Bab 21

Romance Series 11511

"Putri dah ready?" Encik Haniff bertanya pada anak gadisnya sambil menghidupkan enjin kereta Lexus SUV.
"Hmm dah abah" jawapnya, tak ikhlas
"Okay, Kampung Seri Indah here we go!" kata Encik Haniff menceriakan suasana.

Hampir dua jam perjalan menuju ke kampung Putri tersedar dari lena.

"Dah sampai ke?" Putri terus bertanya.
"Okey dah sampai sayang" balas Puan Arisya, Encik Haniff mematikan enjin kereta.
"Putri sayang keluarlah" kata Puan Arisya yang sudah pun keluar dari kereta, Encik Haniff pula mengambil barang dari but keretanya lalu berkata "Cepat Putri, best tau".
Putri mengeluh sebelum keluar dari kereta nak tak nak saja dia keluar dari kereta abahnya.

Keluar sahaja Putri dari kereta abahnya itu, dia memandang pandangan kampung itu dengan perasaan yang teruja dalam pada itu juga dia rasa terpukau, terkejut semuanya bercampur sekali.
"Oh my god!" itu sahaja mampu keluar dari mulut Putri.
"Kan abah dah cakap tadi" Encik Haniff berkata, Puan Arisya pula, tersenyum melihat anak gadisnya yang terpukau dengan suasana yang nyaman itu. Maknanya itu pertanda baik.

Putri sedang menikmati keindahan yang ada di depan mata 'Yaallah cantik sungguh keindahan yang engkau berikan' getus hati Putri. Putri menarik nafasnya dalam-dalam dan hembus, tarik nafas, hembus. Sangat nyaman udaranya yang segar dan menghijau. Sawah yang terbentang luas di tepi rumah neneknya angin yang bertiup kuat. Sungguh dia tak sangka dia menikmati alam begitu asyik sekali.

"Putri dah lah tu meh sini" Encik Haniff memanggilnya, dia menuju ke arah mama dan abahnya yang sudah berada di tangga rumah neneknya.
"Assalamualaikum, mak oo mak" Puan Arisya memberi salam. Lagi sekali dia berbuat demikian.
"Ye,ye kejap" kata seseorang dari dalam rumah itu.
Pintu dibuka luas.
"Yaallah Risya, Aniff bila datang tak cakap dengan mak pun, yaallah" kata Puan Hazirah biasa dipanggil orang orang kampung Nek Haz mak kepada Encik Haniff, dia terus memeluk menantunya Puan Arisya.
"Maaf lah mak datang mengejut macam ni" kata Puan Arisya, dia masih lagi dipeluk oleh mak mertuanya. "Ye lah, kira surprise lah ye" kata Nek Haz sambil ketawa. Pelukan terlerai, Encik Haniff lalu menyalam tangan maknya dan memeluknya erat.
"Eh siapa ni?" tanya Nek Haz yang memandang Putri.
"Mak, ni Putri, salam nenek sayang" kata Puan Arisya. Putri menyalam tangan neneknya. Nek Haz lalu memeluk Putri.
"Yaallah dah besar cucu nenek, lama tak jumpa. Makin cantik orangnya" kata Nek Haz sambil mencuit pipi Putri yang putih gebu itu. Putri malu-malu.
"Meh cepat masuk. Cepat-cepat" Nek Haz lalu menarik tangan Putri.
"Abang tengok ni ha sapa datang cucu kita bang!" jerit Nek Haz kepada suaminya. Bengit telinga Putri mendengarnya. Papan rumah itu bunyi terkiuk-kiuk lalu muncul Encik Rajman biasa orang kampung panggil Tok Man.
"Eh cucu atok" terus Tok Man memeluk Putri.
"Ayah ni dari mana?" tanya Encik Haniff. Pelukan untuk cucunya terlerai.
"Kat belakang amik ubi nak buat goreng" Semua mulut membulat bila kat 'oh'

"Kemas barang dulu lepas tu kita makan ubi goreng" kata Nek Haz dengan ceria. Putri rasa dia tak pun menyesal untuk berada di disini malah dia rasa sangat happy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience