BAB 9

Other Completed 7202

WAKTU menunjukkan pukul 9.00 pagi. Di suatu tempat, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang berkumpul berhampiran kawasan air pancut. Ada yang sibuk berbual dan ada yang sibuk bergambar. Tidak lupa kepada beberapa insan yang sedang menjamu makanan.

“ Guys, kapten nak mintak beberapa orang untuk bantu dia angkat barang.” kedengaran suara seseorang memberitahu hal berikut. Namun kelihatan si empunya diri sedang duduk bersama rakannya. Huh dasar pemalas. Cakap tak serupa bikin.

“ Saya saya !” Aku yang sedang mengunyah makanan terus tersedak. Mataku memandang ke arah Ismi bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“ Kau serius? Walaweyh, Encik Mimpi membawa satu perubahan besar kepada seorang gadis bernama Ismi. Clap your hand.” selamba mulutku menyindir. Tidak disangka kepalaku diliku gadis itu.” Kau jangan nak cari pasal. Kau tak nak tolong, kau punya pasal. Aku ni suka menolong orang. Makanya aku tolong. Ada faham.”

“ Huh, ayat poyo.”

“ Dahlah, malas nak layan. Jom korang. Kita ni baik. Tak macam minah satu ni. Pemalas. Tahu makan je. Picnic belum start dia dah makan.” Aku tidak menghiraukan kata-kata yang lahir dari mulut gadis itu. Tanpa rasa ingin membantu, aku sekadar memerhati beberapa orang rakanku yang mula meninggalkan aku seorang diri di situ. Apalagi, selfie ! Say cheese ! Manakala di satu kawasan, kelihatan beberapa orang sedang sibuk mengeluarkan sesuatu dari dalam kereta.

“ Wah, banyaknya. EM masak ke?” satu suara menyoal.

“ Aku rasa macam pernah dengar suara ni.” jelas Tiara yang turut berada di situ. Suara yang bertanya itu seakan sebati dengan pendengarannya.

“ Aku pun. Macam familiar je suara ni.” Adila menyokong.

“ Eh awak-awak semua, sila tolong kapten angkat barang-barang ni bawa ke tempat yang dah saya tetapkan. Cepat. Nanti lambat picnic. Kalau dah tengahari baik tak payah picnic kan. Buat legam muka je.” Semua yang berada di situ tergelak mendengar seloroh Encik Mimpi yang lucu itu.

“ EM, dah tak ada lagi barang. Dah, saya dah penat.” Seorang gadis yang sedari tadi asyik mengeluarkan barang-barang dari dalam bonet kereta mengangkat wajah.

“ Oh my God. Kau buat apa kat sini?” tidak semena Nanie menyoal.

“ Kau? Kau buat apa kat sini?” gadis itu pula menyoal tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya tadi.

“ Eh, dah nampak kami dengan EM. Of course kami nak picnic dengan dia. Kau buat apa? Huh patut macam pernah dengar suara tadi. Rupanya kau.” Tiara menjawab. Sempat disindir.

“ Eh aku pun nak picnic jugak. Kau apa tahu. Sibuk je.”

“ Eh wait. Yang awak ni datang sini nak picnic dengan saya atau nak gaduh?”

“ Picnic. Kenapa tanya macam tu?” balas Izyan. Di tangannya terdapat plastik bersaiz sederhana yang mengandungi makanan barangkali.

“ EM marah ke? Relekslah. Okay-okay tak gaduh dah. Janji !” Ismi melafaz kata janji sambil mengangkat tangan bak pelajar ingin membaca ikrar sekolah.

“ Hanis, awak still nak gaduh ke? Tahu tak, saya tubuhkan The Mimpi Club sebab saya nak gabungkan korang semua. Walau berbeza negeri, latar belakang, saya nak korang bersatu. Dan saya buat picnic ni sebab saya nak luang masa dengan korang, nak eratkan hubungan korang dengan aktiviti luar ni. Tapi kalau macam ni jadinya, The Mimpi gaduh sesama The Mimpi, better saya batalkan je kan.”

“ Eh jangan !” Yuhanis Farahana menghalang.” Jangan batalkan. Okay, memang sebelum ni kami gaduh. Benci semua tu. Tapi kalau awal-awal saya tahu mereka The Mimpi, saya takkan cari gaduh. Sorry EM.” jelasnya perlahan.

“ Good. So lepas ni nak gaduh lagi?”

“ Tak !”

“ Nak benci lagi?”

“ Tak !”

“ Korang tahu korang siapa?”

“ The Mimpi !”

“ Okay good girl. Now angkat barang-barang ni. Yang lain mesti dah tunggu. Tak pasal-pasal saya jadi pakar motivasi di pagi yang mulia lagi indah ini. Actually acah-acah je ugut tadi. Haha ! Dah buat kerja. Potong gaji nanti.”

“ Ada gaji ke? Macam tipu je kan.” seloroh Adila selamba.

“ Ada. Gajinya peluh. Kalau awak bantu saya angkat semua ni, awak akan dapat sesuatu yang bernama peluh. Hah tulah gajinya.”

“ Choih. Hampeh punya kapten.” sempat Tiara mengomel lantas diangkat sebuah kotak sederhana. Entah apa yang terkandung di dalamnya. Setiap daripada mereka yang ada membawa barang. Kecuali si ketua yang hanya berlenggang tanpa membawa apa-apa. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka. Mula-mula gaduh. Lepas tu benci. At last baru sedar berada dalam team yang sama. You see that? The Mimpi forever. Bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Amboi bukan main konfiden aku berperibahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience