka hampir sampai di rumah Auni sendiri. Kelihatan rumah Auni yang besar dan panjang itu. Ditepi rumahnya banyak pokok asam dan pokok kelapa.
"Assalammualaikum mak ooo mak!" jerit Auni memanggil maknya yang entah kemana perginya.
"Hoi anak dara tak baik jerit-jerit tau" kata seseorang yang bersuara garau dari dalam rumah 'tu mesti Azfar abang Auni' hati Putri berkata, dia hanya meneka sahaja.
"Abang tengok siapa ni" Auni menarik lagi tangan Putri, dibawanya Putri masuk ke dalam rumah.
Azfar memandang Putri dari atas sampai bawah. Putri tersipu malu dipandang begitu.
"Siapa ni?" tanya lelaki yang berada si sebelah Azfar.
"Ni lah Putri Min"
"Oh" balas Min atau nama sebenar Mukmin. Membulat saja mulutnya berkata 'oh'.
"Putri? Subhahanallah lama tak jumpa" balas Azfar matanya masih lagi tak lepas memandang Putri.
"Kau duduklah dulu, aku buatkan air" kata Auni terus menyuruh Putri duduk di sebalah abangnya.
"Eh takpe lah" balas Putri kecil sahaja suaranya.
Tanpa berkata apa-apa Auni terus membuka langkah pergi ke dapur.
"Aku nak jugak Auni" Mukmin bersuara.
"Eh sibuklah kau!" balas Auni, kadang-kadang dia menyampah jugak dengan si Mukmin ni tapi dia jugak lah kawan baik si abangnya.
"Dah besar Putri sekarang ya, makin cantik pula"
Putri ketawa pipinya sudah terasa panas.
"Takdelah biasa je" balas Putri malu-malu.
"Awak apa khabar, sihat?" Putri bertanya kepada Azfar.
"Alhamdulillah sihat, nampak Putri ni makin sihat rasanya". Putri tergelak 'Azfar ni memang suka bergurau dari dulu lagi memang tak berubah perangainya sama je dengan Auni' hati Putri berbisik.

Mukmin berdeham Putri dan Azfar memandangnya. Lalu Mukmin mengangkat keningnya tanda 'kenapa'. Putri dan Azfar menyambung lagi percakapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience