Bab 22

Romance Series 11511

Usai habis sahaja makan malam pada malam itu, Putri sekeluarga berada di pangkin, bawah pokok mangga yang sungguh besar dan lebat buahnya. Suasana malam yang sungguh nyaman dan sejuk.

"Seronok jugak sekala sekala macam ni" kata Nek Haz sambil memeluk bahu Putri. Putri membalas pelukan neneknya.
"Putri balik sini tak pergi kolej ke nanti?" tanya Tok Man.
"Tok...Putri pergi sini sebab masa ni cuti semester mana ada orang nak pergi kat kolej" kata Putri sambil tersenyum-senyum.
"Oh ye ke, maklumlah atok kan dah tua tak tahu" kata Tok Man sambil gelak.
"Kamu berdua bila balik KL?" tanya Nek Haz.
"Esok mak" jawap Encik Haniff.
"Lah...cepatnya nak balik" kata Tok Man pula
"Yelah mak, ayah kat KL tu berlambak lagi kerja Aniff kena buat, Risya pun sama jugak" jelas Encik Haniff.
"Betul mak,ayah bukan tak nak lama-lama kat sini" balas Puan Arisya.
"Ye takpe lah" jawap Nek Haz lemah.
"Takpe nek, atok. Putri kan ada kita boleh main ke apa ke?"
"Main??" kata Tok Man.
"Boleh ke main umur dah tua macam ni? Sepatutnya dah boleh bagi nenek dengan atok ni cicit tau" balas Tok Man.
"Betulkan Niff, Sya?" kata Tok Man kepada Encik Haniff dan Puan Arisya. Mereka berdua mengangguk dan tergelak.
"Alah atok ni tak suka lah cakap benda tu" kata Putri terus dia merajuk.
"Yelah,yelah maafkan atok"
"Okey Putri maafkan"
"mengada je Putri ni" kata Encik Haniff.

Hari sudah pun beransur lewat.
"Dah jum masuk dah lewat ni" kata Tok Man.
"Jom!" balas Putri dengan nada ceria.

Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah. Encik Haniff dan Puan Arisya berpandangan. Pandangan itu seolah-olah berkata perubahan yang sangat baik untuk Putri di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience