LUV 2

Others Completed 23124

_Hanif POV_
08:15 a.m.(Wednesday)

Satu-persatu butang kemeja putih aku pertemu
kan.Aku beralih ke kabinet kaca,jam tangan gucci aku lingkarkan ke pergelengan tanganku.

Parfume vanila,aku semburkan di bahagian nadi tangan juga di leherku.Selepas itu aku sarungkan
blazer hitam ke tubuhku.

Aku berdiri di hadapan cermin tegak.Beberapa kali aku membelek penampilan aku di depan cermin tersebut.Senyuman senget terukir sesaat di bibirku aku.

Done.

Aku keluar dari bilik pakaian setelah memasti
kan penampilanku kemas.Aku capai briefcase ku di tepi meja berdekatan pintu bilik lalu keluar dari bilikku selepas dikunci.

Aku turun ke tingkat bawah.Aku melihat pembantu rumah aku sudah berada di ruang tamu.Nama dia Sarah.Remaja ni baru habis spm tahun lalu.Kerja sambilan sementara menanti panggilan dari pihak universiti,kolej ataupun sebarang kursus.

"Selamat pagi,encik Hanif."Sapa Sarah.

"Pagi juga,masak apa pagi ni?"Soalku beserta senyuman nipis.

"Simple je,sandwich tuna, white coffee,roti salut kacang soya yang ditumbuk hancur dan di
campurkan jem avocado."Jelas Sarah penuh yakin.

Aku berjalan menuju ke meja kemudian duduk di atas kerusi.Jarang aku makan sandwich ataupun roti salut ni,sebab aku selalunya minta Sarah sediakan teh bunga kekwa atau white coffee je.

Aku tak berapa suka makan pagi-pagi.Ianya membuatkan aku rasa mengantuk ketika bekerja nanti so tak payah ambil apa-apa sarapan ringan
yang lengkap.

Tapi hari ni aku harus makan pagi juga sebab kemarin langsung tak makan apa-apa.Lapar sangat. Seharian duduk atas kerusi di tempat kerja membuatkan aku lupa mengambil berat tentang pemakananku tiap hari.

Pangkat CEO yang papa wariskan,terpaksalah aku tangggung sejak umur 18 tahun.Bila dah tua-tua ni,penyakit banyak kali nak cuba nasib menyerang mereka yang semakin tua dimamah usia.

Huh..

Fikir hal yang tak penting ni buat aku pening kepala.Mati seleraku.

"Encik...?"

Aku memandang wajah Sarah.Gadis ini juga ada masalah.Keluarganya serba kekurangan,katanya
tidak banyak anak-anak seumurannya di kampung halaman yang berjaya menamatkan pelajaran.

Semuanya kerana wang.Mereka tinggal jauh di dalam pedalaman,masuk sana pun perlu pakai kereta yang kebal dengan lumpur,jalan yang tak rata dan berlubang, tambah lagi dengan jalan yang sempit hmmm..perlu guna Toyota,hilux.

Kasihan.

Hidup aku mewah tetapi aku kurang kasih sayang ibubapa.Ada isteri tapi aku tak bersedia lagi untuk buka hatiku kedua kalinya.CINTA ITU MENYAKITKAN!
Yang single tu....... tak akan rasa terbeban dengan perasaan tetapi diorang mesti ada rasa nak couple juga kan hemm

"Encik?"

Sarah memanggilku sekali lagi.Aku tau dia pelik aku diam je dari tadi.Yelah aku duduk je tak jamah pun makanan atas meja.Cuma hirup sedikit white coffee kemudian berlalu keluar dari dapur menuju ke pintu utama.

"Makanlah,saya tak ada selera.Sorry"Kataku perlahan ketika berada di muka pintu.

Sarah senyum manis lalu menganggukkan kepala.Dia tau apa yang dia harus lakukan.
Aku pun berjalan meninggalkan penthouse aku yang berada di tingkat 1.

Shukri, pemandu peribadi aku sudah menunggu aku di tempat parkir.Pintu di tempat duduk belakang(sebelah kanan) dibukakan untukku.
Aku pun masuk ke dalam selepas megucapkan terima kasih kepadanya.

Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja,aku ambil masa memeriksa mesej-mesej di aplikasi whatsapp.

Mesej dari grup pekerja..
Mesej dari papa...

Mesej dari kawan-kawan aku..

Mesej dari mama..

Dari Yana.. hmm betina sorang ni memang tak. makan saman langsung. Aku dah sekat nombor dia tapi dapat juga chet aku balik.Asyik tukar nombor sebab nak aku tengok, baca dan berharap aku balas mesejnya.Huh jangan harap!

laat sekali

Mesej dari Aya, isteri aku..

>Hubby,apsal tak balik?dah dua bulan hubby. duduk kat sana.Aya sunyilah sorang-sorang kat sini ['3'] 21:11 p.m

>Hubby?Helooooooooo~ 21:11 p.m

>Hai? 21:11 p.m

Mmm hubby ye..

Aku terus tutup balik aplikasi tersebut.Dua jam selepas itu kami sampaui di tempat kerja aku.

"Hari ni tak perlu jemput saya, kamu boleh mengambil masa terluang ini untuk berehat"
Kataku kepada Shukri.

"Terima kasih tuan. "Balas Shukri.

"Sama-sama. Dah hati-hati ketika memandu"

"Baik,tuan."

Masuk je di grand floor aku terus mengambil
langkah cepat untuk ke tingkat 5 iaitu menaiki lif.
Sesampainya disana, aku pun masuk ke bilik kerjaku.Butang interkom aku tekan lalu aku panggil P.A aku,Jairul Nizam.Segera selepas seminit ,dia muncul di bilik kerjaku.

"Ada apa sayang"Katanya dengan wajah bingung.

"Kau ni,pagi-pagi nak bersayang ngan aku."Balas
ku sambil tersenyum.Ada-ada je budak ni.

Jairul sengih bodoh.Ingat aku cair ke!

"Takdelah,kau kan panggil aku awal pagi ni.Orang baru nak makan sesuap meggi kari kau dah bagi tugas tau uhuhuhu.."Rungutnya.

" Eleh duit gaji masuk tiap bulan ok.Bos potong hah baru tau."Gertakku.

"Eh jangan.Ok,aku buat humph"Rajuknya.

Aku dan Jairul ni dah macam kawan lama padahal baru kenal seminggu.Itupun lepas papa
tukar PA lama dia untuk aku.Katanya tak sesuailah Pa tua duduk semeja dengan bos muda haha!

Nasib baiklah papa jumpa orang yang baik,
peramah,rajin,amanah walaupun kadang-kadang otak dia sewel.Nak cakap dia gay tu tak betul sebab dia ada girlfriend kerja kat kafe tak jauh dari tempat kerjanya.

"Tolong semak fail ni,manatau ada kesalahan ejaan.Saya tak berapa sihat hari ni."Pintaku perlahan.

Aku memang rasa badanku agak lemah.Jairul mendekati aku.Aku pelik tapi aku biarkan je perangai dia yang kadang-kadang buat aku geli hati nak muntah tahi katak.

"Iya ke kau sakit.."Ragunya.

"Tak lah,aku sihat je."Balasku bengang.

Dia mendekatkan dahinya ke dahiku.Aku diam jap.Terkejut.Apekah?

"Sayang demam ni."Katanya dengan suara serak basah.

"Ihh sana jauh!"

Hahahahahahahhaha!

Kimaklah Jairul ni.Tengoklah tu dia buat perangai lagi ishh geli tau tak urrrghhh

Jairul ketawa terbahak-bahak melihat reaksiku yang berubah.Aku memang tak suka diusik macam tu tambahan lagi dia ni lelaki adoi nak pengsan aku dibuatnya!

"Gurau je larh ish kau ni pun mudah je cair.Aku oke je kalau kau nak jadi madu girlfriend aku haha!"Gurau Jairul.

"Sialan loh anying!"Nah aku marah dah.

Marah biasa je.

"Aku ambil fail ni,kau rehatlah dulu.Apa-apa hal aku bagitau kau oke.Bye bye sweetheart muahh"

Aku senyumkan ayat dia.Kambing betullah anak ni.Kemudian,aku menundukkan kepalaku ke permukaan meja.Tangan aku silangkan sebagai alas kepala.

Rehat.

Dont bother me now..

tetiber... telefon aku berbunyi.Aku melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

Dari mama?

Aku tekan butang hijau lalu aku dekatkan telefon tersebut ke cuping telinga aku.

"Hello?"

"Hello, arh Hanif kat office tak sekarang ni?

Aku iyakan soalan mama.

"Ouh, tengah hari nanti mama dan Yana nak pergi rumah kamu.Aya juga akan ke sana."

Berkerut aku mendengar ayatnya.Nak buat apa berkumpul kat rumah aku? ada apa-apa ke?

"Nak buat apa kat rumah Hanif?"Soalku ingin tahu.

"Oh, nak bincang pasal Yana. "Jawab mama ringkas.

Bincang pasal Yana.Apa maksudnya ni nak bincang pasal pompuan tu?

"Bincang pasal Yana? maksud mama apa ni? "
Soalku lagi.Kalau tak tanya mana nak tau apa yang mama maksudkan bukan

"Yana akan jadi isteri kamu"Kata mama dengan nada serius.

"What!?Hanif dah kahwin ngan Aya lah mama tak naklah dengan Yana lagi!"Jawabku dengan nada marah.

"Azaeya tak sebagus Yana, dia tu budak kampung!"Suara mama juga tak kurang tingginya dengan suara aku.

Mama ni memang sengaja nak buat aku meradang tak tentu pasal.Ada saja yang buat aku merasa panas hati dengannya!

"Hanif tak akan terima Yana dalam hidup Hanif,
noktah! "

"Ouh,so tengok apa akan berlaku kat Aya nanti bila dah sampai di penthouse Hanif tengah hari ini."

"Mama... mam... huh!"

tut tut tut tut...

Damn it !

Aku bersandar di kerusi.Kenapalah mama paksa aku kembali bersama dengan Yana? aku dah tak sukakan pompuan tu.. TAK SUKA FAHAM TAK HANIF TAK SUKA!!

Inilah situasi yang paling aku bencikan dalam. hidup aku.Kenapa tak mengalah je bila orang dah tak nakkan dia adoiii macam dah habis lelaki kat muka bumi ni sehinggakan sanggup nak ber
madu kasih dengan yang lain

Tolonglah...

Lepaskan aku agar aku dapat membuka hati aku untuk Aya..

Aya adalah tanggungjawab aku !

TAK NAK DENGAN YANA!

Perempuan tu... seharusnya sedar kalau aku dah tak ada hati dengan dia.Dia lebih baik bersama dengan kekasihnya yang sangat mencintai dia tu.

Aku kembali menundukkan kepala aku di atas meja.Aku nak tidur.Harap otak aku akan ber
fungsi dengan normal lepas lelap melepaskan masalah yang aku simpan di dalam fikiran.

Solusi terbaik untuk melepas rintangan masalah..

..................To be continued..................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience