Bab 10

Romance Completed 2648

PERLAHAN-LAHAN AIMAN MENGHULURKAN cawan teh ke tangan Dahlia. Dahlia menyambutnya untuk disuakan ke bibir.

“Sedap abang bancuh!” pujinya.

“Mestilah sedap! Sebab abang letak macam-macam perisa di dalamnya.”

“Hm, yakah? Perisa apa tu?” Dahlia tetap menyoal, meskipun dia dapat mengagak pasti jawapan yang diberi itu sama ada dalam bentuk senda atau sekadar untuk menghiburkannya.

“Perisa cinta, kasih, sayang, jujur, ikhlas dan setia.”

“Oh!” Dahlia mengangguk-angguk…

“Beli di kedai mana?” giat Dahlia.

“Kedai Speedmart.” Aiman memberi jawapan.

Dahlia tertawa. Aiman bahagia melihatnya.

Aiman mencapai cawan dari tangan Dahlia, lalu diletakkan ke atas talam. Kemudian, tangan Dahlia dikait dan digenggam erat. Pandangan penuh kasihnya buat isteri tercinta tetap terpancar. Alangkah pilunya melihat keadaan isteri yabg telah hilang penglihatan setelah menjalani pembedahan membuang tumor. Terkadang jiwa terasa sendat memikirkan masa depan mereka sekeluarga. Sungguh. Kasihnya buat isteri kian melimpah-ruah.

“Sayang, jika kita telah berjumpa dengan penderma mata, adakah sayang bersdia untuk dibedah?”

“Abang bagaimana?” Soalan itu dijawab dengan soalan juga.

“Abang mahu sayang abang ini boleh melihat semula, jadi … ”

“Lia ikut sahaja.” Dahlia terlebih dahulu memberi jawapan. “Lia akan jalani pembedahan tersebut.”

“Bagaimanapun, sebelum itu kita perlu buat kenduri doa selamat terlebih dahulu,” Aiman menyimpulkan. Di dalam dadanya, hati berdetak seribu. Sejuta kebimbangan menerjah tatkala memikirkan pembedahan yang bakal dihadapi isteri.

***

DAHLIA TERJAGA DARIPADA tidur. Dia mendapati Aiman berbaring di sisinya.
Cantiknya suasana pagi.
Indahnyaaa...!!!

***

DAHLIA TELAH SEMINGGU dibawa balik ke rumah.
Pembedahan mata Dahlia berjaya.
Leganya.
Tidak sangka dia akan sembuh daripada tumor otak itu.
Alhamdulillahhh.

“Dahlia!” suara Arni mengejutkannya. Di sampingnya Kak Zakiah dan Kak Hanum.

“Kami begitu merindui Lia,” Zakiah bersuara.

“Syukur Lia dapat melihat semula,” Hanum menyambut.

Dahlia terpana.

“Lia tidak marahkan akak lagi, bukan?” Zakiah mengaju soalan.

. “Kami banyak bersalah kepada Lia.”

Dahlia diam. Berbalas pandang dengan Arni.

***

GEMA HATI BERBAUR cinta nan suci menggemburkan indahnya rasa menghirup cahaya cinta dari-Nya. Siapalah diri tanpa sentuhan kasih Ilahi. Mungkin hati tidak utuh andai bukan Tuhan yang menguatkannya.
Tangannya meraba-raba. Bibir mengukir senyum tatkala dia berjaya mendapatkan apa yang dicari. Dia melabuhkan punggung atas sejadah setelah bertelekung. Menanti saat azan dilaungkan. Jiwanya kini diserahkan bulat-bulat untuk Allah.

***

DAHLIA MEMBANTU IBUNYA di dapur. Senyumnya meleret.
“Mama, Mak Ngah Limah sihat? Lama tak jumpa dia.”
Mama Dahlia memandang anaknya. Mengoyak senyum.

***
“PERLUKAH SAYA BERITAHU?” tanya Puan Zulaikha.
“Tak perlulah. Nanti Halimah Ng marah kita pula. Kan kita pernah berjanji dengannya.”
Berjanji???
Dahlia terkedu. Tercenung sebentar. Setelah mencuri dengar perbualan kedua-dua ibu bapanya itu.

***

DAHLIA TERTANYA-TANYA.
Apa yang dijanjikan oleh Mak Ngah Limah?

***

PINTU BILIK ITU TERBUKA.
Bilik di hujung dapur sekali.
Dia ternampak-nampak seseorang bercermin mata hitam tengah meraba-raba mencari sesuatu.
Dahlia mendekati. Rasa simpati mengheret hatinya untuk membantu.

***

BETUL. DAHLIA MACAM kenal wanita itu.
Dahlia sangat kenal.
Dahlia sungguh terkejut.

***
WANITA ITU DIHAMPIRINYA.
Dia membantu wanita itu mendapatkan apa yang dicarinya. Sengaja dia menggapai cermin mata hitam itu dan ditanggalnya. Kelihatan sebelah mata wanita itu berbalut.

***

“ MAK NGAH LIMAH!!!” Dahlia meraung sekuat hati.

“Sayang jangan nangis…” Halimah Ng cuba memujuk Dahlia.
“Mak Ngah tidak apa-apa. Apa yang penting Dahlia perlu teruskan hidup ini. Hidup Dahlia masih panjang. Mak Ngah sudah tua.”

Halimah Ng senyum dengan senyuman yang paling manis. Dahlia dipeluk dengan penuh kasih sayang. Menenangkan Dahlia yang sedang teresak-esak menangis. Hati Halimah menguntum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience