LUV 17

Others Completed 23124

HALLOOOO ITS ME AYA HUEHUE

Sekarang dah jam.....(tengok jam di tangan)4 petang.Kalau gerak lambat memang lambatlah sampai ke destinasi.

"Ini ke office tuan Hanif? "Soalku kepada Fahmi.

"Iya, puan.Kat sinilah tuan Hanif buat kerja dia.
Silakan naik,erm puan nak saya temankan ke?"
Kata Fahmi kepadaku.

"Nak, nanti saya sesat pulak kat dalam.Jom"
Ajakku.

Fahmi menganggukkan kepalanya.Sebelumnya aku cadang nak pergi ke pejabat tempat suami aku bekerja.Dua hari tak jumpa dah buat aku tanggung beratnya perasaan rindu ini.

Kami masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 5.

"Tuan Hanif bekerja di tingkat 5,kat lantai bawah ni hanya untuk para pelanggan yang datang nak buat perjumpaan dengannya. Ianya akan diset
kan mengikut waktu, tarikh dan hari yang di
tetapkan oleh staff mengikut persetujuan tuan Hanif.Barulah boleh jumpa secara bersemuka depan-depan dengan tuan. "Jelas Fahmi panjang lebar.

"Ouh, tingkat 1 pula? "Soalku ingin tahu.

"Tingkat 1 ni ruang khas untuk pertemuan para pelanggan yang nak tempah barang mengikut design yang diorang nak."Ujar Fahmi.

"Ouh, tingkat 2 pula?"Soalku lagi.

Fahmi memandangku lalu mengukirkan sebuah. senyuman manis di bibir.

"Puan memang orang yang banyak tanya erk? "Tanya Fahmi.

Aku sengih kemudian anggukkan kepala.Aku memang banyak tanya kalau itu ada kaitan dengan bubucuk aku si Hanif hihi.

"Hmm, tingkat 2 pula...macam kafeteria pekerja.
Siapa yang nak makan boleh turun atau naik ke tingkat 2.Tingkat 3 pula, tempat nak buat design barang perhiasan. Tingkat 4 pula tempat untuk pembentangan barangan perhiasan dari syarikat tuan Hanif kepada rakan kerja.Tingkat 4 cuma ada sebuah dewan je dah takde selain itu.
Tingkat 5 barulah ruang pekerja atasan bekerja termasuk tuan Hanif yang mengetuai syarikat barang kemas ni." Terang Fahmi secara keseluruhannya.

"Ouh, habistu pekerja biasa pulak kerja kat mana?
ke memang tak ada pekerja biasa? "Tanyaku lagi kepada Fahmi.Harap dia tak. meradang sebab aku banyak tanya eheh

"Ada. Kat bangunan sebelah.Kat sanalah pekerja biasa dari pelbagai bidang yang mereka kuasai akan melakukan kerja mereka.Kat bangunan ni hanya untuk pekerja atasan je.Kecuali masa ada mesyuarat untuk semua staff, pekerja biasa dan pekerja atasan. Barulah boleh datang berkumpul. di tingkat 4."Jelasnya lagi.

"Ouh, hebatnya. "Aku kagum, dalam usia 23 tahun ni Hanif sudah menjadi pemegang jawatan tertinggi dalam syarikat ni.Bagaimanalah dia kawal 10 lagi cawangan barang kemas di luar negara ye? "Terfikir aku adakah Hanif akan selalu keluar menguruskan cawangan syarikat di luar negara juga ke?

"Tapi, syarikat ni kan ada cawangan kat beberapa luar negara.Hanif juga ke yang urus semua tu? "
Soalku semula kepada Fahmi.

"Tak.Cawangan lain diuruskan oleh saudara-mara lelaki tuan Hanif.Contohnya kat Korea,pak cik sebelah mama Hanif lah yang uruskan. Macam tu. .."Jawab Fahmi.

Ohhhh...

Jadi Hanif cuma uruskan syarikat utama barang kemas di Malaysia ye.Ouhhh tau dah!

Ting!

Kami sampai di tingkat 5.Keluar je dari lif, kita akan dibawa masuk terus ke dalam bilik bekerja para staff atasan. Untuk pergi ke bilik ketua pengurus syarikat,harus melalui dua selekoh laluan dulu barulah sampai di depan pintu bilik kerja tuan Hanif.

Tengok nama 'Pengurus syarikat bla bla bla'kat depan pintu terua bulu roma aku berdiri tegak.
Bukan seram tapi aku dapat rasakan aura Hanif sebagai ketua syarikat nu hohoho!

Fahmi menekan loceng di tepi pintu sebanyak tiga kali.Katanya,sudah ditetapka. kepada sesiapa pekerja untuk tekan loceng ni 3 kali. Macam tu jugak kalau nak ketuk pintu,pun
tiga kali juga.Seketika kemudian,kami mendengar suara Hanif membenarkan kami masuk ke dalam.

"Hubby!"

DAH AGAK!

Hanif terkejut dengan kedatangan aku di bilik kerjanya.Wahh hensemnya dia kalau cuma kenakan kemeja merah.Butang atas sengaja dibuka menampakkan kulit putihnya yang menggoda pandangan mata aku.

"Err Fahmi, awak sila keluar dulu.Arh,kunci pintu tu juga eheh tolong ye. "Pinta Hanif.

Selepas Fahmi keluar, Hanif letakkan pen di tangannya ke atas meja.Dia pandang aku macam nak telan buah durian je, ahaks seram!

"Buat apa datang sini? "Soalnya dingin.

Aku muncungkan bibir aku.Takkanlah nak jenguk suami pun tak boleh?Hanif ni tak romantis lah ngan aku! Tak aci tau aku je yang nak buat dia cair ngan aku huhu

"Sajalah nak jenguk hubby.Takkanlah tak boleh..
umphhh~"Aku buat muka comel sambil hujung jari telunjuk aku pertemukan.

Aku tengok Hanif garu kening kiri dia.Dia bukak lagi butang atas yang ketiga. Alamak..

"Sini,come to hubby. "

Eh

Ehh

Aku tak salah dengar kan?

Korang pun tak salah baca kan?

Hanif bahasakan diri dia HUBBY!!

Adakah ini petanda bahawa usaha aku tak gagal sia-sia. Fulamak hebatnya idea kengkawan kesayangan aku ahhahahahahah

Aku laju mendekati Hanif. Dia tarik pinggang aku dan bagi aku duduk atas pehanya. Bismillaahhhh harap-harap aku tak berat

"Erm hubby nak kiss.."

Eh!?

"Kenapa,tak boleh erk?"Soal Hanif.Mungkin sebab dia nampak wajah aku berubah reaksi.

"Bukan tak boleh erm... "

"Lambat. "

Terus Hanif cium bibirku lembut.Aku?eheh aku biarkan ajelah.Tak salah pun kalau dia nak kiss aku lagipun suami aku jugak kan, tak haram tak melanggar batasan agama.

Kejap je.

Hanif bagi aku peluk tubuh dia.

"Sayang mesti penatkan, dah duduk kat atas hubby je."Katanya lembut.Siap bagi ciuman kat pipi kanan aku pulak tu.

oh mai gad!!!!

Aku peluk Hanif.Dia meneruskan kerjanya sambil sesekali dia mencium leherku. Makin lama aku duduk di atas pehanya, makin terasa ngantuknya mata ini.

"Hubby... "Panggilku dengan manja.

"Hmm.. "Balasnya. Aduhhh seksilah suara hubby macam tu!

"Aya mengantuk."Kataku.Agak-agak dia nak bagi aku tido sambil peluk dia ke tak?

"Tido je,nanti hubby bangunkan sayang."Balasnya
kemudian mengucup sisi dahiku

"Thanks..."

"Yeahh... "

Petang yang tenang,ditemani oleh suami tercayang aku.Tubuhnya aku peluk ketat haha biar dia rasa betapa sayangnya aku kat dia.

"Jangan peluk kuat sangat, nanti hubby tak dapat nak bernafas.Sayang ni..longgarkan sikit pelukan ni. "Tegurnya sedikit marah.

"Oh ok ehek soyyi hubby."

"Hmm oke. "

Aku pejam mataku.Sempat aku rasakan Hanif mencium bahuku kiri aku. Awwww rupanya manusia sekor ni ada masa tau nak beromantis juga ahahaha kawaii ne

Tak lama selepas itu, aku dah berada dalam mimpi. Maksudnya aku dah tertidur bermimpikan aku dan Hanif berjalan di taman bunga bersama seorang budak kecil.

Indahnya.....

Semoga hubungan baik aku dan Hanif ni akan
berkembang hari demi hari.

..................To be continued.................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience