11:41 a.m.
_Hanif's penthouse_
Hola,its me Aya again.
Sekarang ni aku berada di hadapan pintu rumah hubby aku.Fiuh untung mak menantu ada alamat rumah ni takdelah aku sesat mencari keberadaan rumah persembunyian suami aku hohoho
Teringat pula masa-masa aku mintak alamat rumah Hanif daripada mak menantu aku.Giler aku dicurigai bangkai lah cial!
Aku melihat bungkusan chocolate cadburry di tangan kananku.Di sebelah tangan kiriku pula ada sebuah kotak merah berbentuk bulat.Di dalamnya
berisi sebuah jam tangan biru langit jenama Gucci.
Aku tau Hanif sukakan jenama Gucci.Lebih-lebih
lagi jam tangan rekaan moden yang menarik.Hihi
terbayang wajah terkejut suamiku di otak kecil ni
Dah dah mengarut lebih!
Aku pun menekan butang loceng di sebelah pintu utama.Selepas 5 kali mencuba,akhirnya se
seorang membukakan pintu tersebut untukku.
"Surprise....eh.."
Siapa ni?
Dia melihatku dengan pandangan yang tajam.
Lebih kepada wajah yang dipenuhi dengan rasa benci.Matanya merenungku dari atas hingga ke bawah kaki.
"Kau siapa?"Soalnya dengan nada serius.
"Kau pula siapa?"Soalku balik tapi nada aku lembut.
"Aku Sarah,girlfriend Iznuel Hanif."Jawabnya.
Sedikit senyuman ditarik senget ke kiri.
Girlfriend?
Sejak bila benda ni jadi kat suami aku.Apakah aku telah dicurangi selama ini?
Apa yang aku tak tau sebenarnya ni?
"Err bila lagi korang kapel?"Tanyaku tenang.
Eleh tipulah dia ni kapel Hanif!
Paling tu dia cuma pembantu rumah Hanif.Eh eh ada hati nak naik daun kau erh
"Dah lama,sebulan lalu."Balas Sarah pantas.
Wah ni lah spesies manusia yang aku tak suka.
Penipu yang tak bijak tapi nak juga pamer kebodohan dia kat situ
Ni Azaeya lah, takkan mudah tertipu dengan penipuan kau yang sekecil kuman ni!
"Ouh.."Responku pendek.
Well, aku takde masa nak berdebat dengan kau.
Engkau as pembantu kat sini kenalah jadi budak baik bukan nak jadi ulat beluncas, nak ambil kesempatan menggatal kat belakang tuan rumah!
huh
Aku cuba melepasi Sarah yang menghalangiku di depan pintu tetapi dia tetap beku tak berganjak dari tempatnya berdiri.
Ish nak kena budak ni humph siap kau en..
Aku berundur tiga tapak kemudian spontan aku berlari melepasinya.Tak kisah arh terbuang kat tong sampah ke langgar dinding ke apa ke aku tak ambil pusing hal tu yang pentingnya..
I'M AT MY HUSBAND'S HOUSE!
MEWAH!
HAHAHAHAHAHAHARH!
"Hoi,apesal langgar kita ni.Kau kan dah nampak aku kat depan mata!"Marah Sarah.
Aku berbalik memandangnya.Sambil tolak pinggang aku bercakap..
"Hah,maaflah.I tak nampak sape yang tengah berdiri kat depan pintu tadi.Annabelle kot eheheh"Sindirku sinis.
Annabelle?
Ok tak padan dengan ayat apa-apa ajelah
Dah tau kan orang nak lalu,sendiri salah sebab berdiri kat situ.Tau tak pe!
Aku nampak Sarah mengetap bibirnya.Marah lah tu haha perempuan memang macam tu heh
"Kau takde hak nak masuk sinilah pompuan Iznuel tak benarkan sesiapa masuk dalam rumah dia kecuali aku!"Kata Sarah kepadaku.
Aku berpeluk tubuh sambil bersiul-siul selamba.
Sengaja aku buat dia meradang dengan sikap asli aku ni.Aku tak suka sesiapa halang aku lagipun Hanif tu suami aku.Salah ke aku masuk rumah dia?
"Aku ni isteri Iznuel Hanif,kaulah yang takde hak nak halau aku dari rumah ni"Bentakku dengan suara yang aku kawal.
Aku sengaja tayangkan cincin di jari manis kiri aku, siap tiup-tiup kuku lagi.Sarah berubah reaksi.Mungkin dia cuba menutup kebenaran dengan mencemari aku dengan kata-kata tuduhan
"Jangan tipulah pompuan,Iznuel tak pernah kahwin lagi.Aku ada tanya dia,dia dah jawab dia tak kahwin lagi."Bidas Sarah.
Aku diam.Hanif bagitau macam tu ke?
Hmm nampaknya aku kena bekerja keras untuk dapatkan takhta hati suami aku.Aku tak akan biarkan wanita lain mendapat cintanya.NEVER!
"Ouh,kalau macam tu aku akan jadi permaisurinya
mulai sekarang hohoho!"Balasku dengan bangga.
Sarah mulai panas hati.Dia mendekatiku lalu spontan pipi aku ditampar.Kuat.Sakit.Aku terkejut.Wah dia tampar aku..
Memang nak kena budak ni
Arghhhhhhhhhh!
AKU TAK SUKA POMPUAN YANG BERLAGAK
Arghhhhhh lepaskan aku!
AKU BENCI ORANG YANG MENGAKU SESUATU HAL TAPI ITU TAK BETUL
Arghhhhh sakitlah auchh!
AMEK KAU, BIAR HABIS PUTUS TERCABUT RAMBUT KAU NI AKU TARIK!
AKU BEN..
"AZAEYA!"
Kaku.Terus aku lepaskan rambut Sarah dari genggaman tanganku.Aku melihat ke arah pintu.
......
"Errr ma..mak mentua?"
.....
Dia melihatku dengan pandangan tajam.Di belakangnya muncul seorang wanita bertubuh tinggi.Seksi dengan pakaian ketat separas paha
I just can said
Wow,she so beautifull..
"Azaeya buat apa tu hah !?"
"Err ga...gad..err eheh nak bermain dengan Sarah."Jawabku kelam kabut.
Datin Rubiana masuk ke dalam penthouse Hanif bersama gadis di belakangnya.Dia melihatku.Aku juga melihatnya.Satu senyuman nipis dihadiah
kan kepada aku.
"Hah,Azaeya duduk sini."Arah Datin Rubiana kepadaku.
Aku menurutinya.Aku mendekati mereka lalu duduk di sofa bertentangan dengan gadis tersebut.Sarah pula pergi ke dapur untuk menyediakan hidangan kepada tetamu.
"Azaeya,kenalkan ni Yana Nawa.Bakal isteri kedua
Hanif..."
"Bakal!?"
Ya Allah..
Apekah..
...................To be continued................
Share this novel