LUV 32 (END)

Others Completed 23124

Keesokan hari..

Tikar biru bercorak flora aku bentangkan di atas hamparan rumput sementara Adam membawa
kan satu box merah berisi minuman tin yang telah disejukkan di dalam box tersebut,manakala
Hanif si suami pula mengambil dua buah bakul rotan dan diletakkan di tepi tikar.

Papa membawa Iki berjalan-jalan di tepi pantai.
Cuaca yang cerah dan tidak terlalu panas sesuai untuk membawa anak-anak mengambil masa bermain disini,di pantai Port Dickson,N.Sembilan.

Kami bertiga pula mendirikan dua buah kemah pasang siap untuk bersantai dan menukar pakaian kalau nak bermain di tepi laut.

Siap.

"Kak, jom main air laut!"Ajak Adam.

Macam budak-budak pula tangan aku ditariknya.
Siap bawa barang permainan untuk buat istana pasir.Hanif pula memilih untuk baring berehat di dalam kemah.

Tiba-tiba je Adam berlari ke arah tepi laut yang berombak.Macam dia nampak satu menda..

"Kak, tengok ni Adam dapat ketam besar! "Jerit Adam.

Adam mengangkat tinggi tangannya.Dia memegang seekor ketam gergasi berwarna oren kebiruan.Wahh sedapnya nak disup!

"Wah, hebatlah Adam.Meh akak bawa balik kat kemah, nak masukkan dalam box sejuk tu.Balik nanti, boleh jadi lauk ketam lemak masak cili api."
Kataku girang.

Bertuah betul dapat ketam gergasi ni.BERAT PULAK TU!

Adam menyerahkan ketam tersebut kepada aku,
lalu aku membawanya ke kemah.Aku nampak Hanif berbaring di dalam kemah sambil melihat telefonnya.

"Hubby.. "Panggilku.

"Eh, arh sayang."Sahutnya.

Pantas dia keluar dari dalam kemah.Tatkala melihat ada ketam gergasi yang aku tengah pegang, Hanif terus menjauhkan dirinya.

"Aik,napa tak ambil? "Soalku.

Hanif menggelengkan kepalanya.Jika aku melangkah satu ke arahnya maka dia juga akan melangkah satu ke belakang.

"Erm ah hubby ambil box tu ye, jap tau.JANGAN DEKAT. "

Aku senyum senget.

hanif takut ketam?

Dia yang tengah membelakangi aku tidak sedar bahwa aku sudah berada si belakangnya.Hihi menarik!

"Sayang, nah box.... ARGHHHHHHH DAH CAKAP JANGAN DEKAT KAN!!!!! "

God, dekah aku pabila Hanif melompat naik ke dalam trak belakang kereta jenis double cap moden.Aku sedar dia menangis kat situ.Alolo sorry lah hubby

"Jahatnya sayang,tak nak kawan dah! "Rajuknya bercampur marah.

"Laa, kalau masak ni arh hubby mana takut lagi.
Yang ada hubby laju je lahap semua isi dia"Kata
ku masih lagi tergelak-gelak.

"Arh tu lain citer!"Sangkalnya keras.

Aku buka penutup box tersebut.Muat-muat je ketam ni dalam box tersebut.Alamak,lupa pula box yang satu ni tak diisi dengan ketulan ais.

"Akak, nah air."

Adam datang sambil membawa sebaldi air laut.
Aku ambil air tersebut lalu kutuang ke dalam box.
Ketam itu mengangkatkan tangan sepitnya ke atas dan itu buat Hanif semakin lemah semangat.

"Eh, abang Hanif tak suka ketam ke? "Soal Adam.

Hanif diam.

"KALAU ABANG TAK SUKA ARH KENAPA? NAK CAKAP ABANG NI MACAM PONDAN?DENGAN KETAM PON NAK TAKOT CAM TU KE? "

Errr Hanif alter prince jap

"WALHAL BENDA NI BUKANLAH KUAT SANGAT!"

sah memang dah alter prince!

"HEH, SETAKAT HEMPAS KAT TANAH TU MEMANG MATI DAH.TAK PERCAYA SINI ABANG BUAT! "

Aku dan Adam berundur beberapa langkah ke belakang.Hanif ambil ketam tersebut,pastu tak sangka dia akan hempas ketam ke tanah.

"TENGOK, DAH MATI KAN? "

"ouhhh woww... "

Aku dan Adam bertepuk tangan.Aku nampak ketam tu bergerak lagi.Then.....tangan sepit sebelah kanannya diangkat lalu..

"Abang! "

"YARGHHHHHHHHHHHHHHHH!!!"

Nasib baik cuma seluar separas lutut yang disepit oleh si ketam tu.Mau pengsan sang suami aku kalau pahanya yang disepit.

"Arh, kan marah dah ketam tu.Dah meh simpan dalam trak belakang ni."Kataku.

Adam dan Hanif mengangkat box tersebut dan di
letakkan di dalam trak.Setelah itu, kami bertiga pergi ke tepi pantai.

Semuanya sangat indah saat kita bersama dengan keluarga kita.

Aku senang sangat ada keluarga cam sekarang.
Aku bahagia akhirnya rinduku terhadap mama dan papa terisi oleh mereka.

Suamiku yang tengah sibuk mencari kulit kerang,
aku dekati.Aku cucuk pinggangnya.Spontan dia menoleh ke arahku.

Arh aku teringat sesuatu!

"Comel sangat hubby masa kecik ye"Kataku per
lahan namun tetap didengar olehnya.

"Eh?"

"Ha ah,papa ajak sayang tengok album kita masa kecik-kecik."Kataku jujur.Buat apa nak berahsia kalau memang itu betul.

"Errr ehhehehehe.. "

"Banyak yang sayang masih tak faham.Sayang tak tau sayang pernah lupa ingatan."

"Takpa, lain hari boleh citer pelan-pelan."

"Mm hmm.. "

Aku cium pipi kanannya.Hanif sengih.Aku pulak senyum kepadanya.

"Love you dear.. "

"Love you too hubby.. "

"Sayang, tak perlu dah pikat hubby hahha!"

"Eh?"

"Eh apa? ingat hubby tak sedar ke mula-mula tu sayang berusaha nak buat hubby pandang sayang. "

"Arh itu hahaha"

"Macamlah hubby tak dengar perbualan sayng ngan kawan sayang tu."

"Maksud? "

"Adalah, sayang vc ngan dia di macbook kan.Masa tu hubby baru balik dari kerja."

Ingat!

Oh mungkin yang aku vc ngan Julia kot

"So,sayang......dah dapat hubby kan. "

"Erm iya.. eheh"

Hanif usap pipi kiriku then kucup dahi aku.Tubuh ku dipeluknya erat.Dapat kurasa kasih sayangnya
mengalir ke tubuh aku.

"Love u so much.."

Aku balas pelukannya.Harap akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.Harap tidak akan ada masalah yang akan menghancurkan hubungan ini

Dari kejauhan, papa melihat kami berdua.Segaris
senyuman menghiasi bibirnya.

"Iki,mama kamu dah bahagia.. "

Adam juga melihat kami berdua.Hatinya lapang kerana akhirnya tidak ada masalah serius yang mengganggu hubungan kami berdua.

"Semoga bahagia akak.. abang.. "

Senyumannya lebar terukir di bibirnya.Tiber seseorang melanggarnya dari arah belakang.
Adam menoleh ke belakang.Niat nak memarahi orang tersebut tetapi dia terkelu seketika..

"Arh sorry sorry tak sengaja,saya tengah rakam video tadi "

Gergous!

Itulah kata yang terlintas di fikiran Adam.

"Saya Insyirah.Awak pula? "(Sorry ambil, hehe cantik sangat nama ni"

"A.. Adam."

Melting? Not exactly because Adam dah ada girlfriend HAHA!

So..

Meet you all in the next story. ..


..........Arigatou gosaimasu........

ThE eND

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience