LUV 11

Romance Completed 23262

12:34 p.m.
_Kedah village_

I CAN FEEL I CAN FEEL YOU NEAR ME
EVEN WHEN YOU'RE FAR AWAY
I CAN FEEL I CAN FEEL YOU BABY
WHY

IT'S NOT SUPPOSED TO FEEL THIS WAY
I NEED YOU I NEED YOU
MORE AND MORE EACH DAY

ITS NOT SUPPOSED TO HURT THIS WAY
I NEED YOU I NEED YOU I NEED YOU

*Song by Avril lavigne_Why_*

Hari ni aku dibenarkan oleh papa untuk pulang jenguk nenek dan atuk di kampung.Dah lama aku tak balik.Mesti diorang sangat rindukan aku.

Sambil mendengar lagu yang diputarkan di dalam bas.Aku melihat ke luar tingkap bas mini,aku nampak beberapa budak berlarian mengejar bas yang aku naiki.

Haha budak-budak.Biasalah tu.

Setibanya di halaman rumah,nenek yang berada di dalam rumah keluar melihat siapa yang berhenti di hadapan rumah mereka.

Aku sengih girang.

"Aya..!"Jerit nenek dengan gembira.

Selepas mengambil semua barang-barang makanan yang aku beli di bandar tadi,aku pun
mengikuti nenek masuk ke dalam rumah.

"Aya balik apsal tak bagitau dulu,bolehlah nenek masak ayam goreng lemak cili api untuk Aya."
Kata nenek.Dia memasukkan bahan makanan mentah ke dalam freezer.

Aku pulak duduk di atas tangga.Tempat duduk kegemaran aku.

"Tak nak,kejutan untuk nenek haha."Gelakkku di depan pintu utama.

"Hah,tak payah nak buat kejutan sayang Aya.
Takut nanti dah tak ada orang kat sini.."Balas nenek.

Aku diam.Aku tarik nafas dalam.Nenek memang selaku mengutarakan kata-kata tentang umur kehidupan.Aku tak suka nak dengar pasal hidup dan mati kalau holeh biarlah tu Tuhan je yang tau.

"Arh mana Hanif,tak ikut sekali dengan Aya erk?"
Soal nenek.

Alamak!

"Erm Hanif ada keja nenek,katanya lain kali baru ikut balik."Jawabku.

Ceh,tipu je.Hanif tak nak ikut dengan aku balik kampung.Dia tak suka sebab ramai pompuan nak ushar dia.Iyolah tu..

"Ohh"Respon nenek.

"Mana atuk?"Soalku ringkas.Ha ah dari tadi aku tak nampak atuk.Kat mana dia eh

"Atuk pergi sungai,cari siput.Hari ni dia nak makan siput sedut.Nenek suruhlah dia pergi cari
sendiri."Jawab nenek yang tengah menyiang si ikan bawal.

"Jahatnya nenek,apesal tak temankan atuk kat sana."

"Bukan tak nak temankan tapi tadi nenek ada buat kerja kat belakang rumah.Sapu daun kering pastu bersihkan kebun sayur tu."

"Iyolah tu.Dah,Aya nak pergi kat tempat atuk dulu bye bye!"

"Eh,nak makan apa malam ni Aya!?"

"Steamboat!"

Aku mengambil basikal lama aku di bawah rumah.Terus aku tunggang dan menuju ke sungai tak jauh dari rumah.

Dalam perjalanan tu aku berselisih dengan Wawa dan Nadirah.Ni lagi ni,dua ketul manusia yang paling aku tak suka dalam kampung ni.

"Eh,Aya lah..haiii.."Sapa Nadirah.

"Hai"Balasku pendek.

"Eh sombongnya,taulah suami kau tu orang kaya.
Jangan lah berlagak sangat budak kotor!"

Tengok tu,apa sangatlah diorang dengki dengan aku ni.Tak cukup masa kecil dulu diorang buli aku
sekarang pun nak buat hal.Eh sorry ye sekarang Aya dah pandai bidas balik ayat korang tau

"Laaa,Aya kan dah balas hai gitu.Lembut je suara Aya kan siap senyum lagi tiber pulak cakap Aya sombong?"

"Oh,tak sombong eh..ni amek kau!"

Argh!

Aku terjatuh dari basikal.Terasa ada sesuatu yang mencucuk kulit tangan aku.Aku tengoklah apa benda tu.

Batu.

Aku cabut batu tajam yang menusuk kulit tangan kiriku.Darah keluar mewarnai kulit tangan aku.
Nadirah dan Wawa terus cabut lari saat melihat aku tercedera huh takutlah tu kedapatan orang kampung.

Aku berdiri.Aku bersihkan pakaian aku yang dilekati habuk tanah kering kemudian kembali meneruskan perjalanan menuju ke sungai.

Sesampai sahaja di sana,aku melihat atuk yang tengah membongkok cari siput erh tak tau namanya tapi yang pasti tu siput yang boleh dimakan yang hidup dalam air.

Aku nampak atuk tak adalah keseorangan.Ada juga yang temankan dia.Razif.Lelaki paling kacak di kampung halaman aku.Dulu-dulu kan erm tak silap aku umur masa tu 15 tahun kot.Si Wawa dan Umairah bergaduh di bendang sawah hanya sebab berebutkan si Razif ni.

Aku tau pun sebab Ijah dan Julia yang bagitau aku,my best friend forever.Digosipnya Wawa dan Umairah gaduh kat tengah bendang sawah haha
kesian Razif.Tak tau nak pilih siapa tup tup dia pilih untuk tak mahukan kedua-duanya.

"Atok!"

Serentak atuk dan Razif menoleh ke arahku.Aku
nampak Razif agak terkejut dengan kehadiran aku di sini hahah apesal aku dah makin cantik ke?

"Oii,eh Aya..bila balik ni?"Tanya atuk.Dia kembali
melihat ke dalam air,mencari sang siput yang bermain sorok-sorok di dasar air dan juga melekat di bebatuan.

"Baru je."Jawabku sambil tersenyum manis.
Aku mendekati tebing sungai yang dah mulai tinggi.Wah..aku rasa dah lama aku tak masuk ke dalam sungai ni.

"Engkau nak masuk dalam air ni?"Soal Razif pula.

"Nak masuklah,nak tolong atuk cari siput hehe"
Balasku riang.Tengok wajah Razif yang hensem ni teringat pula dengan si bubucuk Hanif hohok!

Tapi aku lebih suka tengok muka Hanif terutama lesung pipitnya di sebelah pipi kiri.Hencom sangat.Cuma,ye..dia tu bad boy.

"Ugh ada lintah.Dia akan hisap darah kau sebab kau tu dah makin putih."Usik Razif.

"Apekah,takdelah sebab aku putih lintah tu nak naik kat badan aku kot.Rasanya dia cuma nak kan darah lah."Ujarku.Fakta lintah hisap darah.

"Dah dah dah,sambung cari siput.Boleh bagi dua kalau dapat banyak-banyak."Sampuk atuk menghentikan perdebatan antara aku dan Razif.

"Sini Aya,banyak kat sebelah aku ni."Ajak Razif.

Aku anggukkan kepalaku dan bergegas mendekatinya.Entah batu mana yang aku pijak ni hingga aku tergelincir.Sempat Razif menyambut tubuhku.

"Tu lah,jalan biar lambat asalkan nyawa selamat.
Kalau aku tak sambut kau ni hah pecah dah kepala kau terhantuk kat batu ni,betul tak atuk?"
Tegur Razif.Siap mintak pendapat dari atuk lagi ishhhhhh

"Betul betul betul.Nasib baik Razif tolong."
Respon atuk.

Aku memuncungkan bibir aku.Bukan marah tapi aku malu kena merajuk kena tegur hahah.Dah tua bangka masih lagi tak pandai jalam dalam air dah kena kau kena tegur oleh rakan sepermainan kau masa kecil.

Kami bertiga leka mencari siput.Sedar tak sedar dah 5 jam kami berada di dalam sungai berair jernih ni.Baldi separas lutut yang dibawa dah hampir penuh.Segera kami naik semula ke tebing
setelah lama berada di dalam air.

"Arh ni engkau punya,bagi kat mak kamu ye Razif."Kata atuk lalu menyerahkan sekarung plastik hitam sederhana besar kepada Razif.

"Wah terima kasih,sayanggggggg atuk."Balas Razif dengan senang hati.Aku hanya tersenyum melihat mereka berdua.

Nak tau tak?

Aku,Razif,Julia dan Ijah ni ada persamaan.Kami berempat ni adalah anak tunggal.Takde adik,
abang atau kakak.Aku adalah aku,Ijah tetap Ijah,Julia dan juga Razif.

Kata atuk,dari moyang,nenek sehinggalah mama,
mereka semua melahirkan seorang anak je.Kira
macam keturunanlah hanya melahirkan seekor je manusia haha!

Kalau aku,mungkin dapat lahirkan seorang juga.
Sebab tu,aku akan jaga anak aku(kalau larh aku ada penerus keturunan )sampailah dia lahir dan jadi anak yang baik.Tak nak budak nakal,aku lempang kang biar jadi budak sopan hehe

So,sejak kecil..

Aku,Ijah,Julia dan Razif ni saling bersama.Ijah dan Julia yang lahir pada tanggal 1/1 aku anggap kakak.Razif pula yang lahir pada 20/10 aku anggap abang dan aku yang lahir pada bulan 31/12 dianggap sebagai adik.

Best sangat ada kawan macam ni.Saling memahami.Tapi diantara kami,akulah yang paling banyak merahasiakan cerita hidup aku.Kami janji tak akan pernah merahasiakan sesuatu tetapi tentang Wawa dan Nadirah yang selalu membuli aku...hmm aku tak patut libatkan diorang.

Kalau ada apa-apa,pasti mereka akan dimarahi keluarga mereka ataupun aku akan dicari kerana akulah punca mereka cedera.Hah tak nak aku macam tu.

Jadi,tengoklah...meskipun begitu kami masih sahabat yang kukuh.

"Oi Aya,dah sampai mana kau merentas dunia ni?"

Aku gelak.Aku tak mengelamun.Hanya saja mengimbas kisah lampau persahabatan kami.

"Masih berpijak di bumi."

Razif mengukir senyuman manis.

"Malam ni,aku akan spend time dengan kau kat pangkin.Panggil Julia dengan Ijah sekali duduk dengan kita."Kata Razif.

"Eh,diorang ada balik ke?"Soalku.

"Ada,kemarin.Nanti aku singgah kat rumah diorang,cakap kau balik kampung hari ni.Mesti akak-akak kau tu melonjak gembira haha!"

Aku turut tertawa.Kami berjalan seiringan menuju ke jalan besar.Atuk dah jauh ke depan.
Tak sabarlah tu nak minta nenek masakan sup pandan siput sedut dicampur dengan kunyit dan cili kering.

Arh aku pun terliur..

Sampai di jalan besar,aku dan Razif berpisah mengikut haluan masing-masing.Aku melihat pemandangan di sawah padi.Cantik.

Aku sedut dalam-dalam udara petang yang segar.
Matahari yang perlahan menghilang di ufuk barat
sangat indah saat memancarkan cahaya kekuningan,menghasilkan suasana langit senja yang unik.

Awan putih membentuk beberapa replika alami.
Aku tak jemu mengikutkan jari aku seakan-akan melukiskan sesuatu mengikut gerak bentuk awan di langit sana.

"Aya,amboi jalan macam siput jugak.Cepatlah,
tolong nenek kamu tu bersihkan siput kat dapur.
Atuk nak mandi,nak pergi rumah Alang malam nanti."Gesa atuk.

Eheh tak sedar dah dekat dengan rumah tadi

"Nak buat apa kat rumah Pak Alang?"Tanya aku ingin tahu.

"Anak laki dia dah nak bertunang.Kamu duduk kat rumah je.Jaga nenek kamu,dia tak berapa sihat tu."Kata atuk.

Nenek ni,apesal tak cakap.Boleh lah Aya duduk rumah tadi,biar Aya je yang masak.Aku pun tak tanya khabar dulu,langsung blah pergi sungai haih..

"Oke."Balasku pendek.

Belum lagi aku naik tangga,aku dah dengar jeritan dari Julia dan Ijah.Alahai sayang-sayang aku ni..

"Darling...kau balik rupanya!!!"Julia terus peluk aku.Ehek aku basah weh!

"Pergi sungai tak ajak kitorang jahatlah engko ni Aya."Rajuk Ijah.Makin cantik aku tengok budak ni.

"Aku bukan tak bagitau,aku pun tak tau korang berdua ada kat sini."Ujarku.Senyuman manisku terukir di bibir.

"Ouh..."Respon mereka berdua.Serentak.

"Dah,aku tolong nenek aku dulu."Kataku kepada mereka.

"Tolong apa?"Soal mereka serentak.

"Tolong bersihkan siput sedut."Jawabku lalu masuk ke dalam rumah.Nak masuk pintu belakang malas pula,pusing dulu baru sampai.
Kalau ikut pintu depan cuma perlu turun tangga ke sana dah sampai di dalam dapur.

" Nak tolong juga."Kata mereka lalu ikut serta menuju ke dapur.Nenek sedang membersihkan siput di sink.

"Nenek,biar Aya dengan diorang berdua ni je yang buat keja bersihkan siput-siput ni.Nenek pergilah berehat kat bilik."

"Mmm,baiklah.Terima kasih cucu nenek.."

"Sama-sama nenekku."

Nenek pergi ke bilik.Jadi hanya kami bertiga di dalam dapur.Seperti biasa,Julia akan membuka cerita sebagai hidangan telinga aku dan Ijah.

"Weh Aya,kau nak tau sesuatu tak?"(Julia)

"Arh,apa dia?"(Me)

"Ijah...dengan Razif couple!"(Julia)

........

Aku pandang Ijah.Ijah fokus tengok siput.Pura-
pura sibuk membersihkan siput tersebut.

"Seriously?"

"Err eheh yup."

Wah,banyak benda yang aiu tak tau ni.Kena tau citer sampai pagilah dengan diorang berdua.Last kau arh Razif..

KATA TAK SUKA IJAH TAPI SEKARANG APA?
DASAR LOH YA AWASLAH KAU MALAM NANTI!


...............To be continued..............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience