BAB 7

Other Completed 7202

“ASSALAMUALAIKUM.” AMIR RAYYAN yang sedang termenung itu sedikit tersentak tatkala mendengar ucapan salam itu. Kepala diangkat. Mata memandang tepat ke arah muka pintu. Kelihatan sahabat baiknya sedang berdiri di situ.

“ Waalaikumussalam. Masuklah.” balasnya perlahan di antara dengar atau tidak.

“ Nah makanan.” Lutfi Hadi meletakkan makanan yang sudah siap dibeli tadi di atas meja kopi.” Kau asal wei?” soalnya apabila melihat wajah muram sahabatnya itu. Seakan mempunyai masalah. Sedari tadi hanya berbaring di atas sofa panjang itu.

“ Entahlah. Aku pening. Aku cuba nak pulihkan hubungan, tapi lain yang jadi. Makin teruk. Aku dah buntu wei.” jelas Amir Rayyan. Posisi mula diubah. Dia yang tadinya berbaring mula berubah ke posisi duduk. Wajah lelaki dihadapannya dipandang sekilas.

“ Tak selesai lagi hal budak-budak tu?” Gelengan kepala memberi jawapan kepada soalan yang diaju Lutfi Hadi.

“ Macam nilah. Aku rasa ni je yang mungkin boleh bantu. First time wujudnya The Mimpi melalui apa?”

“ Lagu. Youtube.”

“ First time kau jumpa The Mimpi bila? Macam mana kau pertemukan The Mimpi yang asalnya daripada berlainan negeri dan latar belakang?”

“ First aku jumpa The Mimpi time gathering. The Mimpi bersatu lepas jumpa kat gathering and event lain.”

“ So pointnya kat sini, wujudnya The Mimpi kerana lagu. Bersatunya The Mimpi kerana gath dan event. Dan now macam mana kau nak eratkan mereka?”

“ Reunion. Eh tapi sama macam gath kan.” Lutfi Hadi menepuk dahinya.

” Ya Allah, asal aku ada kawan blur macam kau. Macam nilah, cara paling simple. Kau buat picnic. Macam waktu zaman sekolah, kita kenal some students tu sebab kita pernah jumpa mereka kat mana-mana. Tapi kenal belum tentu rapat. Then nak rapat kita join camp and so on. Sama macam kes ni. Memang mereka duduk dalam kelompok yang sama tapi belum tentu mereka rapat antara satu sama lain. Dan mungkin bila kau buat picnic ni, kau buatlah acara yang boleh rapatkan lagi hubungan antara diorang semua. Faham? Dan yang penting, dua kelompok yang tengah gaduh ni kena datang picnic ni. Then pandai kaulah nak atur. Takkan semua aku nak ajar kot.” Lutfi Hadi meluahkan apa yang tersarang di dalam kotak mindanya. Amir Rayyan termenung sejenak memikirkan cadangan yang disuarakan sahabatnya.

” Kalau tak berjaya?”

“ Adui. Tak cuba mana nak tahu. Kau ni cepat sangat mengalah, fikir negatif. Positiflah wei. Mana tahu boleh pulihkan hubungan budak-budak tu.” sangkal Lutfi Hadi. Geram dengan sikap lelaki yang cepat mengalah itu.

“ Hmm okaylah. Aku try. Thanks bagi idea.”

“ Dah. Makan tu. Ke kau nak aku suapkan jugak?”

“ Bengonglah kau. Aku boleh makan sendiri.”

“ Manalah tau. Kot tangan tu pun tak kuat jugak kan.” Lutfi Hadi berseloroh kecil.

“ Kasar nampak?”

“ Okay-okay. Makanlah. Banyak songeh pulak dia. Tak nak sudah. Aku ambil balik.”

“ Buruk siku.”

“ Macam siku kau lawa. Berkurap wei.”

“ Hadi !!”

“ Lalalalala. Eh remote tv mana? Nak tengok cerita.” tanpa menghirau jeritan Amir Rayyan, lelaki itu mengubah soalan.

“ Nah. Telan je remote tu. Biar otak kau normal. Nama doktor tapi macam tak normal je.” Amir Rayyan membaling remote tv ke arah sahabatnya. Tepat mengena pada dada lelaki itu. Lutfi Hadi menyeringai sakit sambil mengusap dadanya yang terasa sakit itu.” Aku normal. Hensem macho kiut miut. Tak macam kau. Mamat topeng.”

“ Kau jangan Di. Orang lain tengok tv kau aku bagi telan tv tu nanti.”

“ Bla bla bla. Diamlah. Bising je.”

“ Ewah macam rumah kau je kan.”

“ Remote remote, ada orang bercakap dengan saya ke?”

“ Mereng !” tanpa menghiraukan perangai kurang normal doktor yang berada dihadapannya itu, Amir Rayyan terus menyuap pizza ke dalam mulutnya. Boleh ikut gila otaknya jika mahu melayan perangai gila-gila sahabatnya itu. Bila sampai masa serius, macam lelaki mati bini. Bila datang gilanya, kalah orang kat tampoi tu. Patut dihumban ke dalam tu sekali. Haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience