Bab 7

Romance Completed 11408

?Bab 7

Satu hari, ada urusan yang perlu kami uruskan berkenaan perniagaan, dan kami keluar bersama. Selesai urusan, dia membawa aku bertemu dengan anak-anaknya. Kami berkenalan, dan aku seronok melihat hubungan mereka anak beranak. Sangat mesra.

“Mereka nampaknya macam suka aje dengan awak.” Ujar Amar semasa kami dalam perjalanan pulang.

“Ye ke ?”

“Iya. Dulu, ada juga abang kenalkan dengan dua tiga perempuan lain. Semua kena reject dengan anak abang. Kalau anak-anak abang tak suka, abang pun tak boleh terima.”

“Maksud abang ? ” “Maksudnya, kita dah dapat lampu hijau dari anak-anak abang.” Senyumnya meleret.

Aku pun rasa gembira juga. Aku sebenarnya sudah mula suka pada Amar. Namun ada kerisauan di hatiku. Bagaimana dengan penerimaan keluargaku nanti ? Mereka memang sudah mengenali Amar, sebagai rakan perniagaanku. Tapi itu saja. Mereka tidak mungkin menyangka jika aku mahu memilih Amar sebagai bakal suamiku.

Bila satu hari aku menyuarakan hasratku, jelas sekali tentangan hebat aku perolehi dari keluargaku. Mereka mula menyelidik tentang Amar dibelakangku. Malangnya, maklumat yang mereka dapat, tidak tepat sama sekali. Mereka telah diberitahu bahawa isteri Amar belum meninggal dan Amar seorang kaki perempuan dan gangster. Dari maklumat itulah mereka menghalang hubungan kami.

Walaupun puas aku tegaskan yang aku telah melihat sijil kematian arwah isterinya, aku juga sudah menziarahi pusaranya dan aku juga telah bertemu dengan anak-anak Amar, tidak seorang pun mahu percayakan aku. Remuk rasa hati ini !

Aku bukan sedih kerana tidak mendapat restu dari keluarga, tapi aku sedih kerana mereka lebih percaya orang luar dari diriku sendiri. Pergolakan dalam keluarga kami jadi semakin meruncing. Sehingga pernah aku terdengar yang mereka mahu mengurung aku di rumah, dan tidak mahu aku keluar.

Bagaimana dengan perniagaanku nanti ? Ianya baru mula berkembang dan mendapat sambutan yang amat positif. Perkembangannya sangat menaikkan semangat aku. Kalau tak suka aku berhubungan dengan Amar pun, janganlah sampai bertindak hendak mengurung aku macam budak kecil. Aku sudah berusia 23 tahun !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience