Kota Kinabalu, Sabah
Saturday
_Hanif POV_
Dah jam 9 pagi
Nak siapkan keja cepat-cepat kenalah bersiap awal juga so bolehlarh balik rumah esok.Tak perlu pun duduk lama-lama di sini ehek takut Aya kesepian kat sana
Actually aku tak sampai pun lima hari kat sini.
Tiga hari je.Saja nak buat Aya tunggu hubbynya pulang wakakkakak terfikir pula reaksi muka sang isteri bila nampak hubbynya balik malam esok.
Dengan bantuan Shukri, pemandu peribadi aku.
Aku meminta pertolongannya untuk mengangkat barang-barang yang aku bawa dari Kuala Lumpur
untuk diberikan kepada pekerja di sini.
Takde pun yang nak dibuat kat sini.Aku datang nak bagi penghargaan kepada para pekerja sekaligus mengadakan parti ulang tahun pekerja syarikat barang kemas milik keluarga Dato Zainud.
Papa ke US pun atas sebab urusan yang sama dengan aku.Semuanya diadakan di beberapa cawangan juga pada hari yang sama iaitu hari ini.
Untuk pekerja yang tak bertanggungjawab sesuai laporan pihak pengawasan dari staf atasan akan dikeluarkan dan dipecat daripada syarikat ini.
Untuk pekerja yang bertungkus lumus membantu menjayakan syarikat ini pula akan diberikan hadiah penghargaan yang lumayan seperti peng
hawa dingin, set barang kemas,wang,kereta,
motorsikal dan sebagainya.
Beginilah cara syarikat papa mengekalkan orang-
orang yang serius menjadi ahli di syarikatnya yang sekarang dipegang oleh aku,Iznuel Hanif bin Dato Mokhtar Zainud.Nama penuh aku.
Oke, done
Eheh
So, lepas dah angkut barang-barang tersebut ke dalam trak lori kami pun geraklarh gik tempat yang kitorang nak tujui.
Lama jugaklah kitorang gerak sekitar 3 jam gitu dari hotel berdekatan dengan kawasan lapangan terbang Kota Kinabalu ke syarikat barang kemas keluarga Dato Zainud.
Beberaap orang diarahkan untuk mengalihkan barang-barang tersebut ke dalam bangunan di tingkat bawah.Aku melihat para pekerja sedang sibuk mendekorasi ruangan di tingkat bawah.
Setelah selesai,aku dan Shukri,Jairul dan dua orang lagi pekerja atasan yang aku bawa bersama dengan aku masuk ke dalam bangunan syarikat. Aku ucapkan selamat pagi kepada mereka yang menyapa aku lalu aku teruskan langkah menuju ke tingkat 5.
Saat kami tiba di sana...
Pop!
"Selamat datang, Tuan..!"
Aku ukir senyuman kepada mereka.Mungkin mereka dah tau kalau tuan Hanif ni seorang yang peramah kepada para pekerjanya jadi tak hairan
lah diorang kalau sambut kedatangan aku macam nak buat kejutan hari jadi.
"Terima kasih, apa khabar semua? sihat tak..?"
Soalku lalu duduk di tepi sebuah meja.Ruang bekerja ni nampak kemas.Tah tah baru dibersih
kan sebab tau bos besar nak datang melawat haha!
"Kami sihat, tuan Hanif.Terima kasih keran mengambil berat akan kesihatan kami ehek"
Balas salah seorang pekerja perempuan.Dia tinggi,berkulit kuning langsat dengan mekap tebal macam Yana.Humph tak cantik.Lebih baik tak pakai alat solek kalau muka memang natural cantik.
Ada lagi yang bedakkan muka dia tapi tak padan dengan warna kulit mereka.Aduhhh adik,
rosak kulit muka tu nanti..jangan sampai orang
mengata adik pulak haihh
Lama aku bersembang dengan mereka,dah habis tanyakan tentang kelakuan pekerja di sini,
cara kerja mereka,kerjasama mereka,tak kurang juga yang cuba melanggar aturan yang ditetap
kan syarikat dan sebagainya larh.
Pendek kata, aku tanyakan semua mengenai etika pekerjaan seseorang pekerja.Lepas dah dapat fail laporan tahunan daripada setiausaha
pemantauan pekerja, aku terus listkan nama-
nama yang akan aku jumpainya nanti.
"Hmm, Rania Abdullah.Banyak kali tak datang kerja eh? "
Tanyaku meminta kepastian kepada salah satu staf atasan yang dipercayakan oleh papa untuk melaporkan semua situasi di sini kepada aku.
"Ha'ah,tak tau juga kenapa dia banyak kali kosongkan kehadiran dia.Tak kurang 6 hari dalam sebulan dia tak datang."Ujarnya.Nama dia Nurul Nabilah.
"Awak ada tegur dia?"Tanyaku lagi.
"Dah tuan, tapi dia tetap buat sampailah saya dah tak tau nak tegur camne lagi.Saya serahkan je kepada tuan untuk memgambil keputusan terhadap mereka."
Kata Nabilah lalu menundukkan kepalanya.
Hmm setiap tahun perkara cam ni mesti berlaku.Tak pernah tak ada pekerja yang buat kesalahan melebihi dari had telah ditetapkan.
"Dah bagitau dia untuk datang majlis ulang tahun syarikat hari ini?"Soalku kepada Nabilah.
Semua pekerja haruslah menghadiri majlis besar syarikat ini.Tak kiralah yang ada buat kesalahan ke yang tak buat kesilapan ke hah sama je akan dijemput hadir.Kira macam satu perpisahan kepada mereka yang akan dikeluarkan nanti.
"Saya dah bagitau kat dia tuan,tak tau larh kalau dia datang ke tak."Jawab Nabilah.
Aku anggukkan kepala aku tanda sebagai aku memahami apa maksud kata Nabilah.Kalau tak datang pun tak apa, dah tak mau oke arh tak paksa.
"Baiklah, semua.Segera siapkan tugas masing-masing sebelum majlis malam nanti bermula.Kalau dah siap, boleh balik awal untuk bersiap.Get it? "
"Baik tuan Hanif!"
"Oke"
Kami turun semula ke tingkat bawah melalui perkhidmatan lif setelah menemui staf yang bekerja di kafe khas untuk para pekerja.Semua
makanan yang sudah dipesan kepada katering dah pun dilakukan.
"Jaga bahagian makanan dengan baik, ianya tak boleh tercemar. "Itulah pesananku kepada mereka.
Kami pergi ke kawasan perumahan yang terletak di seberang jalan dan berhadapan dengan bangunan syarikat.Ia adalah kawasan perumahan para pekerja.Kawasan ini dibuat oleh syarikat keluarga Dato Zainud untuk memudah
kan dan memendekkan jarak dan waktu mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja mereka
Salah satunya kami masuki kerana di sana barang-barang bawaan kami diletakkan dan dipersiapkan untuk hadiah penghargaan malam nanti.
"Wahhh, lajunya buat kerja."Pujiku kepada mereka.
Mereka para gadis orang Sabah.Cantik.Ada juga pendek comel macam Aya ehek.Kerja tangan mereka membalut semua hadiah-hadiah tersebut kemas dan rapi.
"Erm, tu... tuan Hanif.... "Panggil seorang gadis kepadaku.
Ahahahah apesal gagap ni
"Ya, ada apa?"Soalku lalu duduk mencangkung di sebelahnya.
Aku renung anak matanya.Dua pasang mata cantik dengan bulu mata yang lentik dan panjang.
"Err, tuan sudah...sudah ka... "
Gugup lagi haiiii
"Dah ka....?Apanya tuh? "Soalku cuba memancing gadis ini mengeluarkan pertanyaan
nya.
"Erm, tuan sudah kahwin?"Tanyanya perlahan.
Aku diam jap.
"Arh bukan sa yang tanya,sebenarnya dia yang suruh sa tanya."Pantas dia menidakkan dirinya bukan empunya pertanyaan tersebut tetapi si gadi yang duduk berhadapan dengannya.
Aku gelak kecil.
"Nama apa? "Tanyaku kepadanya.
"Junisa."Jawabnya malu-malu kucing.
"Yang bertanyakan soalan ini pula apa namanya? "Tanyaku kepada si gadis yang dudk berhadapan dengan Junisa.
"Ermm Herlitah."
"Ouh, ehemmm mm betullarh tu.Memang dah kahwin dua bulan lalu."Kataku sambil tersenyum.
"Oh, erm mana.... wife ehek"
"Ouh kat rumah,kita tak bawa sekali.Takut nanti ada yang culik dia kat sini hahaha takdelah gurau je.Saja bagi dia duduk kat rumah kalau ikut nanti dia bosan sebab kita tak layan sangat."Ujarku lembut.
"Eh, kami kan ada.Boleh jak beh kami kasi kawan dia.Bulih bawak jalan-jalan pegi sana One B, pegi tamu KK, Imago.. hihi"
Aduhai peramahnya mereka
Sayangnya aku tak bawak Aya.Keciann lain kali aku bawalah so ada jugak mereka yang sudi temankan isteri aku tuh
"Well, Junisa dan Herlitah umur berapa? "
6 orang yang duduk buat keja balut hadiah tapi dua orang je yang sudi nak bercakap dengan tuan besar. Antara sebab takut ataupun malu-
malu haha
"Sa 20 tahun, si Litah ni pun 20 tahun.Kami sama-sama datang isi borang bekerja sini tahun lalu."
Ouh best friend erk?
"Ouh, kira macam korang ni memang sejak berkenal saling bersama nak cari keja macam tu eh? "Teka ku.
"Yap, betul betul betul!"Jawab Herlitah.
"Hahaha suka tengok upin ipin ya?"Tanyaku lagi.Alahaiii comelnya diorang baby face pulak tuh!
"Ihih, si Litah tu jak tengok upin ipin,boboiboy.."
"Manada, ko pun tingu jugak kartun bah yu tu anime, frozen, barbie,ajen ali nah bukam sa jak yang tingu kan"
Aku tertawa mendengar mereka saling berbalas kata.Seronok dengar cara bertutur orang Sabah ni tambah lagi loghat bahasa mereka yang unik.
"Arh camne nak cakap terima kasih banyak-
banyak dalam bahasa orang Sabah? "Tanyaku kepada mereka berdua.
"Sama jak, terima kasih. "Balas Junisa.
"Bukanlah, maksud kita tu yang.... dalam bahasa apa eh dah lupa.. "
Apa namanya tuh?
"Dusun? "Tebak Herlitah.
"Ha ah betul!"
"Mmm kalau terima kasih banyak-banyak, dalam bahasa dusun kami cakap pounsikou tagazo."Kata Herlitah sambil tersengih.
"Poun.... sikou.... ta.. ga... zo..? "Ulangku.
"Iya, betul!"Puji Junisa.
"Hahaha thanks."
Di sini juga aku lama menghabiskan masa berbual dengan mereka.Sambil tu aku belajar beberapa ayat dusun daripada Herlitah dan Junisa seperti, 'muhang oku dika','Muro ko?',
'Au oku asanangan noh kowoyo-woyoon nuh',
dan banyak lagi.Nanti-nanti aku kenakan Aya dalam bahasa ni harhharhharh!
So, dah habis sembang tuh aku giklah jumpa orang-orang yang cuba-cuba nak langgar aturan keja kat sini.Garang tu memanglah ada,kalau tak garang nanti terbuai pulak dengan sifat peramah aku ni.
Sedar tak sedar, senja telahpun tiba ketika kami semua sudah selesai mendekorasi dewan sebagai tempat kami mengadakan majlis malam nanti.
Dan bila malam tiba, semuanya datang dengan gaya mereka yang kacak dan menawan.Aku saja tersenyum melihat mereka yang datang jumlah yang Banyak. Baguslah tak adanya makanan yang dipesan tu tak habis malam ni.Majlis ulang tahun syarikat yang sempurna!
Majlis ini akan diabadikan sebagai kenangan kepada semua.Oleh itulah, jurukamera,pihak rakaman profesional dijemput untuk membuat video hari ini.
Majlis juga berjalan dengan lancar sejak dari awal hinggalah ke akhir acara iaitu acara memberikan hadiah serta cabutan tiket bertuah.Kalau bertuah hah dapatlah sebuah kereta mercedez merah.
Hadiah psesial untuk cabutan tiket bertuah huehue
"Tuan.. "
Aku yang tengah berdiri di belakang dewan bersama Jairul dan Shukri didatangi oleh
Nabilah.Kelihatan Anggun dengan gaun biru laut dipadankan dengan tudung shawl warna putih bertatahkan manik dan sebutir mutiara pink.
"Erm,Rania Abdullah tidak dapat menghadir
kan diri atas alasan dia ada hal penting yang harus diselesaikan segera."Beritahu Nabilah kepada aku.
"Mmm tak apalah, biarkan je.Nanti saya akan aturkannnya kepada ketua manager di sini."
"Baik tuan."
"Mmm baiklah.
Nabilah pun pergi meninggalkan kami bertiga.
Aku menghabiskan waktu yang tersisa untuk bersembang dengan Jairul dan Shukri.Bukan selalu ada wkatu-waktu terluang cam ni hmm
then...
Tepat jam 1 pagi barulah kami selesai menamat
kan majlis malam ni.Kami semua bekerja sama. mengemaskan dewan sebelum pulang ke rumah masing-masing.Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga kata selamat malam sebagai satu kata akhir dari aku.
Esok, balik rumah yeah!!
Tiber aku yindu ngan Aya ahahhaha apakah aku dah jatuh kat dia?
Hope yes...
..............To be continued...............
Share this novel