SYAZAQI Rulya terperanjat apabila pintu rumah sewanya diketuk bertalu-talu tanpa memberi salam. Dia mendengus geram dengan perangai Hafrina yang tidak pandai memberi salam.
“Woi, bukalah pintu!” Jerit Hafrina dari luar.
“Kejaplah!”
Kunci pintu dibuka. Baru sahaja Syazaqi Rulya membuka pintu, Hafrina pantas merempuh pintu itu sehingga terkena jari kaki Syazaqi Rulya. Gadis itu mengaduh kesakitan. Ya Allah, budak ni!
“Wei Ulya, kau nak tahu tak?” Tanya Hafrina, riang. Beg-beg kertas berjenama dilempar ke atas sofa.
“Tahu apa?” Dahi Syazaqi Rulya berkerut. Pelik tiba-tiba je gedik mak cik ni datang.
“Tadi enn… Tadi…”
“Tadi apa?” Soal Syazaqi Rulya mula malas. Asyik dok tadi-tadi je.
“Tadi masa aku shopping dekat Pavilion, aku jumpa Asad Motawh!” Ujar Hafrina sambil terkinja-kinja.
Syazaqi Rulya membuat muka menyampah. Asad Muntah tu? Tolonglah! Aku pembenci sejati dia. Acah je lebih!
“Kalau kau jumpa kumpulan Why Don’t We aku masuk port tau? Aku sanggup heret kau sekali pergi Pavilion. Tapi si Asad Muntah ni, sorrylah. Aku tak berkenan sungguh,” tutur Syazaqi Rulya tanpa berdalih.
Hafrina mengecilkan matanya. Syazaqi Rulya hanya membuat tak endah sambil memeluk tubuhnya.
“Apa-apa jelah Hafrina sayangku. Aku nak masuk dapur. Harapkan kau masak, alamatnya kebulurlah kita dalam rumah ni,” Syazaqi Rulya bersarkastik.
Hafrina tidak berkata apa-apa. Sebaliknya beg-beg kertas yang berada di atas sofa tadi dicapai lalu dibawa ke bilik tidurnya di tingkat atas. Syazaqi Rulya mencebik. Mogoklah tu. Kang lapar tahulah kau turun. Aku tak ada masa nak pujuk kau.
Alat kawalan televisyen diambil dari atas meja kopi di hadapannya. Punat nombor 852 ditekan satu persatu di atas alat kawalan tersebut. Siaran Astro HBO HD bertukar ke Astro Hitz FM. Syazaqi Rulya menguatkan kelantangan apabila lagu kegemarannya iaitu 8 Letters daripada kumpulan Why Don’t We dimainkan.
Isn’t it amazing how almost every line on our hands align,
When your hands in mine,
It’s like I’m whole again isn’t that a sign,
I should speak my mind.
“Aduh suara Daniel Seavey ni… Tak sah tak buat aku cair,” monolog Syazaqi Rulya seorang diri.
I’ve said those words before but it was a lie,
And you deserve to hear them a thousand times,
If all it is is eight letters,
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters,
Why am I in my own way?
Why do I pull you close,
And then ask you for space?
If all it is is 8 letters,
Why is it so hard to say?
When I close my eyes,
It’s you there in my mind,,
When I close my eyes
If all it is is 8 letters,
Why is it so hard to say?
If all it is is 8 letters,
Why am I in my own way?
Why do I pull you close and then ask you for space?
If all it is is 8 letters,
Why is it so hard to say?
Syazaqi Rulya menyanyi kecil di ruangan dapur itu sambil tangannya ligat mengeluarkan bahan-bahan basah dari peti sejuk untuk memulakan aktiviti memasak. Dia sahajalah yang aktif dalam memasak. Sayur-sayuran diletakkan di dalam sebuah bekas lalu diletakkan di sinki.
“Okey Ulya, harini kau masak paprik ayam dan tomyam,” Syazaqi Rulya merancang sendiri.
Gadis itu mengeluarkan pula bahan-bahan utama untuk membuat paprik. Pes tomyam dikeluarkan dari kabinet. Bahan-bahan tersebut dibiarkan di atas meja lantas Syazaqi Rulya beralih kepada sayur. Dia membasuh sayur-mayur terlebih dahulu sebelum sayur-mayur itu dipotong.
“Oi!” Panggil Hafrina yang tiba-tiba muncul di belakang Syazaqi Rulya.
“Hoi engkau terbang melambung!” Latah Syazaqi Rulya dek terperanjat sehingga air terpercik mengenakan wajahnya.
Dia mengelap mukanya menggunakan hujung lengan. Hafrina yang sedang tersengih dipandang tajam. Tadi mogok sekarang dah cool balik siap tersengih lagi. Pelik perempuan ni.
“Apahal?”
“Esok kita tak ada kelas kan?” Tanya Hafrina sambil memeluk tubuh. Kakinya disilangkan lalu dia menyandar di dinding sambil memerhati Syazaqi Rulya yang sedang membasuh sayur. Tidak terdetik di hatinya untuk membantu gadis itu.
“Tak ada,” jawab Syazaqi Rulya bernada biasa.
Semakin melebar sengihan Hafrina di belakang Syazaqi Rulya. Ini peluangnya!
“Jam 9.00 malam ni kau bersiap okey? Aku nak bawa kau keluar jalan-jalan,” ujar Hafrina.
“Lewat ar. Mana ada pusat beli-belah buka malam. Baik aku tidur,” Syazaqi Rulya menolak. Pelik tiba-tiba ajak orang keluar malam.
“Aku bukan nak bawa kau pergi pusat beli-belah, ngek,”
Syazaqi Rulya memusingkan tubuhnya yang membelakangi Hafrina tadi.
“Dah tu kau nak heret aku pergi mana?”
“You will know it on this night,” balas Hafrina seraya menghilangkan diri ke tingkat atas.
Syazaqi Rulya menggulingkan bebola matanya. Bukannya nak tolong orang masak, malah nak bergayut dengan kononnnya teman lelaki melalui panggilan video. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai tak bertauliah teman serumahnya itu. Malas ingin mengambil tahu tentang Hafrina, Syazaqi Rulya menyambung semula kerjanya yang tergendala.
“IPANG, bangun sayang,” Puan Khadeeja mengejut anak terunanya yang masih enak dibuai mimpi di atas katil bersaiz king. Rambut putih anaknya diusap.
Puan Khadeeja menggelengkan kepalanya. Pengaruh negatif rakan sebaya zaman sekarang memang tidak dapat dibendung. Sudahlah anaknya menetap di Amsterdam selama tiga tahun. Tidak mustahillah mudah terpengaruh dengan pengaruh barat.
Qahnaf Irfan membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengukir senyuman manis untuk uminya.
“Umiii… Ipang rindu umi,” ujar Qahnaf Irfan manja.
“Kalau rindu, bangun cepat. Dah nak petang ni tak bangun-bangun lagi. Bertuah punya anak,” omel Puan Khadeeja.
Sekelip mata sahaja Qahnaf Irfan sudah duduk tegak sambil tersengih kambing memandang wajah uminya yang telah disolek dengan solekan nipis.
“Baba dah balik ke umi?” Tanya Qahnaf Irfan sambil tangannya ligat menggosok matanya kerana penglihatan yang masih kabur. Maklumlah, tahi mata sejati masih melekat di celah mata.
“Baba sekarang dalam flight menuju ke KLIA. Ipang pergi mandi lepas tu pergi salon. Hitamkan balik rambut tu. Kamu ni nampak sangat tinggal solat sepanjang di Amsterdam. Kalau baba tahu ni nahas kamu, Pang,” Puan Khadeeja mengomel lagi.
Sejujurnya wanita berusia 50-an itu agak marah dengan kelakuan anak bongsunya seorang itu. Kekuatan rohaninya kini sangat jauh berbeza dengan si abang, Qahnaf Izwan yang tidak pernah lupa membuat amal ibadat. Sebagai seorang umi kepada dua orang cahaya mata, dia tahu Qahnaf Izwan seorang yang tidak mudah terpengaruh, bahkan dia lebih berwaspada. Tidak seperti Qahnaf Irfan yang mudah terpengaruh dan terdedah dengan keadaan di sekelilingnya. Silapnya juga kerana memujuk si suami supaya membenarkan Qahnaf Irfan melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Amsterdam sedangkan peluang untuk anak itu masuk ke universiti tempatan amat besar kerana tahap kecemerlangannya yang cukup syarat.
“Umi, Ipang tahu umi sebenarnya tengah marahkan Ipang. Salah Ipang sebab mudah terpengaruh. Ipang alpa semasa dekat Amsterdam. Iwanlah yang dok tazkirah Ipang sampai ssupp menusuk ke hati. Katanya krim vanila tumpah atas kepala Ipang,” luah Qahnaf Irfan penuh kesal.
Puan Khadeeja hanya tersenyum mendengar luahan anak bongsunya yang ingin berubah. Sejuk hatinya kerana Qahnaf Irfan terkesan dengan tazkirah dan masih menerima nasihat yang diberikan oleh anak sulungnya.
Tangan Qahnaf Irfan diraih lalu digenggam perlahan tangan itu. Puan Khadeeja memandang wajah tampan anaknya walaupun rambut jejaka itu masih serabai.
“Umi yakin Ipang tak pernah sentuh anak dara dekat sana kan? Kamu dah menyesal dengan dosa yang kamu buat dan sekarang bertaubatlah nak. Peluang untuk bertaubat masih ada. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nur, ayat 31: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya,”
Qahnaf Irfan mendengar dengan penuh teliti sambil menghayati apa yang dijelaskan oleh uminya. Hatinya terkesan buat kali kedua, malah lebih mendalam dari semalam.
“Berdasarkan tafsir Al-Quran al-‘Azim, 10/225, Ibn Kathir berkata: Yakni, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu daripada sifat-sifat yang indah dan akhlak-akhlak yang mulia. Tinggalkanlah kebiasaan kaum jahilliah yang memiliki akhlak dan sifat yang tercela, kerana kejayaan hanya dapat dicapai dengan mengerjakan apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya,” jelas Puan Khadeeja dengan lebih terperinci.
Qahnaf Irfan tergamam. Dia kagum dengan uminya kerana telah menghafal setiap bait perkataan yang telah ditulis dalam tafsir Al-Quran itu serta terjemahan Al-Quran. Sedangkan si anak masih cetek dalam ilmu agama walaupun telah dididik dari kecil. Dia hanya menghafal surah-surah pendek sahaja tetapi tidak semua surah dalam senaskah Al-Quran. Senyuman manis diukir untuk Puan Khadeeja.
“Tak apalah umi. Ipang nak tunggu baba balik. Nak buat surprise gitu,”
“Ha, yelah. Tak pasal-pasal kepala kamu kena ketuk sebab dapat kejutan rambut putih daripada anak dia,” sindir Puan Khadeeja.
Qahnaf Irfan ketawa mengekek.
“Ipang tak kisah pun kena ketuk. Ipang memang nak jujur dengan baba yang Ipang dah buat salah,” ujar Qahnaf Irfan ikhlas.
“Okeylah kalau kamu dah cakap macam tu. Umi nak pergi ke tahfiz ni. Nak ikut tak?” Tanya Puan Khadeeja.
Soalan Puan Khadeeja dibalas dengan gelengan tanda anaknya tidak mahu ikut.
“Ipang kan nak tunggu baba sampai. Lagipun, Ipang seganlah datang ke tahfiz umi dengan rambut beruban ni. Nanti apa pula kata budak-budak sana. Kang tercemar maruah umi dan baba pun mesti naik angin,”
Puan Khadeeja tersenyum. Ada betulnya apa yang telah dicakap oleh anak bongsunya itu.
“Umi pergi dulu. Jaga rumah ni elok-elok. Abang kamu tak ada di rumah. Kamu pergi mandi. Assalamualaikum,” pesan Puan Khadeeja.
“Baiklah umi. Waalaikumussalam,”
Share this novel