Bab 1

Romance Completed 11408

Semua Kerana Tuhan

SAKURA MALAYA

BAB 1

“Besarnya perut awak kali ni sayang…”

“A’ah bang, bayangkan, hari tu baru 8 bulan dah 2.2 kg anggarannya… Esok check up, entah berapalah berat anggarannya nanti……anak yang dulu-dulu tak macam ni….sakit pinggang ni ha…..”

Amar senyum memandang ke arah ku. Aku mengerti senyumannya. Dia gembira. Keluarga kami semakin membesar. Dia sudah punya tiga orang anak perempuan dari perkahwinannya sebelum ini. Isterinya meninggal dunia lebih kurang 12 tahun lalu. Bersama aku, kami telah dikurniakan dua anak perempuan. Aku dan dia hidup tenang bersama semua anaknya di dalam satu rumahtangga yang normal.

Aku meninggalkannya dan keluar untuk menyambung kerja-kerja mengemas. Amar pula terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Sedang aku khusyuk mengelap meja makan kesayangan Amar, aku tersentak dengan deringan telefonnya yang ada di atas meja itu.

Ada SMS. Ku capai untuk memberikan kepada Amar dan sempat ku lihat nama yang tertera, SM012.

Aku tahu siapa itu, Siti Maslinda. Amar masih di dalam bilik mandi. Hampir aku menekan butang Read. Tapi aku yakinkan diri, aku wajib amanah dengan suamiku.

Biarlah Allah yang mengawal segalanya. Aku beristighfar untuk menenangkan diri dan menyambung kerjaku. Tak sampai berapa minit, telefon itu berbunyi lagi, tapi kali ini panggilan, dari orang yang sama. Bergegas pula Amar keluar dari bilik untuk mendapatkan telefonnya. Deringannya mati.

‘Nak apa agaknya anak dara tu dengan laki aku.’ Getus hatiku…… Ku biarkan gelagat suamiku yang sedang cuba menghubungi SM semula. Aku cuba mengawal gejolak hati yang mula bergelora. Ku ingatkan semula diriku sendiri, ‘jika satu hari nanti hubungan mereka hingga ke peringkat pernikahan, aku mesti terima dengan redha.

Siapalah aku untuk menghalang. Ya Allah, semoga aku mampu menerima takdirMu.’

Aku berjaya mengawal emosi, Alhamdulillah. Amar yang sudah bersiap untuk keluar, cuba bergurau senda denganku.

Mungkin dia rasa bersalah dan risau aku akan terasa hati. DugaanMu ya Allah, sedangkan, baru semalam kami meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8.

Bila Amar selesai menyarung kasut dan kami bersalaman, telefonnya berdering lagi, dan dia terus masuk ke dalam keretanya lalu menjawab panggilan itu. Entah kenapa, aku yakin itu panggilan dari SM. Hati tercuit lagi. Ingin tahu, apakah yang dimahukan dari suami ku ? Ahh…Lantaklah……

Hilang kelibat Amar, aku terus menghadap PC di bilik kami. Aku terus melayari Fac. Aku curi-curi baca di wall SM. Oh, dia hendak menaiki flight dari Kuching Sarawak ke Johor Bahru. Baru balik dari satu acara sukan.

‘Telefon tu, nak mintak abang jemput dia ke ?’ Fikirku. Ah! Kenapalah aku termakan lagi pujukan syaitan, tak sepatutnya aku buat macam ni. Biarlah apa yang suami nak buat, bukannya aku mampu melarang. Tak mahu aku menjadikan perkara yang belum pasti sebagai punca pergaduhan. Aku tak pernah bertekak dengan Amar kerana orang lain. Jadi aku mahu kekalkan rekod itu.

Cuma, terdetik di hatiku, kenapa aku selalu kata, aku redha jika suami ingin berkahwin lagi, sedangkan baru sedikit dugaan seperti ini, aku sudah seperti cacing kepanasan. Aku mungkin akan lega jika suami bersikap jujur padaku, mengatakan dia ada teman wanita yang mungkin menjadi madu ku. Sesekali aku kesal kerena pernah senyap-senyap membaca perbualan mereka di fac suamiku. Mereka saling melafazkan rindu. Hampir gugur jantung ini ku rasakan.

Namun aku bersyukur aku masih mampu berlagak selamba dihadapan suamiku. Teringat pada suatu hari, aku sengaja menduga suamiku,

“Girlfriend abang yang dekat fac tu olahraga ye ? ” Kulihat Amar kaget, tapi cuba mengawal dirinya.

“A’ah. Mana awak tahu ?”

“Dia satu kumpulan dengan classmate Aisyah dekat sekolah dulu…Dia ada tag classmate Aisyah tu dekat gambar dia.”

“A’ah, dia budak sport. Girlfriend yang gonjeng.” Ya Allah ! Betapa aku cuba mengawal emosi dan sebak di dada. Aku sedih kerana dia tak pernah bercerita padaku tentang perempuan itu.

“Mana awak tahu abang ada girlfriend dekat Fac ? ”

“Ooohh…. Dah lama dah. Hari tu kan Abang bagi Aisyah pakai telefon abang tu. Aisyah cuba nak padamkan semua sms yang dah sarat dalam inbox dan sent messages tu… tp kena delete satu-satu pulak, sebab dia tak ada option mark. Takut terdelete sms yang penting. So, Aisyah terjumpalah beberapa SMS abang untuk dia….” Ujarku seselamba yang boleh, walaupun hakikatnya, hati ini bergetar hebat mengingati apa yang tertulis dalam rangkaian SMS itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience