Bab 3

Romance Completed 11408

?BAB 3

Hari kelahiran anak ini rasanya semakin hampir… aku sudah mula merasakan sakitnya. Namun masih cuba memenuhi tugas harianku semampu dan sekuat yang boleh.

Di satu malam yang hening, aku mula terasa kembang kecutnya rahim. Hujung ari-ariku sudah mula rasa seperti mengembang. Pergerakan bayi juga semakin kurang, sebaliknya dia sentiasa mengeras.

Aku mula menelefon ibuku dan ibu mertuaku. Ku pohon ampun dari mereka, ku pohon mereka halalkan semua untukku. Aku juga memohon doa dari mereka untukku.

Ya ALLAH ! Sakitnya tak dapat ku tahan lagi. Malam itu ku cuba tidur, kerana belum ada tanda-tanda seperti keluar darah atau air ketuban pecah.

Suamiku nyenyak tidurnya, Aku tak boleh berbaring lagi. Aku tahan lagi sakit itu walaupun airmata sudah membasahi pipi.

Bibir ini tidak henti berselawat, berzikir dan membaca surah Al insyirah. Serasa bagai mahu menjerit sekuatnya dek kesakitan yang tidak tertanggung. Subuh kian hampir. Aku tidak mampu menanggung lagi.

Bayiku juga semakin kuat mengeras. Terasa bagai mahu pecah perut ini dan sakit di bahagian ari-ari juga tidak tertanggung. Ya Allah ! Berikanlah aku kekuatan !

Ku gegar badan Amar.

“Abang, sakit sangat ni…”

Amar terkejut dan terus bangun.

“Nak ke hospital sekarang ? ” Aku angguk lemah… Dia bergegas bangun. Bersiap, mencapai apa yang patut, dan berpesan kepada anak sulungnya untuk menguruskan segala urusan di rumah.

Dalam perjalanan ke hospital, aku terus membasahkan bibir dengan zikir dan bacaan surah Al Insyirah. Sampai di kaunter pendaftaran bilik saringan, sempat ku cium tangan suamiku,

“Abang, ampunkan salah silap Aisyah ye…Halalkan semuanya, redhailah Aisyah ye bang….”

“Ye, abang ampunkan, abang redha….Sabar ye.” Amar mengucup dahiku perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience