Bab 6

Romance Completed 11408

?Bab 6

Aku ditemukan dengan Amar tidak berapa lama kemudian. Kami berkenalan kerana perniagaan. Pada awalnya, aku agak ragu dengan Amar.

“Dia nampak macam gangster je. Lepas tu kan, nampak sangat macam orang dah kahwin tau.” Luahku pada anak buahku yang paling rapat.

“Mak Su suka kat dia ke ? ”

“Hish, tak kot. Tapi dia tu macam mengurat Mak Su je tau. Lepas tu, Mak Su asyik teringat aje kat dia. Entahlah Umi…”

Satu hari, Rafi, pembantu Amar bercerita tentang Amar kepadaku.

“Abang Amar tu duda anak tiga. Dah 4 tahun orang rumah dia meninggal. Kesian tengok dia. Tiap minggu ulang alik dari sini ke kampung untuk melihat anak-anaknya. Mak dia yang jaga anak-anak dia.”

“Ooo……macam tu rupanya.”

“Dia memang nampak ceria aje kan. Tapi dalam hatinya, Allah aje yang tahu Aisyah..” ujar Rafi lagi.

“Satu perkara lagi yang penting.”

“Apa dia ? ”

“Abang Amar tu suka kat Aisyah. Dia tak pernah rasa macam tu kat perempuan lain selepas arwah isterinya. Rafi pun tak pernah tengok dia macam tu.”

Aku terdiam. Aku pula masih belum pasti tentang perasaan aku padanya.

Namun, hubungan kami semakin rapat bila kami mula membina satu perniagaan baru bersama. Dia seorang yang sangat berkarisma dalam berniaga. Dia sangat tegas dan cukup berdisiplin dalam menjayakan apa yang dia mahu. Namun hatinya juga lembut. Dia mudah memaafkan orang yang ada disekelilingnya. Dia juga sangat jujur. Hingga suatu hari, dia menunjukkan kepadaku gambar arwah isterinya serta anak-anaknya dan sijil kematian arwah isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience