Bab 8

Romance Series 11511

Aidan memasuki kawasan Universiti Kuala Lumpur. Dia mencari tempat parkir.
"okey dah jumpa" katanya yang sudah pun menjumpai tempat parkir. Dia mematikan enjin kereta lalu terus keluar. Aidan bergegas pergi ke pejabat UniKL untuk memaklumkan dirinya sebagai 'lecturer separuh masa' tiba- tiba....

"ish mamat ni buta ke!?" kata Putri
"i mintak maaf okey, sorry" balas Aidan dengan lembut
"eh sorry naik lori lahhh!" jawap Putri "dah lah tak reti nak tolong" sambung Putri lagi, buku dan failnya semua bertabur diatas lantai akibat 'teraccident' sebentar tadi.

Aidan mencapai buku dan fail milik Putri yang bertabur tadi.
"eh tak payah lah nak tolong-tolong bagai" Putri buat muka menyampah.
'tadi cakap aku ni tak nak tolong dia, dah aku tolong dia marah-marah pulak' bisik Aidan dia tergaru-garu kepalanya. Sungguh dia tak faham dengan gadis dihadapannya ini. Putri beredar dari situ dengan sepantas kilat. Aidan malas mahu melayan, dia pun bergegas berlalu dari situ dan bergegas pergi tempat yang ingin dituju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience