Bab 11

Romance Completed 11408

?BAB 11

Hari minggu yang tenang. Seperti biasa, telah aku siapkan semua tugasan di rumah. Amar mengajakku keluar. Dia minta aku bersiap. Keluar tanpa anak-anak, kecuali Aqil, katanya. Aku hanya menurut. Dia membawa kau ke Danga Bay. Kami mencari satu tempat duduk yang redup, di bawh pokok-pokok yang merimbun. Masih awal, baru pukul 10 pagi. Amar mendapatkan sesuatu untuk aku. Kembalinya Amar, dia membawa minuman bersama seseorang, dan aku tahu siapa orang itu. Aku sudah mengaggak dari awal lagi.

“Aisyah, ii..iii…inilah Siti Maslinda.” Ujar Amar dengan agak gugup. Ku lihat, gadis itu agak payah untuk membalas pandanganku. Aku hulurkan tangan untuk bersalaman. Salam ku di sambut namun sekejap sahaja.

“Abang, abang bawalah Aqil pusing-pusing. Biar Aisyah berkenalan dengan dia.” Ucapku dengan senyuman.

Aku cuba sedaya upaya bersahaja. Alhamdulillah, tiada perkara buruk terlintas difikiranku. Amar bersetuju dengan permintaanku, lalu beredar membawa Aqil.

“Apa khabar linda ? Boleh akak panggil dengan nama tu ?” Aku memulakan perbualan.

“Boleh….err… saya baik aje kak…” jawapannya agak terketar-ketar.”

“Linda jangan lah risau. Akak tak ada apa-apa. Kita berkenalan macam kawan aje. Ok ?” ujarku yang semakin tenang.

“Ye kak.” Sambutnya.

“Akak tak mahu tahu tentang apa yang Linda buat, contohnya kerja linda atau aktiviti linda. Itu hak linda. Akak pasti, Abang Amar dah tahu semua tu. Kan ?” Dia hanya mengangguk.

“Boleh akak terus ke perkara utama ?” Dia mengangguk lagi.

“Ok. Linda serius ke dengan Abang Amar ? ” Dia memandang sekilas wajahku, lalu tunduk.

“Ya kak.”

“Keluarga Linda dah tahu ke ?” Dia menggeleng. Aku dah mengagaknya. Sebenarnya, aku tidak mahu Amar melalui lagi satu tentangan keluarga. Aku kesiankan Amar. Cukuplah dugaan waktu kami ingin bersama dulu. Di usianya kini, entah mampukah dia menangani semua itu lagi.

“Linda bersedia untuk berkongsi segala-galanya ? Akak tidak melarang jika abang nak meluangkan masa bersama linda nanti. Tapi, linda juga mesti faham, abang punya anak yang ramai. Akak tak mahu nanti linda fikir, akak menggunakan anak-anak sebagai alasan untuk sentiasa mencuri masa abang dari linda. Akak juga tak nafikan perasaan cemburu akak ada. Akak cuma wanita biasa.”

Dia diam. Wajahnya menunduk seolak merenung jauh ke dalam bumi.

“Linda bersedia mengenali Abang Amar ? Dia ada bermacam karekter yang tersembunyi. Kalau linda benar-benar serius, linda perlu bersedia juga dengan keluarga Abang. Maafkan akak linda. Akak bukan hendak mengugut atau menakut-nakutkan linda dengan semua pertanyaan tadi. Cuma, akak perlu jaga semua tu untuk kepentingan Abang Amar, keluarganya dan Linda sendiri.” Aku cuba mengukir senyuman kepada linda.

“Linda tak mahu cakap apa-apa ke ? Tak mahu tanya akak apa-apa ke? Akak tak kisah. Akak bersikap terbuka.”

Dia mengangkat wajahnya. Suasana sunyi seketika.

“Kak. Saya tak sangka, sebegini tenang penerimaan akak tentang perkara ini. Tak perlulah saya melihat kemesraan akak dengan Abang Amar, saya melihat akak sendirian di sini, setenang dan setabah ini saja, sudah membuatkan saya cemburu. Cemburu kerana saya tak setabah ini kak. Hati saya ini meronta-ronta ingin memekakkan telinga dan tak mahu dengar apa-apa pun yang akak katakan. Kerana saya terlalu cemburu, dan saya tahu saya tak mungkin boleh menjadi seperti akak…..” Aku diam. Kulihat airmatanya mengalir.

“Saya sudah sangat menyayangi abang Amar. Tapi saya tak yakin saya mampu menghadapi semua itu kak. Saya sendiri tak pasti sejauh mana Abang Amar meletakkan hubungan kami dalam hidupnya. Salah saya yang tidak cuba mengundur diri saat tahu dia sudah berkeluarga. Saya sangat tertarik denga dia.”

Aku hanya tersenyum.

“Akak faham. Abang Amar punya karekter yang membuatkan orang mudah mesra dengannya. Berbual dengannya membuatkan kita seronok. Dia pandai menggembirakan hati orang lain. Dia pandai menghilangkan serabut di kepala orang lain. Dia memang macam tu Linda. Dengan sesiapa sahaja dia akan tersenyum dan ketawa. Dia sangat mesra dan bijak mengubah suasana. Sebenarnya, ada beberapa perempuan lain yang pernah cuba merapati dia. Sebelum akak, sebelum linda. Hanya dia yang tahu, siapa yang dia mahu.”

Kami diam. Aku merenung Singapura yang jelas kelihatan dari situ.

“Linda sudah tahu pendirian akak. Akak terima keputusan Abang Amar seadanya. Apa juga yang bakal akak tempuhi, akak cuba redha seikhlasnya. Akak hanya wanita biasa. Bagaimana dengan Linda ?”

Dia membisu. Ku lihat dari jauh Amar semakin menghampiri kami.

“Beginilah Linda. Linda fikirlah. Apa jua keputusannya, linda boleh berbincang dengan Abang Amar. Nasihat akak, jangan lupa, dapatkan keizinan dari keluarga. Jangan sampai ada yang tidak setuju dengan keputusan Linda nanti. Abang Amar pun dah sampai tu.”

Aku menghampiri Amar kerana terdengar rengekan dari Aqil. Aku mengambil Aqil dari strollernya.

“Aqil haus agaknya bang. Minta kunci kereta bang. Biar Aisyah susukan Aqil di dalam kereta. Aisyah tunggu abang.”

“Ok. Nanti abang datang.” Aku terus berlalu meninggalkan mereka di situ.

Terlena Aqil selepas kenyang disusukan. Amar tiba dengan wajah yang masih kusut. Diam tanpa sepatah kata, dia memandu pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience