Bab 4

Romance Completed 11408

?BAB 4

Aku terus di bawa ke bilik saringan untuk diperiksa oleh doktor.

“Bukaan puan sudah 8 cm..! Hantar puan Aisyah ke labor room sister..”

Aku mula berjuang antara hidup dan mati. Betapa kesakitan itu cuba ku letak ke tepi untuk melahirkan seorang lagi zuriat hasil cinta aku dan Amar. Sesungguhnya Allah saja yang mengetahui betapa dahsyat sakit yang aku rasakan. Dengan bantuan misi dan seorang doktor, dalam masa hanya 45 minit, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, satu-satunya putera dalam keluarga kami…Alhamdulillah ! Hasrat aku tercapai ! Hasratku untuk memberikan anak lelaki kepada Amar dimakbulkan Allah…….Syukur Ya Allah…!

Amar masuk dengan agak terkejut. Terkejut kerana agak cepat proses melahirkan kali ini. Dia terus mendukung anak kami yang telah dibersihkan dan terus mengazankan bayi comel itu. Ya Allah…. Airmataku sudah tidak mampu tertahan lagi. Amar senyum dan datang kepadaku dan terus mengucup lembut dahiku. Penuh syahdu dan terasa amat sayu ketika itu….

Selesai semuanya, aku dihantar ke wad bersalin. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku lega, semuanya sudah selesai. Hanya kini aku perlu melalui proses berpantang. Tidak lama kemudian Amar dan anak-anak ku sampai.

Oh, aku gembira melihat semuanya ada di sini. Mengelilingi ahli baru dalam keluarga. Amar kelihatan sangat gembira. Ya Allah ! Jika aku mampu memiliki rasa gembira seperti ini sehingga ke akhir hayatku !

Sedang saat-saat penuh makna itu ku lalui, telefon amar berdering, tanda ada panggilan. Ku lihat Amar teragak-agak untuk menjawab. Dia menjawabnya jauh dari kami. Aku mula tersentuh dan terdetik, mungkinkah SM yang menelefon ?

Kenapa mesti di saat ini ? Dia hendak bertanya khabar tentang aku kah ? Jika betul, kenapa mesti Amar berbicara dengannya secara sembunyi ? Ah ! Tidak mahu lagi aku fikir, nanti, aku menangis pula di hadapan-anak-anakku.

Ku belek-belek wajah bayiku. “Ya Allah ! Semoga anak ini akan menjadi penguat kasih antara aku dan Amar !”

Semalaman aku dan bayi di hospital, aku pun dibenarkan pulang oleh doktor. Aku menelefon Amar untuk mengkhabarkannya tentang itu. Setelah aku bersiap-siap, aku menerima panggilan daripada Amar.

“Aisyah, abang minta maaf ye, nanti Sara yang akan jemput Aisyah dari hospital. Suruh dia selesaikan semua. Abang dah bagi dia duit lebih tu. Abang ada urusan penting ni. Tak dapat nak elak, takut tak sempat pulak. Nanti, lama pula Aisyah nak kena tunggu Abang. ”

Aku seperti terkedu. “Ye bang…”Balasku lemah.

Dalam 45 minit, Sara, anak sulung Amar sampai. Setelah dia selesaikan semuanya, kami pun pulang. Di rumah, ibu mertuaku sudah siap sedia menyambut kepulangan aku dan bayi. Semalam, Amar sempat menjemput ibunya dari kampung.

“Amar kemana sebenarnya ? Kenapa Sara yang kena jemput pula ? Dia ada urusan apa ?” Tanya emak sebaik aku selesai menidurkan bayiku.

” Entahlah mak, dia kata penting. Jumpa customer agaknya.” Emak menggeleng-geleng kepala.

Sepanjang seminggu ibu mertua menjaga aku. Luka pun sudah hampir pulih. Aku juga sudah beransur sihat selepas mendapat khidmat urut badan dari Kak Jah, tukang urut di kawasan ini. Namun masih terasa sakitnya. Biasalah tu. Habis tempoh pantang, sembuhlah sepenuhnya. Inikan anak yang ketiga. Aku sudah biasa melaluinya.

Amar nampaknya sibuk benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience