Bab 23

Romance Series 11511

"Dengar cakap nenek dengan atok tau Putri, jangan nak buat perangai" kata Encik Haniff menasihati satu-satunya anak yang dia ada.
"Pandailah ayah dengan ibu kamu ni jaga Putri, takde nya dia nak buat perangai dia kan budak baik" jawap Tok Man yang berpihak kepada Putri lalu memeluk bahu Putri. Putri pun lalu tersenyum-senyum kemenangan. Encik Haniff hanya menggelengkan kepalanya.
Puan Arisya memegang kedua-dua belah tangan Putri.
"Putri sayang jangan nakal-nakal okey jangan nak susahkan nenek dengan atok, tolong apa yang patut Putri kan dah besar kalau suruh kahwin memang bertabur je anak" kata Puan Arisya pula yang menasihati sambil bergurau dengan anak gadisnya itu.
"Ish mama ni, sampai kat situ pulak" jawap Putri.
Mereka semua tergelak sebab dapat kenakan Putri sebegitu.

"Okeylah ayah, ibu. Kami dah nak gerak ni nanti lewat pulak sampai KL" kata Encik Haniff lalu menyalam tangan kedua orang tuanya dan diikuti oleh isteri tercinta Puan Arisya.
"Jangan bawak laju sangat kereta tu Niff hati-hati sikit, biar lambat asal selamat" jelas Nek Haz kepada anak lelakinya.
"Yelah ibu" balas Encik Haniff. Giliran Puan Arisya pula, dia memeluk tubuh ibu mertuanya.
"Ibu, Sya balik dulu ya, maaflah tak dapat lama-lama dengan ibu dan ayah kat sini" kata Puan Arisya mendatar.
"Takpe... Ayah faham kamu berduakan sibuk kat KL tu nanti kalau kerja dah siap datang lah kat sini balik" balas Tok Man.
"Betul kata ayah tu Sya" sambung Nek Haz.
"Insyaallah ayah, ibu" kata Encik Haniff.
"Kami gerak dulu ya ibu, ayah" kata Puan Arisya.
"Ye baiklah" jawap Nek Haz dan Tok Man serentak.
"Bye Putri" kata Puan Arisya dan Encik Haniff. Mereka berdua lalu masuk dalam kereta Lexus SUV milik Encik Haniff sendiri.
"Bye!" jerit Putri sambil melambai kearah mama dan abahnya. Encik Haniff membunyikan hon keretanya. Tok Man mengangkat tangan kearah kereta itu. Lalu kereta Lexus itu semakin hilang dari pandangan.

Putri mengeluh kecil.
"Putri okey?" tanya Nek Haz kepada cucu kesayangannya.
"Takde apa nek. Hm Putri nak ambil udara segar kejap ya atok, nenek"
"Ha yelah, jangan lama sangat" balas Tok Man kepada Putri.
Putri lalu meninggalkan atok dan neneknya.Putri mengenakan baju kurung berwarna blush dengan bunga-bunga kecil berwarna punch.Dia ingin melihat kawasan yang segar dan nyaman itu, sungguh mengasyikkan. Dia berjalan-jalan di sekitar kampungnya itu. Kali terakhir dia memijak kampung nenek dan atoknya itu waktu dia berusia 11 tahun kerana ayahnya di naikkan pangkat lalu berpindah ke KL. Sekarang umurnya 24 tahun. 14 tahun dia tidak menjejak kakinya kesini tapi sekarang dia sudah pun berada di kampung itu. Tidak banyak yang berubah hanya rumah-rumah orang, sawah yang semakin besar dan luas, dan pembinaan kedai-kedai runcit. Sedang Putri sangat leka asyik melayan keindahan perkampungannya, dia terlanggar dengan seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience