Bab 2

Romance Completed 11408

BAB 2

Amar terus diam dan terus keluar. Dia agak tidak selesa untuk beberapa hari selepas itu. Aku dapati, dia telah memadamkan semua perbualannya di facnya. Adakah kerana rasa bersalah atau apa, aku tidak tahu. Aku pun tidak pernah lagi bercerita tentang semua itu dengannyu. Aku sebenarnya mengharapkan dia yang akan bercerita.

Ada satu perkara yang aku tidak faham. Wanita seperti SM ini, yang berkenalan dengan lelaki melalui fac, mengapa mereka tidak berfikir panjang ? Sedangkan di profile suami, terang-terang sudah menunjukkan status berkahwin dan ada juga namaku di situ. Boleh saja dia menambah aku sebagai rakan facnya.

Jadi pada aku, dia kurang jujur. Amar seorang lelaki yang suka mengusik perempuan. Walaupun ketika aku bersamanya.

Tapi, bila perempuan yang diusiknya bertindak selamba atau tak melayan, dia pun tak kisah dan buat tak tahu saja. Dia cuma menghiburkan dirinya. Aku sangat faham perangai suamiku.

Tapi, SM pula suka melayan. Dia memberikan respon yang membuatkan suamiku rasa muda semula. Dia membalas semua ucapan romantik dari Amar. Memang Amar yang memulakan.

Pada tahap ini, aku tidak marahkan SM, tapi jika dia berfikir panjang, selepas melihat suamiku berstatus “berkahwin”, seharusnya dia menjaga dirinya dan maruah wanita. Sepatutnya dia mula membataskan perbualan. Seharusnya dia meletakkan dirinya sebagai isteri lelaki itu.

Apakah rasa isterinya jika mengetahui perkara ini. Bagaimana jika suamiku hanya ingin mempermainkan dia ? Dia mahu salahkan suamiku sepenuhnya juga ?

Aku juga tidak boleh membantah jika suami ingin mengahwininya, tapi, jika dia tidak serius dengan hubungan itu, macam mana ? Aku juga takut suami tidak adil dalam melayari rumahtangga berpoligami, kerana permulaannya saja sudah mula berahsia. Apa pun, aku tak mahu buruk sangka.

Dan aku masih cuba bersedia menerima sebarang kemungkinan. Dalam keadaan sarat begini, rutin harianku aku teruskan dan cuba menghindarkan buruk sangka kepada suami.

Memang aku tidak menghalang dia berpoligami. Carilah wanita yang baik atau yang susah, yang faham tatacara hidup berkongsi kasih, dan tahu menghormati keluarga suami. InsyaAllah, poligami itu mampu memberikan kemanisan madu yang berpanjangan. Jika isteri-isteri tidak dapat bekerjasama, mungkin suami pun tidak dapat merasakan kemanisannya….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience