BAB 3

Romance Series 7141

LELAKI itu hanya duduk di atas sofa double sambil menundukkan kepalanya menekur lantai konkrit ketika direnung oleh sepasang mata helang. Dia tidak berani hendak bertentang mata dengan insan di hadapannya. Dapat dirasakan tangan kekarnya amat sejuk seperti tiada darah. Sejuknya bukan disebabkan pendingin hawa, tetapi disebabkan perasaan takut yang menguasai diri. Paling dia takuti adalah makan penampar.

Apakan daya, siapalah dia untuk melawan insan yang bergelar ayah. Kalau melawan,  tempah tiket ke Neraka jawabnya! Qahnaf Irfan menilik wajah babanya melalui anak matanya. Lelaki berusia pertengahan 50-an itu cuma beriak biasa sahaja. Tiada bengis mahupun berang. Timbul sedikit kelegaan dalam hati Qahnaf Irfan walaupun dia tahu dia masih belum selamat.

“Kamu menggigil satu badan ni dah kenapa?” Tanya Encik Hateem hairan.

Takut. Jawab Qahnaf Irfan sepatah dalam hati.

Qahnaf Irfan menghela nafas berat. Dia berdoa dalam hati supya hati babanya dilembutkan saat-saat begini.

“Ipang mengaku Ipang dah buat salah,”

“Baba tak sangka Ipang di Amsterdam buat benda yang melanggar hukum agama. Baba sangat terkejut apabila tengok anak bongsu baba dah berubah penampilan. Rambut yang hitam jadi putih. Apa lagi benda yang kamu dah buat semasa dekat sana?” Soal Encik Hateem bernada biasa tetapi tegas.

“Ipang masuk pub. Pernah juga minum beer. Tapi yang pasti, Ipang tak terbabas dengan perempuan termasuk kawan Ipang sendiri,” Pengakuan Qahnaf Irfan sungguh mengejutkan Encik Hateem.

Minum air kencing Syaitan? Sungguh tidak diduga oleh insan bergelar ayah. Walaupun Encik Hateem bengang dengan anak bongsunya, namun dia masih boleh mengawal amarahnya. Wajahnya masih tenang walaupun hatinya ingin meletup. Dia harus bersabar dan pandai mengajar anaknya.

“Dekat mana silap baba semasa mendidik kamu Qahnaf Irfan? Dari kecil sehingga besar panjang kamu dididik dengan penuh ilmu agama. Macam mana kamu boleh tewas dalam mengawal hawa nafsu? Siapa yang pengaruh kamu sampai jadi macam  ni? Baba hantar kamu ke Amsterdam untuk berjaya dalam jurusan undang-undang bukannya berjimba dan berfoya-foya,” Soal Encik Hateem bertalu-talu sekali gus membebel kepada Qahnaf Irfan.

Qahnaf Irfan masih menunduk. Langsung tiada keberanian dalam dirinya untuk menatap wajah Encik Hateem. Dia tahu babanya sangat kecewa dengannya ketika ini lagi-lagi lelaki separuh usia itu bergelar ustaz di tahfiz milik uminya. Ayah mana yang tidak malu andai anaknya terpesong dari laluan agama yang benar?

“It was my fault, baba. I did a very big mistake. Silap Ipang sebab terpengaruh,” mata Qahnaf Irfan mula berair menandakan tangisannya akan pecah tidak lama lagi.

“Siapa yang pengaruh kamu?” Sekali lagi soalan yang sama diajukan.

“Scarlet, Rafiqie and his friends. Dia orang perlahan-lahan ubah Ipang daripada minum arak sampailah ke kelab malam. Iman Ipang tak kuat.. Ipang sangat malu, baba,”

“Rafiqie? Nama macam nama melayu?” Berkerut dahi Encik Hateem setelah mendengar nama itu.

Qahnaf Irfan mengangguk. “Dia memang Melayu. Scarlet tu girlfriend dia tapi Scarlet memang orang Amsterdam,”

Buat sekian kalinya kepala Encik Hateem menggeleng. Hendak memarahi anak terunanya itu pun tidak berguna kerana dia sudah matang. Boleh berfikir yang mana baik dan buruk. Tanpa disedari dua beranak itu, seseorang sedang mencuri dengar perbualan mereka. Dia berdengus geram.

“Baba, Iwan nak pergi tahfiz dulu,” ujar Qahnaf Izwan.

“Kamu tak penat ke? Baru je balik dari ofis lepastu nak pergi tahfiz pula,”

Qahnaf Izwan menggelengkan kepalanya tanda dia tidak penat.

“Iwan ada kelas nak ajar budak-budak mengaji,” jawab Qahnaf Izwan seraya keluar dari rumah agam itu.

“Baba, ampunkan Ipang. Ipang janji akan bertaubat dan tak akan terpengaruh lagi,” ucap Qahnaf Irfan sambil menangis.

Encik Hateem hanya tersenyum. Surut amarahnya yang dipendam setelah anak bongsunya meminta ampun. Alhamdullilah, sekeping hati Qahnaf Irfan masih lembut.

“Baba ampunkan. Baba nak rehat kejap. Kamu pergi ke salon dan hitamkan balik rambut tu,” ujar Encik Hateem seraya mengangkat punggungnya lalu mengorak langkah ke tingkat dua.

Tanpa melengahkan masa, Qahnaf Irfan mencapai kunci keretanya yang terdapat di tempat penggantung kunci. Selipar disarungkan ke kakinya. Malas pula nak pakai kasut. Air mata dikesat menggunakan ibu jarinya. Pintu Perodua Bezza miliknya dibuka lalu enjin dihidupkan. Sungguh dia rindu akan kereta kesayangannya itu.

RAMBUT yang telah dihitamkan diperhatikan oleh Qahnaf Irfan melalui pantulan cermin. Dia mengulum senyuman kecil. Dia telah kembali ke penampilan lama.

“Muka aku lagi handsome kalau rambut aku hitam macam ni. Hailah Ipang… bengong kau memang tak sudah,” Qahnaf Irfan mengutuk dirinya sendiri.

Sekeping not bernilai Rm 20 dikeluarkan dari dompet lalu dihulurkan kepada seorang penjaga kaunter di salon itu.

“Terima kasih,” ucap penjaga kaunter berbangsa cina itu ramah lalu mengembalikan tiga keping not RM 1 kepada Qahnaf Irfan sebagai baki.

Qahnaf Irfan membalas dengan senyuman lantas kakinya mengorak langkah keluar dari salon di dalam pusat beli-belah itu. 

“Oops! Beta hampir terlupa. Tunggu sekejap wahai baby blue. Beta nak beli barang,” Qahnaf Irfan tersengih sendirian persis orang tiga suku.

Dia masuk semula ke dalam pusat beli-belah lalu menuju ke lot Sharifah Trading yang menjual pelbagai pakaian muslim dan muslimah serta buku-buku agama dan peralatan solat. Qahnaf Irfan membelek setiap produk yang diletakkan di rak yang disediakan. Dia tertarik dengan sebuah produk berjenama Yusmira. Dia membaca tulisan yang tertera di kotak kecil berwarna merah serta  memaparkan gigi yang amat putih.

“Serbuk Arang Gigi. Putih, bersih dan berseri,” Qahnaf Irfan menjongketkan keningnya.

“Setahu aku, Dr. Amalina Bakri pernah cakap yang arang gigi tak dapat memutihkan gigi tetapi boleh membersihkan gigi. Kalau guna dalam jangka yang panjang, benda ni boleh membuatkan lapisan gigi nipis dan melemahkan enamel gigi. Nasib baik aku jenis yang jaga gigi. Putih je dari kecil. Tapi sayangnya, gigi aku tak cantik. Hmph!” Monolognya sendirian seraya meletakkan kembali kotak kecil itu di tempat asalnya.

Sepasang mata bundar itu melekat lagi di satu produk yang tidak jauh dari kedudukan kotak serbuk arang gigi. Dia tertawa kecil ketika melihat jenama yang tertera di kotak segi empat tepat itu.

“Jus Abang Macho. Hmm… Masalahnya aku memang dah macho. Bukan macho je, handsome, kacak, menawan, tertawan dan ganteng semua ada dekat aku,” Qahnaf Irfan memuji dirinya dengan penuh rasa bangga sambil membuat gaya yang boleh membuatkan penonton muntah hijau sekali gus dengan cecair merah pekat yang berbau hanyir.

“Abang, adik rasa abang tu dah gilalah. Senyum lepastu cakap sorang-sorang macam orang hisap gam dalam TV semalam,” petah sahaja seorang gadis kecil itu bercakap mengenai kelakuan aneh Qahnaf Irfan.

Pantas sahaja Qahnaf Irfan meletakkan produk itu di tempat asalnya lalu mengubah personalitinya kepada normal. Dia memandang seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun dan seorang budak perempuan berusia enam tahun yang sedang terkebil-kebil memandang dirinya.
Sengihan ala-ala model Colgate diukir di bibirnya. Dia mendekati dua orang anak kecil itu lantas mencangkung untuk menyamakan ketinggiannya dengan kanak-kanak tersebut. Dia geli hati melihat kanak-kanak itu berundur ke belakang.

“Jangan takutlah, dik. Abang bukan orang gila atau orang jahat. Abang hensem ni baik orangnya,” ujar Qahnaf Irfan bernada lembut.

“Apa bukti yang abang ni bukan orang gila?” Tanya budak lelaki itu seolah-olah Qahnaf Irfan merupakan seorang jenayah yang melakukan kesalahan berat.

Qahnaf Irfan mengetuk dagunya tanda sedang berfikir.

“Bagi adik, orang gila ni tak kemas dan tak teratur serta suka duduk dekat tempat-tempat kosong, kan?” Soalan budak tadi dibalas dengan soalan.

Hanya budak perempuan itu sahaja yang menganggukan kepalanya manakala budak lelaki itu tidak memberi sebarang jawapan. Ni mesti kurang tengok TV. Desisnya dalam hati.

Qahnaf Irfan menyeluk poketnya untuk mengambil gula-gula menntos lalu dia menghulurkan gula-gula itu kepada dua beradik tersebut.

“Nah, ambillah. Jangan risau, ni Mentos dari Amsterdam. Bukannya dadah,” Qahnaf Irfan tertawa kecil apabila melihat celoteh dua beradik itu teragak-agak ingin mengambil gula-gula tersebut dari tapak tangannya.

“Abang ni bukan orang Malaysia ke?” Tanya budak lelaki itu.

Qahnaf Irfan tersengih. Alahai, polosnya dia ni.

“Abang baru balik dari Amsterdam tapi abang orang sinilah,” jawab Qahnaf Irfan.

“Afiq, Afhiza!” Suara seorang perempuan yang memanggil nama itu menyentakkan kedua-dua anak kecil itu.

Mereka memandang ke belakang. Qahnaf Irfan tergamam ketika melihat wanita yang berusia dalam lingkungan pertengahan 30-an itu.

“Mama!” Afiq dan Afhiza pantas berlari mendekati mamanya.

“WUHUUU!” Gadis yang sedang meneguk air kencing Syaitan itu bersorak dengan penuh gembira. Tubuh badannya melenggok mengikut rentak muzik yang dialunkan di dalam sebuah kelab malam di tengah-tengah bandar yang maju. 

"Syazaqi Rulya! Enough for today!" Hafrina yang baru sahaja keluar dari tandas pantas sahaja mendapatkan Syazaqi Rulya yang sudah separuh sedar itu.

Gelas kecil yang masih berisi arak itu dirampas dari tangan Syazaqi Rulya. Dia mendengus tidak puas hati dengan Hafrina yang tiba-tiba merampas gelasnya.

"Apa ni! Baa... gi balik a... ir aku,"
Syazaqi Rulya cuba untuk mencapai gelasnya namun gagal kerana Hafrina mampu memanjangkan tangannya agar gadis itu tidak dapat mencapai airnya.

"Jom balik!"

"Aku tak puas, bodoh!" Maki Syazaqi Rulya kerana tidak puas hati.

"Kau dah banyak minum, bebal!" Hafrina membalas kembali makian Syazaqi Rulya.

Menyesal aku bawa budak ni pergi sini. Rungutnya dalam hati. Dia terpaksa memapah Syazaqi Rulya yang meronta. Rontaan Syazaqi Rulya yang lemah itu sama sekali tidak menjejaskan pergerakannya.

Hafrina mendekati geng sekepalanya. Empat orang merangkap sahabat Hafrina berhenti ketawa apabila melihat Syazaqi Rulya yang dipapah oleh Hafrina.

"Asal dengan ahli baru kita tu?" Tanya Verian, seorang gadis seksi yang memakai dress merah separas paha.

"Mabuk dah macam orang gila ar," jawab Hafrina bernada malas.

Serta-merta terletus ketawa empat orang sahabatnya.

"It's too early, girl," ujar salah seorang lelaki yang memakai T-shirt Polo.
Hafrina menggulingkan bebola matanya.

"Aku chaw dulu! Tiber ada alien dari Pluto rempuh tandas perempuan. Kalau bukan sebab alien tu, dia ni aku biarkan je!" ujar Hafrina lantas meninggalkan gengnya yang sedang bersuka ria itu.

Mereka ketawa lagi. Seorang lelaki yang tidak berbaju itu hanya tersenyum sinis manakala tangannya meliar mengelus kulit seorang perempuan yang sedang menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan.

"Bro, kau rasa?" Lelaki yang sedang menghembus asap rokok itu menjongketkan keningnya.

"Chill bro. Benda masih awal. Kan baby?" Dia mengusap kepala perempuan itu.

Perempuan yang seolah-olah tidak berbaju itu hanya mengangguk mengiakan. Asalkan ganjarannya masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience