LUV 18

Others Completed 23124

09:01P.M.(NIGHT)
dato Zainud's house.
_Adam POV_

Sejak situasi aku mendengar perbualan mama dan papa tempoh hari, aku agak takut nak keluar dari bilik.Yelah aku taku kena marah sebab curi-
curi dengar perbualan mereka.

Hari ni mama dan papa tak ada kata rumah.Hmm
kalau papa aku tau kat mana dia pergi.Papa pergi ke luar negara nak jenguk keluarga kat sana sekaligus nak memantau syarikat barang kemas.
Meskipun papa dah tak keja lagi kat office tapi papa tetap tolong mereka jika perlu je.

Mama pula?

Tak tau kemana dia pergi.Aku tau dia tak ada kat rumah ni selepas malam papa dan mama bertengkar hari tu.Kat manalah mama sekarang ni?

Sunyi larh duduk seorang diri dalam rumah besar.
Uhuhuhu kalau ada haiwan peliharaan bolehlah jadi kawan aku bermain, taklah aku bosan sangat kena hadap buku pelajaran tiap hari.

Dingdong dingdong!

Err siapa yang tekan loceng malam-malam ni?

"Adam, kamu kat dalam ke?Tolong bukak pintu ni cepat!"

Oh abang Hanif..!

Yeaaa abang Hanif aku balik rumah kat sini!

Aku berlari ke arah pintu utama.Pintu aku buka dengan pantas, tak sabar nak peluk abang kesayangan aku

"Aba..... eh kak Aya? "

"Hahhh kakak Aya tertidur."

Aku berikan laluan kepada abang Hanif yang membawa kak Aya.Tengok betul-betul, kak Aya ni lebih cantik berbanding kak Yana.Kak Yana cantik
juga cuma tak cantik dari segi perangai dan pakaiannya yang mencolok mata.Ishh tak suka aku tengok!

"Kak Aya penat ke balik sini dari kampung?"
Soalku kepada abang Hanif.

"Mungkin,sebab tu dia tertidur pulas.Lena sangat sampaikan abang angkut masuk dalam kereta pun dia tak sedar."Cerita abang Hanif kepada aku.

Aku hanya tersenyum nipis mendengarkan bicara
nya.

"Arh, Adam dah makan ke? "Soalnya lembut.

Sebab ni lah aku sayanggg sangat kat abang Hanif.Dia sangat ambil berat tentang aku walaupun kami bukan adik beradik kandung.
FAKTA.

"Belum lagi, Adam baru siap buat tugasan matematik dengan bahasa melayu tadi."Jawabku
kepadanya.

"Kalau macam tu, jom makan McD sama-sama nak tak? Abang dah lama tak makan french fried food."Ajak abang Hanif.

"Nak, Adam pun lapar sangat haha!"

"Kalau macam tu, Adam pergi ambil makanan tu kat dalam kereta di tempat duduk belakang.
Abang nak tukar baju dulu dan bawa kak Aya kamu ni tidur kat bilik abang."

"Oke, boleh je."

Aku pun pergi mengambil set makanan McD di dalam kereta abang Hanif, manakala abang Anif pula naik ke tingkat atas untuk menukar pakaian dan menghantar kak Aya tidur di bilik.

Aku bawa makanan tersebut di ruang tamu.Aku tau abang Hanif suka makan di ruang tamu jadi kena letak kat sini je bukan kat dalam dapur.

Beberapa minit kemudian,abang Hanif turun ke tingkat bawah.

"Lahh kenapa tak makan terus? "Tanyanya kepada aku.

"Tunggu abanglah, tak best makan lebih dulu."
Ujarku.Aku sengih comel ke arahnya.

" Euww tak payah buat muka camtu lah,dah besar dah kamu ni tak comel. "Ejek abang Hanif.

Aku abaikan aje katanya.Betullah kalau dah besar dah tak comel sangat kecuali yang muka dia tu baby face. Hahhh tu baru boleh kena cakap comel.

"Abang Hanif kenapa balik sini? ada apa-apa barang tertinggal erk?"Soalku.Aku fikirkan soalan ni sejak dia masuk ke dalam rumah ni.Bukan nak halau tapi aku cirious je.

"Ouh, papa cakap akan pergi ke US selama
seminggu.Jadi papa mintak abang temankan Adam kat rumah takut nanti jadi apa-apa kat adik sorang abang ni hehe"Jawab abang Hanif.

Aku diam.

Adik ye..

"Abang Hanif.. "Seruku.

"Yaps? "Sahutnya sambil meneguk air cola di dalam cup minuman.

"Adam bukan adik kandung abang kan? "

Serentak itu, abang Hanif terbatuk-batuk.Aku spontan mendekatinya dan menepuk-nepuk belakang tubuhnya. Apabila sudah kembali baik, dia toleh ke arah aku yang duduk di sebelah kanannya.

"Darimana Adam tau abang ni bukan abang kandung Adam? "Soalnya lembut.

"Tempoh hari papa dan mama bertengkar pasal perkahwinan abanh dengan Aya.Mama papa ada sebut mengenai hubungan adam dan abang.Kita bukan adik beradik kandung. "Kataku jujur.

"Mama cakap apa tentang perkahwinan abang? "
Soalnya abang Hanif. Dia merenung mataku dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Mama... tak suka kak Aya. Dia nak abang bercerai dengan kak Aya. "Ceritaku.

Abang Hanif letakkan minuman cola di atas meja.
Nampak seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Pasal cerai tu en? Err... aku salah cakap ke?

"Sorry, Adam memandai je bukak citer ni kat abang.... "Kataku perlahan.

"Eh tak, eheh abang tak salahkan Adam.Bagus tu bila Adam bagitau abang apa yang berlaku kat rumah ni."Abang Hanif memotong ayatku.

Legalah aku sebab dia tak marah dengan apa yang aku katakan kepadanya.Aku ukir senyuman nipis di bibirku.Seketul ayam goreng McD aku gigit dan kunyahnya hingga hancur menjadi cebisan kecil.

"Adam.. "Panggil abang Hanif.

"Hmm"Respon aku.

"Selain dari tempoh hari mama papa bertengkar, ada lagi ke citer lain yang berlaku antara mereka yang Adam tau? "Soal abang Hanif kepada aku.

"Tak ada dah, tu je yang Adam tau. Kenapa tanya? "Soalku juga dengan wajah berkerut.

"Oh tak ada juga.Dah makan-makan,yang ni kita tinggalkan untuk kak Aya."

Aku anggukkan kepala aku. Kami makan dengan berselera sekali. Ada kalanya kami ketawa ber
sama jika lawak menyertai sembang kami ber
dua.

Malam pun berlalu begitu saja. Tidak ada yang lebih istimewa daripada melepaskan penat dan rehatkan diri di atas tilam yang lembut.

Ucapkam selamat malam kepada anda semua...

mimpi indah..

..................To be continued...................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience