LUV 23

Others Completed 23124

Zainud family's house
05:45a.m.Sunday
_Adam POV_

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA YANG TELAH HAMBAMU LAKUKAN DI DUNIA INI..
SEIRING WAKTU BERJALAN MENGIKISNYA
SEKEPING HATI YANG SANGAT RAPUH DENGAN
GODAAN NAFSU DUNIAWI..
YA ALLAH,HAMBA JUGA INGIN MEMANJATKAN
RASA SYUKUR SEIKHLAS PERASAAN HAMBA
ATAS APA YANG TELAH KAU BERIKAN KEPADA HAMBA, BAIK DARI SEGI MAKANAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP,TEMPAT BERTEDUH,
PAKAIAN UNTUK MENUTUPI DEBU BERNYAWA INI,HAMBA SUNGGUH BERTERIMA KASIH KEPADA-MU..
DALAM BANYAK PERKARA YANG DILALUI,TETAP
SAJA ENGKAU YANG DIINGINKAN KEDAMAIAN HATI..
YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEKUATAN UNTUK HAMBA AGAR DAPAT MENERUSKAN HIDUP DAN MELAWAN KEINGINAN DAGING BUKAN BERASAL DARI HATI YANG ALLAH GERAKKAN..
JUGA..
MEREKA YANG LEMAH SETIA DENGAN-MU..
DIKEMBALIKAN KE JALAN PANGKAL,KE JALAN YANG LURUS YANG KAU SEDIAKAN BAGI KAMI UMATMU YA ALLAH...
HAMBAMU JUGA MEMOHON KIRANYA ENGKAU
MELINDUNGI KELUARGAKU..BAHKAN ENGKAU KUATKAN HUBUNGAN KAMI DI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN..
KASIH YANG HAMBA INGINKAN,PERASAAN HAMBAMU BIARLAH ENGKAU YANG TAHU SEGALANYA...

AMIN..

Usai melakukan sembahyang subuh,aku lipatkan sejadah elok-elok dan aku simpan ke dalam almari pakaian.Aku keluar dari bilik kemudian turun ke tingkat bawah.

Tiber rasa lapar pulak..

Sebelum tu aku pergi ke luar di beranda rumah untuk menghirup udara seawal pagi yang segar.
Sekarang ni dah jam 6 pagi.Masih gelap.

Aku pandang ke atas langit.Dapat dilihat bulan di dada langit yang kelam.Ada juga satu..dua... sepuluh... ratusan..jutaan bintang-bintang yang kelihatan masih bersinar terang.

Buk!

Aduhh..

Aku terkejut melihat sesuatu yang baru jatuh berdekatan kolam ikan. Benda tu jatuh dari tembok rumah sebelah.

"Aihh engko ni nak patahkan pinggang aku ke apa hah? Jangan buat aku meradang subuh-subuh ni
hah merasa kau punch line aku!"

Aku kerutkan dahi aku.Aku sangat kenal dengan suara ni.

"Dah kau tolak aku, apanya aku tak marah hishh.Nak tolong tu buatlah elok-elok kang aku lempang kau nah menangis macam mati anak! "

Kak Aya!?

Hairan bin pelik buat apa dia kat sana?

Cakap dengan siapa pulak tu?

Aku mendekati kak Aya yang tak menyedari akan kehadiran aku.Aku nampak ada tangan yang melambai di sebalik tembok ke arah kak Aya.

"Kak?"

"Oi mati anak Zainud!"

Tiber lubang hidung aku membesar.Terasanya aku.....

"Eh erm Adam, ehek... sorry eh akak melatah ehek salah akak sorry... "

Pinta Aya siap dipertemukan telapak tangannya
serta buat muka comel.Kalau abang Hanif bukan suami dia hah dah lama ni aku cium pipi dia huehue

"Akak buat kat sini? "Soalku.

Tengok dari pakaiannya pun macam tak bertukar je dari semalam.Tak mandi.Tak,aku rasa mesti ada yang berlaku kat sini semasa sekua orang tak ada kat rumah.

"Arh akak....."

"Mama ada buat apa-apa yang jahat kat akak en?"
Soalku dengan perasaan ingin tahu.

Kak diam sejenak.Aku tau dia tengah fikirkan sesuatu jawaban yang logik agar aku tak dapat hidu sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas dirinya.

"Ouh akak lupa bawa kunci untuk buka pintu pagar tu,so akak tumpanglah kat rumah sebelah ni."Jawab kak Aya.

Sempat lagi sengih.Nak yakinkan aku ke tu?

"Ye kah, kan ada loceng kat tepi pintu pagar tu dekat dengan peti surat.Tekan je. "Kataku pula.

Kak Aya diam lagi.

"Akak tak nak larh buat bising, nanti jiran sebelah terbangun sebab dengar loceng ditekan banyak kali."Ujarnya lembut.

"Boleh percaya ke ni? "Raguku.

"Akak tak tipu larh Adam, akak cakap yang betul punya hihihi."Kak Aya meyakinkan aku.

Aku angkat kedua bahuku sebagai respon aku mengalah untuk mempersoalkan dirinya lagi.
Tapi.....

"Akak betul eh tak dibuli oleh mama.Adam kenal sangat perangai mama Adam tu camne, Adam. sendiri pun dibuatnya macam ye tak ye,acuh tak acuh, sudi tak sudi macam tu.Arh akak ni...tak mungkinlah mama tak buat apa-apa kat akak. "
Kataku panjang lebar.

Selain papa dan abang Hanif,aku nak juga rapat ngan kak Aya.Sejak awal, aku tau kak Aya ni baik orangnya.Abang Hanif cakap, kak Aya ni tak adik,
kakak mahupun abang.Dia anak tunggal.Mama papa dia pulak dah lama takde.

Kesian.

Aku pun nak juga merasa ada kakak.Kak Yana pun ada hati jadikan aku adik dia konon eh tak nak aku zombie tu!

Jadi aku nak rapat ngan kak Aya dan kenal dia dengan lebih dalam lagi.

"Akak, cakap betul-betul eh jangan tipu Adam."
Kataku lagi.

"Ye, akak cakap betullarh ni."Ujarnya sambil tersenyum.

No,you lie

Aku yakin pasti ada yang berlaku

Tapi aku diamkan dulu.Sebab hari ni aku duduk kat rumah je jadi aku akan tengok apa yang mama akan buat kat Aya.Tak mungkin, mereka berdua baik-baik je sedangkan mama ngaku kat papa DIA TAK SUKA KAK AYA

"Akak tak mandi eh?Baju ni kan dari semalam lagi"Kataku.Nak lihat respon kak Aya.

"Arhh ahahahha erm kalau mandi kat rumah sebelah tu malularh akak, tak sopan sebagai isteri abang kamu."

Oke, jawaban kali ni agak logik.Aku boleh terima tapi tetap saja aku tau kak Aya cuba sedaya upaya menyembunyikan hal sebenar.

"Dah, jom masuk."Ajaknya kepadaku.

Aku anggukkan kepala aku lalu ikut masuk ke dalam rumah.Kak Aya terus naik ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya sementara aku pula pergi ke dapur.Aku memasak benda yang boleh perutku terima.

Telur dadar, sosej goreng dan nuget ayam.Boleh larh sekadar nak isi perut lapar ni.

"Makan tu je? "

Aku toleh sekilas ke arah kak Aya yang baru siap mandi.Aku menganggukan kepala aku untuk menjawab pertanyaannya tadi.

"Apa je yang Adam tau masak? "Soalnya lagi.

"Erm nasi goreng ayam,bakso bola ikan,mi goreng basah,sup ayam, kari kepala ikan ngan ni je."Balasku.

Sesuap telur aku masukkan ke dalam mulut berserta potongan kecil sosej goreng.Kak Aya senyum nipis ke arahku.Dia bergerak ke arah peti sejuk lalu mengambil sekotak susu coklat.

"Siapa ajar masak ni? "Tanyanya lalu duduk di sebelah aku.

"Abang Hanif dengan papa. "Jawabku ringkas.

"Ouh, camne kalau akak ajar Adam memasak jugak. Nak tak?"

"Eh nak juga,nanti-nanti kalau Adam dah duduk sorang-sorang tak perlulah gik gerai makan ke restorang besar hah boleh masak sendiri."Ujarku panjang.

Kak Aya gelak kecil.Aku senyumkan je reaksinya.

"Akak pula, nenek yang ajar.Akak cuma tau masak makanan orang kampung."Katanya.

"Ajarlah Adam, boleh rasa makanan kampung tu camne.Adam.tak pernah rasa tau ehek.."Pintaku ikhlas.

"Eh betul tak pernah rasa? "Soalnya dengan raut muka agak terkejut.

"Ha ah"Balasku pendek.

"Okelarh, siang nanti kita belajar masak.Sekarang ni.... akak nak tidur dulu.Tolong bangunkan akak sekitar jam 8 atau 9 gitu ye."Katanya.

Aku anggukkan ayatnya.Mataku mengekori langkah kaki kak Aya sehinggalah dia hilang di sebalik dinding ruang dapur.

Tinggal lah aku seorang diri di ruang dapur menikmati makanan yang aku masak sendiri.
Selesai makan, aku bersihkan meja dan cuci pinggan-pinggan kotor.

Sementara menunggu matahari terbit naik,aku memutuskan untuk menonton apa-apa sahaja rancangan yang ditayangkan di televisyen.

Tak mengantuk dah so tengok tv je lah eheh...

................To be continued...............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience