Bab 8

Romance Completed 11408

?Bab 8

Satu hari, aku mendapat khabar, orang kampugku cuba mengepung Amar dan mahu ‘mengerjakannya’. Ya Allah ! Apa salahnya ? Aku tidak faham. Puas aku terangkan secara baik namun tidak dipedulikan. Aku cuba dapatkan khidmat kanuseling di jabatan agama. Banyak penjelasan, pengajaran dan pilihan jalan penyelesaian yang diberikan oleh Ustaz Zafiruddin.

Akhirnya, aku bertekad untuk tetap berkahwin dengan Amar, memandangkan talah banyak modal wang ringgit aku laburkan dalam perniagaan kami. Itu bermakna, aku dan dia perlu bertemu setiap hari atas urusan perniagaan. Bagaimana pula kami nanti mengawal hati dan nafsu ? Tak mungkin aku menghentikan perniagaan ini begitu sahaja, kerana sebahagian besar modal yang aku perolehi ialah dari wang simpanan ayah ! Itupun, bukan aku yang meminta, tapi ayah yang memberinya.

“Ayah tak kisah, kau nak kahwin dengan duda ke siapa ke, tapi ayah tak suka keluarga kita bergaduh-gaduh. Kalau boleh, carilah orang lain….”

Aku terkedu. Ayah memang dari dulu banyak mengalah dengan kehendak mak dan abang-abangku. Ayah paling tak suka bertelagah dengan keluarga sendiri. Namun, kerana terlalu yakin yang Amar mampu membimbingku menjadi peniaga yang baik dan juga isteri yang baik, aku tekad juga. Telah ramai lelaki yang aku kenali yang hanya tahu mengharapkan cintaku, tapi tidak cuba membimbingku. Dengan Amar, aku mampu rasa selamat, dan rasa terdidik. Aku juga rasa hormat padanya.

Pernah aku putus asa, dan ingin pergi meninggalkan semuanya. Meninggalkan Amar, meningglkan perniagaanku, meninggalkan keluargaku.

Aku ingin pergi membawa diri. Tapi aku sedar, aku tidak boleh lari dari masalah. Aku mesti menyelesaikannya. Amar juga pernah menitiskan airmata bila aku memutuskan untuk menghentikan segalanya.

“Sabarlah. InsyaAllah, ada jalan keluarnya. Abang sudah terlanjur teramat sayang pada Aisyah. Tak mungkin abang nak tengok macam tu aje. Apa abang nak cakap dengan anak-anak abang yang dah mula menerima awak ? Mana abang nak cari orang yang mereka suka lagi ? ” luah Amar dengan airmatanya yang pertama kali kulihat mengalir dipipi.

Dalam keadaan itu, pelbagai tohmahan orang kampung lemparkan kepada kami. Maklumlah, di pejabat yang aku sewa di dalam kampungku itu, hanya aku saja perempuan, dan pekerja lain semuanya lelaki. Aku sebagai pengurus perlu mengagihkan gaji mereka yang dibayar secara harian setiap hari, walaupun mereka sampai ke pejabat pada pukul 10 malam. Dari keadaan itu, pelbagai fitnah yang melanda.

Akhirnya, kerana tidak mahu fitnah antara kami berlanjutan, kami bernikah dengan mendapatkan perintah dari pejabat Qadhi. Aku terasa kesal kerana mengecewakan keluarga, namun aku perlu terus menghadapi keputusan yang aku pilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience