LUV 21

Others Completed 23124

10:20 p. m.
Adam's house
_Adam POV_

Akhirnya aku dah habis study ngan kengkawan aku malam ni.Aku susun semua barang-barang sekolah aku ke dalam beg.Dari pagi tak mandi uishh melekit dah badan aku ni

Aku hanya memasukkan seragam sekola,buku latihan pendek dan juga bekas pensel aku ke dalam beg manakalah buku rujukan dan juga beberapa buku teks tersebut aku nak bimbit je nanti.

"Jomlah makan dulu, tak baiklah kau balik terus."
Kata Mixrenoel kepada aku.

Mixrenoel ni kawan aku kat sekolah, satu-satunya rakan aku yang beragama kristian.Aku suka cara hidup dia yang kuat rohani berbandingkan aku.

"Jom, ikut aku."Ajaknya ikhlas.

Aku ikutkan je lah.Tak sampai hati nak tolak ajakan dia.Kami berdua tiba di ruang dapur.
Ibu Mixrenoel baru je meletakkan lauk ayam masak tiram di atas meja.

"Arh Adam, meh sini duduk makan dengan kami.
Tak habis lauk pauk ni nanti kalau kamu tak makan takutnya juga kamu pengsan kat jalan."

Aku senyumkan je kata-kata ibu kawan aku ni.
Kalau tak makan sehari pun aku tak akan rasa lapar dah memang macam tu kerja tubuh aku.

"Terima kasih aunty."Kataku dengan senyuman.

"Mama... "

Aku toleh ke arah pemilik suara tersebut.Dia juga memandang ke arah aku.

"Erm hai,Adam..."Sapanya.

"Hai juga Mixjaneth."

Mixjaneth pula.... dia adik kembar tak seiras Mixrenoel dan aku suka dia selama dua tahun ini.Dia tak tau. Sedar aku tak patut timbulkan masalah dengan keluarga ni jadi aku dah berjaya buang perasaan ni untuk dia.

"Jemput makan dengan kami"Katanya.

Aku anggukkan kepala aku.Aku duduk di sebelah Mixrenoel berhadapan dengan ibunya, Puan Emily.

"Maaf ye Adam, kitorang nak doa dulu ermm sorry.. "Kata ibu Mixrenoel kepada aku.

"Takpe aunty, buat je."Kataku.

Dengar doa mereka ni aku rasa tenang sangat.
Suara tulus mereka menyampaikan rasa syukur kepada Tuhan membuat aku terfikir akan diri aku sendiri.

Kerana cara hidup mereka yang beriman, aku turut terubahkan hidupku.

Kalau dulu...

Aku tak pernah pun duduk atas sejadah mahupun berdoa kepada Allah.Meskipun ada didikan asas rohani di sekolah itu hanya semata-mata untuk menambah bonus dalam sesebuah subjek.

Aku memang tau dan hafal cara nak beribadah untuk orang islam cuma aku je...AKU JE YANG TAK BUKAK HATI AKU UNTUK DEKAT DENGAN AL QURAN.

Tu dulu...

Sekarang aku dah biasakan diri aku untuk menepati waktu-waktu beribadah.Meskipun masih kekok dan kadang lupa nak sembahyang terutama sembahyang subuh ngan sembahyang maghrib namun aku tetap tak putus nak ubahkan diri aku.

AKU NAK DEKAT DENGAN ALLAH..

CUKUP MENEMUKAN KASIH-NYA ESA JIKA KURANG DIPERHATIKAN OLEH MAMA.CUKUP UNTUK MENERIMA CINTA ABANG HANIF DAN JUGA PAPA BERBANDING MENGEMIS CINTA DARI MAMA.

K arh malas nak cakap berjela-jela.

Sekarang ni aku nak makan makanan sedap dimasak oleh puan Emily huehue.

"Tambah nasi Adam, aunty masak ni untuk Adam makan banyak-banyak haha. "Gurau puan Emily.

Aku senyumkan gurauan nya. Kalau dah dikata menambah nasi aku pun ikutkan ajelah.Tak habis sayang, kalau habis hah perut kenyang

Selepas selesai makan,Mixrenoel pun meminta abangnya,Sam untuk menghantarkanku pulang ke rumah.Mixrenoel pun ikut serta menemani aku pulang.

Mmm..

Dalam perjalanan tu kami sembang-sembang pasal nak study apa esok.Esok kan hujung minggu so bolehlarh ambil masa yang lama untuk menelaah buku.

Tapi ini yang aku katakan kepada kawanku

"Esok aku nak rehat puas-puas kat rumah.Nak temankan kak Aya di rumah, kesian dia sorang je kat sana. "

"Ouh okelah, kalau macamtu minggu depan lah."

"Minggu depan oke je.Hah jangan lupa nak betulkan kerja kursus kau yang salah tu."Aku mengingatkan nya agar tidak lupa mengubah suai kesalahan di kerja kursusnya.

"Taulah haha!"Gelaknya kecil.

Sebelum kami tiba di rumah,abang kawan aku berhenti di sebuah kedai nak beli minuman dalam cawan kertas.

"Adam nak apa? abang belanja"Kata abangnya kepada aku.

Ermm..

"Cakaplah,tak payah nak malu-malu ihih"Sampuk Mixrenoel.

Mm malu tu memang ada..orang belanja... mm
terima ajelah

"Errr coca cola."Kataku kepadanya.

"Oke, tunggu kat sini jangan pegi mana-mana tau. "katanya lalu masuk ke dalam kedai tersebut.

Beberapa minit kemudian, abang Mixrenoel kembali semula ke kereta.Dia memberikan aku dan Mixrenoel dua tin coca cola dan dua kotak kek kacang.

"Sedap tu, cuba Adam rasa."

Aku ambil sekotak kek kacang,nampak sama macam kek kapas tapi tak juga.Di atasnya tuh
disaluti coklat cair serta ditaburi kacang walnut yang telah dihancurkan.

Aku masukkan sesuap kek kacang ke dalam. mulutku...

.....

Oh ada serpihan kecil jacang ke dalam keknya dan kismis anggur merah.Wahh sedap!

"Umph terima kasih, sedaplah kek ni nanti-nanti Adam datang beli kek kat sini."

"Sedap kan, ni lah kek kegemaran abang aku."

Ouhh...

Sejam selepas itu kami pun sampai di rumah.
Aku ucapkan terima kepada mereka berdua sebelum mereka kembali pulang ke rumah mereka sendiri.

Aku nampak lampu di ruang tamu masih berpasang.Kak Aya belum tidur ke?

Aku berdiri di hadapan pintu utama.Segera aku keluarkan kunci pendua di dalam beg aku dan aku buka pintu tersebut.

"Kak A....mom..."

Beberapa perempuan berpakaian mewah berada di ruang tamu bersama mama.Aku tak terkejut pun sebab ni memang selalu berlaku bila papa tak ada di rumah.

"Ouh Adam, where have been you go? "Soal mama.Mulut minuman beer didekatkan ke bibir lalu diteguknya dengan rakus.

"Baru je siap study kat rumah kawan."Jawabku lalu berjalan naik ke tingkat atas.

"Adam kalau nak makan, ada pizza kat dapur tu.
Mama tak ada masa nak memasak makan malam hari ni, sorry sayang."Kata mama.

Aku tak pedulikan katanya.Sempat aku dengar nenek-nenek muda tu berkata tentang aku..

"Ouh anak you dah tambah dewasa, makin hensem dah. "

"Ahahahha hmm tengoklah siapa yang lahirkan. nya, pompuan cantik mestilah anak dia pun kacak."

Then diorang gelak macam pontianak.Entah apa yang lucu sangat huh menyampah!

Aku menuju ke bilik kak Aya, iaitu bilik abang Hanif untuk menyerahkan kek kacang yang aku makan sesuap tu untuk dia.Nak kongsi sama-
sama macam abang Hanif hihi.

Aku ketuk pintu biliknya beberapa kali tapi kak Aya tak bukakan pintu.

"Akak, boleh tak Adam masuk? Adam nak bagi sesuatu kat akak ni."

Senyap.

Dah tidur kot, tak yah larh ganggu.

Aku meneruskan langkah menuju ke bilik aku.
Beg aku letakkan di atas kerusi dan aku masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri aku.

Sunyi.

kalau ada papa bolehlah temankan aku bersembang kat dalam bilik ni sebelum tidur sama-sama ngan aku.

Papa, baliklah cepat.

Adam rindu papa.


...............To be continued.............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience