Bab 18

Romance Series 11511

Tamatnya "cuti peristiwa" Putri, Intan, Dhina dan Along and the gang mereka fokus sungguh dalam kelas hari itu dari pagi hingga ke petang dan kelas yang pertama hingga yang terakhir
iaitu kelas Aidan.

"Okey semua boleh balik" kata Aidan pada semua pelajar. Sebaik sahaja Aidan berkata begitu Putri terus beredar sepantas kilat.

"Eh Putri tunggulah" Intan bersuara
"Wei dia marah ke tu?" kata Dhina
"Marah pasal haritu kot, biarlah dia nanti okey lah tu jangan tanya apa-apa nanti kang mengamuk pulak" balas Along. Aidan hairan melangkah saja dia dalam kelas itu tadi, dia nampak Putri hanya mendiamkan diri. 'Takkan marah gilerrr kot kat aku' getus Aidan.

"Balik dulu Uztaz" ujar Usman
"Okay, assalammualaikum" balas Aidan sambil senyum. Usman membalas salam itu. Semua hanya terus berlalu pergi tanpa memandangnya.

'Ergh! menyampah tahap dewa dan dewi dengan Uztaz Aidan tu' kata suara hati Putri. 'Nasib hari ini class dah habis then cuti lepas tu study week aman sikit dunia mata aku' katanya lagi.

"Put, yaallah penat tau kita orang kejar kau cepat sangat jalan semput wei" kata Dhina yang kepenatan mengejar Putri. Putri buat mata keatas.
"Aku balik dulu cauuu, apa-apa whatsapp group ada" kata Putri. Putri terus masuk dalam kereta, hidupkan enjin lalu kereta nya bergerak laju meninggalkan kolej itu.
"Errr ni marah gilerr ni" kata Intan
"Hmm i feel sorry for her" jawap Dhina
"It's okay babe kita pujuk dia nanti" balas Intan pula.
"Oh abang aku dah sampai, bye babe jumpa nanti kalau free okay" kata Intan
"Okay" Dhina melambai kearah Intan yang sudah pun membuka pintu kereta milik abangnya dan terus berlalu pergi.
"Ish aku sorang ke kat sini" kata Dhina sendiri.

Pon! pon!

Dhina terkejut bunyi hon kereta itu. Dhina menoleh. Kereta itu semakin dekat menghampirinya 'Ish sapa pulak ni' hati Dhina bersuara. Cermin kereta itu diturunkan.
"Hi Dhi belom balik lagi?" tanya Hashim
"kau rupanya shim aku ingatlah sapa tadi, eh kau pakai kereta?"
"hehe kereta pinjam je pun" balas Hashim
"kau ni tak balik lagi? Hashim bertanya.
"Hm belom tunggu uber kot" balas Dhina
"Ha uber? kot?"
"yelah"
"takpe aku hantar kau balik meh jom, aku takde teman ni. Lainlah kalau kau tak sudi" Hashim buat-buat simpati.
"Janganlah cakap macam tu, mana ada aku tak sudi" balas Dhina, lalu pergi ke tempat penumpang di sebelah Hashim.
"Sorrylah kereta pinjam je, mesti kau rasa macam nak tak nak je kan"
"Ish kau ni suka fikir buruk-buruk tau dengan aku, aku tak kesah lah kau pakai kereta ke motorsikal ke tak kesahlah as long kau ada dengan aku, eh?! macam tu ke" Dhina macam terlepas cakap.
"Memang aku ada je untuk kau" balas Hashim. Muka Dhina dah merah. Kereta Hashim pun bergerak laju meninggalkan perkarangan kolej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience