LUV 26

Others Completed 23124

Zainud family's house
09:24 p.m.
_Aya POV_

Umphhh yeah its me again

Well, macam korang tau sebelumnya kan pagi tadi nak dekat tengah hari dah..aku tak tersengaja buat abang Hanif marah kemudian majuk dia kat dalam bilik ni.

Dah beratus kali aku ketuk pintu tapi tetap je dia tak bukak macam tak nak bagi aku masuk kat dalam doh

Iyalah, aku tak terasa hati ataupun marah dengan tindakan dia tapi please dong beri aku waktu untuk jelasin semuanya ke kamu my hubby wuwuwu..

Nasib baik juga,mama err Datin Rubiana dan Adam tak ada kat rumah.Adam diajak oleh kawan
nya pergi jenjalan kat klcc manakala mama pula entah sejak pagi lagi tak nampak batang hidung
nya

Aku?

Aku sekarang tengah berdiri di depan pintu.Ini yang ke-40 kali aku mencuba nasib untuk pujuk Hanif berbual denganku.Tak.I mean we need to talk untuk selesaikan kesalah fahaman antara kita.

"Hubby... "

Dia tak bagi respon langsung.Buat apalah dia kat dalam tu erh?

"Hubby,tolong larh bukak pintu ni.Bagilah Aya explain apa yang berlaku pagi tadi kat hubby."

Senyap je.

Aku makin putus asa tapi aku kuatkan hatiku dan menanti dengan sabar.Kalaupun tika ini aku sangat menjengkelkan baginya namun aku tak peduli yang penting aku nak beritahu perkara sebenar bahawa ianya adalah bukan seperti yang difikirkan!

"Hubby.."

...

"Hubby, okelarh Aya tak paksa hubby bukak pintu ni tapi tolong en dengar penjelasan Aya.Mmph
hubby, sebenarnya Aya tak buat apa-apa.Pagi tadi tu orang tu yang buat hal entah kenapa tiba-tiba... erm tapi Aya dah tampar dia dan lepas ni Aya takkan datang lagi kat sana"

Klak!

Pintu dibukak dari dalam.Muncullah sesosok tubuh yang sangat aku cintai.Aku mengukir senyuman untuknya namun senyumanku terus mati saat dia menyerahkan kunci rumah vilanya.

"Err... na.. nak buat apa ni? "Soalku pelik

"Takde, ambiklah kunci ni dan balik ke vila sekarang.Aku tak nak diganggu lagipun esok aku ada keja yang banyak di pejabat so aku nak tidur awal.Selamat malam Azaeya"

Pintu bilik ditutup semula tanpa sempat aku menginjakkan kaki aku ke dalam sana.Aku pandang kunci yang ada di tangan aku dengan dahiku yang berlapis-lapis.

Hanif halau aku ke?

Dia mogok ngan aku eh?

Tiber aku dengar suara orang kat tingkat bawah.
Aku mendekati palang penghadang dan aku jengukkan kepalaku ke bawah.

Mama dan Yana?

Yana memang selalu datang ke sini ke?

Melihat kemesraan Yana terhadap mama atau namanya Datin Rubiana membuat aku merasa
sedikit cemburu.Yana dilayan dengan baik bagai
kan anak sendiri manakala aku sebagai menantu
nya pula dilayan macam ada satu bongkah kayu yang besar memisahkan kami berdua.

Terlalu jauh, dingin dan datar terhadap aku.Aku tak sedih cuma hatiku terkilan dengan sikapnya tak menganggapku sebagai orang yang juga dekat keluarganya.

"Hei, Aya! "

Tersentak aku saat nama aku dipanggil oleh mama.Matanya tajam melihatku.Aku segera turun ke tingkat bawah tepat di hadapan mama.

"Tolong sediakan semua ni sekarang"Arah mama dingin.

"Baik,datin."Jawabku.

Aku mengambil bungkusan KFC dan kubawa ke dapur.Dua buah pinggan besar aku letakkan di atas meja.Ketulan daging ayam goreng tersebut aku susun cantik-cantik di atas pinggan.

empat minuman pepsi aku susun dengan bentuk segi empat di tengah-tengah meja manakala kepingan kentang cheese aku asingkan di pinggan yang kecil.

Siap!

"Hanif...."

Mendengar nama tersebut, aku terus berlari keluar dari dapur.Langkah aku terhenti pabila melihat Yana tanpa segan silu memeluk tubuh suamiku dengan manja.

Hanif melirik ke arahku.Wajahnya kosong tanpa ekspresi.Tiber kedua tangannya memeluk tubuh seksi milik Yana.

OH MAI GAD!

"Hanif! "Jeritku ke arahnya.

Aku datang ke arahnya.Aku tarik tangan kanan Yana agar melepaskan Hanif dari pelukannya
dan Hanif,aku pandang matanya dengan penuh rasa marah.

"Hubby biar Yana peluk hubby? "

Dia biarkan soalanku.Matanya tak lepas dari
menentang pandangan mataku seakan menghantar maksud 'kau juga buat aku macam ni
pagi tadi'

"Tolong, Aya kan dah cakap yang Aya.. "
Belum habis cakap dia terus dalih panggil mamanya.

"Mama.. "

Kebetulan mama yang baru turun dari tingkat juga terus datang ke sisi Hanif.

"Why dear, apesal macam hangin jer ni? "Soal mama risau.Matanya sempat menjeling tajam ke arahku.

"Hanif terima Yana jadi isteri Hanif."Katanya dengan serius.

......

"Erm Hanif sayang, jangan memain.... "

Hanif potong ayat mama tirinya.

"Hanif cakap nak terima Yana kan, jangan cuba buat Hanif putuskan kembali apa yang Hanif fikirkan."Tegasnya lalu pergi ke dapur.Sempat lagi
dia melanggar bahu kananku.

"Kejap, apa yang hubby cakapkan ni? Terima Yana? isteri?hubby nak madukan Aya ngan Yana? "Aku mencelah perbualan mereka dengan pertanyaan bertubi-tubi.

Mereka bertiga diam dan memandangku dengan wajah dingin.Aku rasakan diriku yang sekarang ni persis seorang manusia yang paling hodoh.

"Sememangnya kenapa kalau aku kahwin dengan Yana, lagipun........ "Hanif tak menghabiskan ayat
nya.Dia mendekatkan bibirnya ke telingaku dan membisikkan sepotong kata yang menyakiti hati aku.

"Yana still my girlfriend and i love her so much."

Serentak itu dia ketawa sinis di hujung ayat.Aku tundukkan muka aku.Aku pandang lantai jubin.
Hati memberikan tindak balas terhadap perasaan
ku yang sakit lalu mataku meresponinya dengan air jernih yang bertakung di bawah kelopak mata
aku.

Jawaban yang tepat ialah:KATANYA ITU MEMBUAT AKU INGIN MENANGIS SEKARANG!

"Aya tak faham,padahal dah cakap situasi pagi tadi tu adalah kesalah fahaman.Hubby pula nak elakkan Aya dengan cara kahwini Yana.Pendek kata,hubby...nak balas balik perasaan sakit tu kan? "Kataku dengan kepala masih tertunduk ke bawah.

"Baguslah kalau kau dah tau.Now,jangan muncul
kan diri kau lagi kat sini."Kata ini dikeluarkan dengan nada yang sukar dijelaskan.

"Kenapa?kalau hubby nak sangat kahwin ngan Yana itu terpulang hubby tapi tolonglah jangan jauhkan Aya dari hubby."Mohonku.

Aku spontan memeluk kaki kanan Hanif.Tak sanggup lagi menahan air mata aku lalu ia pun memecahkan empangan lalu melepaskan takungan air mataku yang sedari tadi aku tahan.

Melihat Hanif yang memalingkan wajahnya ke tempat lain membuat aku semakin kecil hati dengan sikapnya yang tak kufahami dengan jelas.

"Hubby, bukan ke hubby dah terima Aya?"Tanyaku
perlahan.

"Maaf, itu cuma lakonan semata-mata di hadapan yang lain."Jawabnya datar.

Di hadapan yang lain? maksudnya Adam dan papa ke? Tak.Aku yakin itu bukanlah lakonan tapi memang lahir dari lubuk hatinya.Aku dapat rasa
kan penerimaan dia terhadap diriku tu adalah ikhlas.

"Tipu, hubby dah tak suka kat Yana hubby cintakan Aya!"

"Bila masa aku cakap macam tu? jangan perasan
aku tak cintakan kau langsunglah Azaeya! "

Atau aku harus mengakui katanya dan berhenti untuk menawan cintanya yang masih dimiliki oleh Yana.Yana bekas kekasih Hanif? Wahh hahah!

"Keluar.Balik ke vila.. "

"Takpe.Aya tau.. hubby tak cakap pun Aya akan balik ke sana juga."Potongku cepat.

Wajahnya sedikit terkejut namun kembali datar dan dingin seperti biasanya.Oke arh aku tau aku dah tak diperlukan lagi tambah lagi dia cakap dia tak cintakan aku.Buat apa nak terhegeh-hegeh lagi kan

lalu, bersaksikan Yana dan Datin Rubiana.Aku keluar dari rumah.Sedikit pun aku tak menoleh ke belakang lagi.

Takde orang yang melalui jalan kawasan perumahan ini.Motorsikal mahupun kereta seperti teksi,grab juga kereta milik sendiri.
Seakan memberi aku laluan untuk menangisi nasib yang menimpa aku malam ni.

Langit juga kelam.

Kat mana semua bintang di langit?

"Korang pun jijik tengok aku sedih macam ni?
dibuang suami lalu cari pengganti secepatnya.
Heh diorang kan banyak duit nak urus semuanya.
Petik jari berderet semua pompuan nak datang dilamar olehnya, atau bayar peguam untuk uruskan semua malasah dan selesai."Bisikku perlahan.

Aku seka air mataku.Arghhh masih lagi tak henti membasahi pipiku.Sakit betul hati ni!

Langkah kaki kubawa menyusuri malam yang hanya diterangi lampu jalan.Tak sedar aku, sebuah kereta mengekori aku dari belakang.Dia
sengaja mematikan lampu keretanya.

Dengan bantuan dari lampu jalan,matanya tajam memerhati gerak geri aku.

"Tak sangka cara fikir kau betul-betul membuah
kan hasil yang menarik."

"Dia ni senang je nak ditangkap masuk ke dalam jaring.Tak sangka pulak Hanif termakan umpan kita hehe"

"Baguslah.. perhatikan dia baik-baik. "

"Roger bos. "

Ia menukar arah pabila tiba di simpang empat.

Aku menoleh ke belakang tika aku rasa ada sesuatu yang pelik.Mungkin hanya perasaan
aku kot.

Aku berhenti di perhentian bas..

Masa yang tepat, munculnya sebuah bas mini menuju ke laluan dimana aku sedang berdiri sekarang.Malangnya,ia penuh dan aku terpaksa
menunggu bas yang lain lagi.

Teksi pula yang lalu

Arh teksi pun boleh larh

Namun, tika aku sampai ke vila dan masanya untuk bayar harga barulah aku sedar yang aku
TAK BAWA APA-APA!!

sial..


................To be continued...............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience