LUV 27

Others Completed 23124

Hanif's Vila
Aya POV

"Cik kena bayar."Kata si pak cik teksi.

Aku ketuk kepala aku.

"Kalau macam tu,pak cik hantarlah saya gik memana kedai ke restoran ke hah saya keja pastu dapat duit dia saya bayar"Mohonku simpati.

Duh kenapa larh aku boleh lupa nak bawa beg sandang aku, kat situ letaknya dompet aku dan barang penting yang lain.Telefon pun aku tak ambil dulu ni hah gerak terus tak ingat apa-apa doh haih bodoh ada kat situ!

Aku buat muka sedih.Aku muncungkan bibir aku sedepa lebih panjang dari mulut itik.Aku seka air mata di hujung mataku kemudian aku sedut dalam hingus aku.Macam ni aku berharap dia akan melepaskan aku.

Pak cik teksi tu hela nafas panjangnya.

"Tak apa larh, gik masuk dalam rumah sekarang takut nanti ada apa-apa berlaku."Katanya.

Aku terus mengucapkan terima kasih kepadanya
kemudian masuk ke dalam vila.Segera aku tutup pintu utama.Lampu aku pasang lalu ruang lantai bawah terang -benderang.Aku pandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 12 malam.

Masih awal.

MASIH AWAL KAU KATA NI DAH TENGAH MALAM TAU TAK AZAEYA!

Nak tidur tapi mata tak mengantuk.Nak makan tapi tak selera.Nak duduk pun punggung malas nak berlabuh di atas kerusi empuk tu.Dalam otak
masih terfikirkan sang suami yang dicintai setulus hati.

Namun, tiba-tiba dia memutuskan untuk madukan aku dengan Yana.Tiba-tiba je tau huwaaaa!

Tak apa larh..

Bunga ni bukan setangkai juga tak sekuntum jadi
kenalah berkembang agar lebah pun datang juga kepada kita.Tak perlu kut nak tunggu seekor kumbang lekat kat kita kan kan kan

Daripada aku fikirkan masalah perasaan ni baik aku bersihkan semua ruangan dalam vila humph buang masa aku fikirkan dia!

Kalaupun aku tak dapat nak hentikan diri aku mencintainya,aku akan pastikan yang AKU TAK AKAN BALIK KEPADANYA LAGI.

esok aku nak balik sana.

TAPI UNTUK AMBIL BARANG AKU JE BUKAN NAK HADAP MUKA DIORANG SEMUA TAK NAK DARH AQYU!

Sekarang masa nak bersihkan rumah

Aku mulakan dari tingkat 2.Bilik aku.Bilik perpustakaan mini dan juga sebuah bilik kosong.
Selesa di sana,aku turun di tingkat satu.Semua bilik di sini digunakan oleh Hanif. Mmm kat sini tak perlu dibersihkan.

Aku turun ke tingkat bawah.Di sini barulah tempat yang harus aku bersihkan hehe!

Lepas menyapu, aku ambil mop pula untuk membersihkan lantai di tingkat 2 dan di tingkat bawah.Siap.Seterusnya aku lap semua cermin di tempat yang sama termasuk cermin di bilik aku
dan juga semua perabot.Selesai.

Seterusnya, aku cuci kesemua pinggan, mangkuk, periuk,belanga,bekas makanan,segala senduk,rak-rak peti sejuk, freezer,ketuhar dan juga dapur api.Selesai.
Eh belum lagi

Aku ambil semua gambar perkahwinan aku dan Hanif.Semuanya aku cabut aku tanggalkan dari dinding.Di tingkat 2 juga di tingkat bawah aku kumpul di tempat pembuangan sampah di
belakang vila.Aku bakar semua gambar tersebut.

Puas hatiku dapat hanguskan muka kacak si HANIF!

Fajar mulai menyingsing menawarkan cahaya di awal pagi yang indah.Bila aku masuk ke dalam vila semula dan tengok jam di dinding, rupanya dah jam 7 setengah.Dah nak dekat jam 8 pagi.

Segera aku keluar dari bila selepas menguncinya.
Aku ambil basikal di garaj entah siapa punya pun aku tak tau.Adalrh dalam dua ke tiga jam aku kayuh sampai rumah mama.

Aku turun dari basikal lepastu aku tekan loceng di tepi pagar.Ia pun automatik terbuka dan aku lajukan langkah aku masuk ke dalam.

"Helou ..pompuan"Sapa Yana yang datang dari dapur bersama dulang berisi sepinggan mi gorend dan secawan white coffee.Sarapan untuk Hanif.

Tiber hatiku sakit kembali melihat sikap Yana yang menunjuk-nunjuk kat aku.Eeee aku benci tengok kau!

Aku naik ke tingkat atas..

"Eh kau nak gimana tu!? "Jerit Yana lalu mengejar
aku hingga ke tingkat atas.

"Hanif tak benarkan kau masuk ke dalam kecuali aku!"Usai memarahiku dia terus menolak aku hingga jatuh tersungkur di hadapan pintu bilik.

Pabila aku nak berdiri, aku merasa sangat sakit di bahagian perut.Tak...bukan sana erm aku tak pasti kat mana namun aku gagahkan juga diriku untuk berdiri semula.

"Heii..."

Pintu dibuka dari dalam.Hanif berdiri tegak dihadapan kami berdua dengan pakaian formal.
Kacak dengan seluar slack dan baju kemeja hitam.

"Biarkan dia masuk,aku i apa tujuannya datang sini.Yana duduk kat bawah tunggu i kat sana oke"
Pinta Hanif beserta senyuman di bibir.

Aku tundukkan muka aku bawah.Sedaya upaya aku tahan rasa sakit di bahagian perut aku.Erm perutlah kot tak tau dah.

"Um oke.Jangan lama sangat ye, Yana majuk kalau Hanif lama."Balas Yana.Sengaja dilunakkan
suaranya itu.Saja nak bagi aku panas hati eleh
tak kesah !

"Iye, I tau dah gik turun sana."Kata Hanif lagi.

Selepas Yana turun, aku terus rempuh masuk dalam bilik Hanif.Aku cari telefon aku yang kuletal di atas meja solek kemarin.Mana dah?
Takkanlah hikang kut? Telefon aku mana ada kaki nak jalan balik semula gik kedai

"Cari benda ni ke? "

Aku terus toleh ke belakang.Hanif memegang telefonku.Aku mendekatinya dan mengambil telefon aku tetapi dia menjauhkannya dari aku.

"Jangan harap."Ejeknya.

Duh takde masa nak main!

"Tolong Hanif, bagi kat aku phone tu. .."

"Hanif? Dah tak panggil hubby dah ke sa.. "

"Bagilah cepat!"

Hanif terdiam melihat raut muka aku yang tengah marah.Yalah orang nak cepat tau tak!

Aku membuka kunci telefon aku dan aku cari nombor milik Julia.Aku membuat panggilan terhadapnya harap dia akan jawab cepat.

"Hello darling ku"

Talian bersambung.Baguslarh

Aku rasakan ada sesuatu yang mengalir membasahi celah kangkang aku.Pekat.Panas.
Darah? Kencing?

"Err kau kat mama ni? "

"Ouh aku datang gik melawat kau ni, kau tak angkat call aku dua menjak ni tau ak... "

"Oke, tolong datang kat sini.Aku hantar location kat kau sekarang.See ya"

Aku tutup panggilan.Sedar Hanif melihatku sejak tadi tapi aku abaikan dia saja.Terima kasih kerana melihat aku untuk yang terakhir.

"Ay...."

"Aku nak pinjam bilik mandi dan thanks. "

Aku tak akan bagi kau peluang berbual dengan aku lagi.Aku janji aku tak akan muncul depan kau lagi.Aku janji aku akan tamatkan perasaan aku kat kau.Buat apa aku nak semaikan cinta jika orang yang aku sayang sedikit pun tak mencintai
aku.

Arghh sudah aku malas nak fikirkan benda ni!

Mengarut!

Menyampah!

SIALL!

nah aku marah aku tak akan peduli mulit aku ni takde insurans.Lepas je semua perkataan yang tak bagus didengar

Aku perlukan 10 minit untuk mandi.Bila dah siap,
aku pakai pakaian di dalam bilik mandi.Tak lupa juga memakai tuala wanita,mungkin masanya aku nak datang bulan tapi........ kenapa sakit sangat perut aku ni.

Tubuh aku perlahan melemah.Pandangan aku kadang jelas kadang tak jelas.Apa dah jadi ni?

Aku keluar dari bilik mandi selepas siap berpakaian.Hanif masih di dalam bilik.Tiber aju dengar ketukan di luar pintu diikuti dengan suara Yana.

"Aya, ada orang cari you kat bawah."

Julia!

Sampai pun..

Aku ambil beg pakaian di atas almari.Tak sampai pulak.Tanpa ku pinta, Hanif datang nak mem
bantu aku namun aku tolak niatnya itu. Aku
takut dia nak pujuk aku balik ke pangkuan nya euww sorry i'm done with you Mr.Iznuel!

Phone dah ada,handbag aku dah ada, dokumen penting aku dah masukkan ke dalam beg pakaian aku,arh kali ni takde dah yang tinggal.

Saat aku nak keluar dari bilik, Hanif tarik tangan kanan aku hingga tubuhku berada di dalam daka. pannya

"Lepaskan aku atau Yana akan marahkan Han...umph!"

Kataku terhenti.Bibirku diciumnya dalam.Aku
meronta melepaskan diriku dari pelukannya.
Hanif melepaskan aku.

"Aya..."

"APA LAGI.TAK CUKUP KE KAU SAKITKAN HATI AKU SEMALAM!?JADI KAU NAK TAMBAH LAGI PARUT KAT HATI AKU SUPAYA AKU SEDAR AKU TAKDE TEMPAT KAT HATI KAU!? "Jeritku kuat.

"Tak, bukan macam... "

"Tak apa larh, aku dah give up. Aku tak nak dah kacau hubungan kau ngan Yana.Teruskanlah cinta korang berdua.Arh sebelum lupa, cincin ni masih elok dan cantik.Jangan bazirkan duit kau hanya untuk membeli sepasang cincin.Boleh
sarungkan ni di jari manis Yana.Padan sangat tu hehe k arh aku pergi dulu aku ucap awal-awal selamat pengantin baru untuk kau dan Yana.Bye."

Habis.

Habis sudah yang terbuku di hatiku.

Aku keluar.

Ya aku akan keluar.

Julia menungguku di luar pagar.Aku sempat melambai ke arahnya sebelum aku jatuhkan diriku tepat di hadapan pintu utama.

Pabila sedar, aku sudah berada di dalam ruang bilik pesakit.Aku lupa bila kali terakhir aku masuk ke hospital ataupun klinik biasa.Rasanya ketika umur aku 8 tahun dan mama masih ada ketika itu.

Tangan mama yang memimpin aku masuk ke dalam bilik, kucupan mama di pipi aku sebagai penawar rasa takut aku terhadap jarum suntik.
Semuanya kenangan manis bersama mama.

"Aya... "

Aku pandang Julia di sebelah kananku.Aku tersenyum ke arahnya kemudian aku kesat air matanya di pipi

"Dah kenapa kau nangis ni, orang belum matilah haha"Gelakku hambar.

"Taulah, aku cuma takut."Balasnya lalu kembali menangis.

"Laa takut kenapa pulak?"Soalku ingin tahu.

"Yelah kau koma.."

"Arh aku koma!?"

"Ha ah, dah tiga hari tau huwaaaa"

A... ku koma?

Padahal aku rasa aku baru je pejamkan mata aku beberapa minit mungkin.Tup tup Julia bagitau aku koma tiga hari apanya aku tak terkejut!

"Lagi satu.. "Sambungnya.

"Apanya? "

"Kau mengandung lebih dua minggu dah"

.......

Aku mengandung..

......

"Betul ke..? "Soalku inginkan kepastian.

"Betullah.Nasib baik baby tak apa-apa tau... "

"Baby aku kenapa? "

"Yelah, nasib baik selamat kalau tak keguguran lah kau"

Lega hatiku mendengarnya.Tuhan,terima kasih kerana kurniakan aku anak.Dia akan kujaga sehingga menjadi seorang yang baik tapi tak boleh ditipu oleh manusia!

"Erm, Hanif... ada datang ke sini."Kata Julia.

Aku diamkan saja.Aku usap perutku yang sedikit rata.Aku pejamkan mataku rapat-rapat.Aku cuba bayangkan masa depan aku bersama anakku berjalan di taman sambil berpegangan tangan auww comel sangat

"Dia nak minta maaf kat kau pasal malam hari tu.. "Sambung Julia

"Dia suruh kau bagitau semua ni kat aku ke? "Soal aku serius.

"Err y.. ya. "Balasnya perlahan.

"Terima kasih,aku maafkan dia."Kataku lembut.

"Baguslah macam tu."Respon Julia sambil tersenyum nipis.

"Iya.Bila aku dah sembuh, aku akan duduk bersama kau."

"Eh? "

"Ya, aku dah sedia diceraikan olehnya.Tengok larh ni "

Aku tayang jari manis aku di tangan kiri.Tidak ada sebentuk cincin yang menghiasi jari ini.Julia hela nafas berat.Dia bersetuju membenarkan aku tinggal di rumahnya.

"Tinggallah selama mana yang kau nak ehek"

"Iya, sampai anak aku akan jadi seorang lelaki dewasa."

"Iyolah,then aku jadi girlfriend anak kau kan kan"

"Eh tak nak, dah tua! "

"Ahahahha gurau je"

"Tau hihi.. "

Kami gelak dengan suara yang kecil.Beginilah dengan kawan, benda tak berapa lucu pon jadi bahan gelak.

"Arh, si Ijah ngan Razif akan berkahwin minggu depan."

"Siyes larh, bila diorang tunang"

"Tiga hari lalu."

"Laaaa... "

"Tu larh, sebab aku nak jaga sahabat kesayangan aku yang terlantar di hospital aku batalkan lah niat nak tengon diorang berdua."

Ouh, dia jaga aku eh.... baiknya kau Julia.

"Arh atuk ngan nenek tau ke aku kat sini? "

"Tak,semua tak tau kecuali aku ngan besfren ko"

Ouh macam tu.Aku anggukkkan kepala aku beberapa kali sebagai jawaban kepada ayat Julia.
"Arh, aku nak tengok diorang kahwin.Harap aku akan dikeluarkan secepatnya huehue"

"Ihh dia ni, macam tak sakit je aku nampak ahahha gurau je"

"Tau hahhaha! "

"Amboi, kuatnya gelak"

"Macamlah kau baru kenal aku".

"Ehek yelah."

Kami gelak lagi.Dah cakap kan, takde pun yang lucu tapi dengan kawan semua boleh jadi bahan gelak.

Di luar pintu, Hanif memandang ke arah kami.
Senyuman lebar menghiasi bibir merahnya yang asli.

"Tersenyumlah sayang,hubby akan jaga sayang dari jauh."Bisiknya perlahan.

"Abang."

Hanif memandang ke belakang.Wajah Adam dengan bakul berisi buah-buahan segar dipandangnya silih berganti.

"Buah tangan ni? "

"Masuklah, bagi kepada kak Aya.Cakap,Adam datang sendiri eh jangan bagitau kak Aya yang abang ada kat sini ngan Adam."

Adam memandnmang Hanif.Lama dia merenung wajah lelaki di hadapannya sebelum akhirnya dia masuk ke dalam bilik yang aku tempati sekarang.

Hanif keluar dari ruang hospital dan memutuskan
untuk menunggu Adam di tempat parkir saja.Dia mengambil temoat duduk di sebuah pondok berdekatan dengan temoat keretanya diparkir
kan.

Tangan diletakkan di atas meja dan wajahnya didaratkan ke atas tangannya.Bayang wajah aku
bermain di fikirannya.

"I love you.... so muchh.. "Monolognya perlahan.

Kapan kah rasa sayang ini lahir?

Entahlah juga...

Usah difikirkan...


..............To be continued..............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience