BAB 2

Other Completed 7202

“ ASSALAMUALAIKUM.” AMIR RAYYAN yang sejak tadi hanya menunduk sambil menghadap fail kerja mengangkat wajahnya buat seketika. Salam dijawab di dalam hati.

“ Masuklah Di. Macam tak biasa je. Selama ni masuk rumah aku macam perompak okay je.”

“ Siot kau eah. Nah, pizza kau.” Lutfi Hadi menghulurkan sekotak pizza kepada Amir Rayyan. Lelaki itu pantas menyambutnya sambil tersengih.” Thanks. Macam tahu je aku tengah lapar.”

“ Kau ni kan, asal malas sangat nak masak. Berapa kali aku cakap, makan jangan tinggal. Nanti sakit macam mana? Aish macam nasihat tunggul je.” lancar mulut Lutfi Hadi membebel. Amir Rayyan yang sedang mengunyah pizza itu sekali lagi tersengih.” Busylah. Tak sempat nak masak.” ujarnya memberi alasan.

“ Banyak kau punya busy. Orang lain pun busy jugak tapi tak adalah lupa makan. Kau ni macam tak normal dah.”

“ Whatever. Yang penting kau ada bawak makanan tiap hari. Kan? Nikmat sungguh.” seloroh Amir Rayyan sambil membuat mimik muka ceria.

“ Tak apa. Aku no hal bawak makanan. Tapi hujung bulan aku claim balik. Boleh kan. Kalau no hal bagi aku nak bawak makanan kau, kau pun kena no hal lah bayar duit aku balik. Ya dak?”

“ Uitt, berkiranya kau. Merajuk setahun.”

“ Yeah jimat duit aku setahun tak payah beli makanan kau.”

“ Hadi !!” tangan Amir Rayyan pantas mencapai bantal kecil berbentuk kotak dan dibaling ke arah Lutfi Hadi. Geram dengan jawapan lelaki itu yang begitu menyakitkan hati. Lutfi Hadi sudah ketawa mengekek. Geli hati melihat raut wajah sahabatnya yang satu itu.

“ Kau busy ke wei?” soalnya mengubah topik perbualan.

“ Tak adalah. Saje buat busy bila tahu kau nak datang.” selamba Amir Rayyan menjawab.

“ Jawapan bengap. Wei, nak tanya.”

“ Tanya apa?”

“ Tadi masa aku parking kereta sebelum aku masuk dalam rumah kau ni, aku nampak ‘adik-adik’ kau melepak kat anjung tu. Tapi asal diorang tak tegur aku eah? Macam pelik sebab waktu kau tak ada tiap kali aku datang sini mesti diorang tegur aku.” jelas Lutfi Hadi panjang lebar. Amir Rayyan memandang lama wajah sahabatnya itu sebelum mengukirkan senyuman. Mulutnya terkunci untuk menjawab.

“ Wei aku tanya ni.” Lutfi Hadi merengus geram.

“ Tak ada apa. Mana aku tahu. Kau tanyalah budak-budak tu.”

“ Amir, aku dah kenal kau bertahun-tahun. Kau tak payah nak sorok sangat. Kau ada masalah ke dengan budak-budak tu?” terus menerus Lutfi Hadi mengajukan soalan kepada sahabatnya itu.

“ Tak ada apalah.”

“ Mir, baik kau jujur dengan aku.”

“ Aku okaylah. Nak jujur apanya. Kau ni pun.” Amir Rayyan berkeras menafikan.

Dia terus sahaja menyambung kerjanya dan membiarkan sahabatnya itu tertunggu akan jawapannya. Sengaja dibelek fail yang dipegang. Walhal tiada apa yang patut dibeleknya. Lutfi Hadi melepaskan keluhan kecil.

” Tak apalah. Aku tahu kau ada problem. Aku kenal kau dah lama. Tapi kalau kau tak nak cerita, tak apa. Aku pun tak nak paksa kan. Hmm aku balik dululah. Kau pun busy kan. Takut mengganggu pulak kat sini.” ujarnya bersama sedikit sindiran.

Sengaja berbuat demikian. Kerana dia tahu perangai sahabatnya yang satu itu. Perlahan dia bangun dan menapak perlahan ke arah pintu. Di dalam hati mengharapkan agar namanya dipanggil.

“ Hadi ! Okay aku cerita kat kau. Tak payahlah nak merajuk pulak.” Amir Rayyan menghalang.

Mana boleh mahu membiarkan sahabatnya itu pulang. Dahlah dia tak ada mood. Sekurangnya dengan adanya Lutfi Hadi lelaki itu mampu menghiburkannya.

Terukir senyuman lebar di bibir. Namun ianya terpaksa disorok saat badannya berpaling. Langkah diatur kembali ke arah sofa. Punggung dilabuhkan.

“ Ya aku ada masalah dengan budak sebelah ni. Dah dekat dua minggu kami tak bertegur macam dulu.” jelas Amir Rayyan tanpa dipinta.

“ Kenapa?”

“ Kami jadi macam ni sejak budak-budak office kat Sarawak tu datang sini. Masa tu aku dah janji nak bawak budak-budak ni keluar jalan-jalan. Then at the same time, budak Sarawak tu datang sini. Dia pun ajak aku keluar. Lepas tu aku tak tahu nak buat yang mana. Sedangkan kalau ikut hati better aku keluar dengan budak sebelah ni. Tapi macam yang kau tahu, aku ada cerita perangai salah seorang daripada kawan pejabat kat Sarawak tu. Mulut macam tak bayar insurans. Dia marah budak sebelah ni. Then budak-budak ni merajuklah. Sampai sekarang kot kitorang tak tegur.” Lutfi Hadi yang mendengar cerita Amir Rayyan sekadar mengangguk faham.

“ Yang kau pun satu, tak boleh ke kau tolak pelawaan budak Sarawak tu? Kau cakap jelah kau nak keluar dengan adik kau tu.”

“ Masalahnya aku tak sempat cakap apa minah Sarawak tu dah cakap dulu. Siap cakap aku dah janji nak keluar dengan dia. Entah bila agaknya aku janji. Dah tak pasal aku jadi musuh dengan budak sebelah ni.”

“ Hmm so nak buat macam mana?” Amir Rayyan menjongket bahu sebagai jawapan.

“ Ish kau ni. Setiap masalah ada jalan nak selesaikan. Bukan dengan cara putuskan silaturrahim.” Lutfi Hadi menasihati.

“ So kau ada idea?”

“ See otak seorang doktor jugak yang kau perlukan. Otak IT kau tak nak guna pulak eah cari idea. Haha.” seloroh Lutfi Hadi berserta tawanya. Amir Rayyan menjeling tajam ke arah sahabatnya sebelum pen yang terselit di celah jarinya dibaling ke arah Lutfi Hadi. Nasib tak kena kepala.

“ Hah, aku ada plan. Tapi kau kena ikut plan aku ni. Boleh?”

“ Kalau plan bagus aku ikut. Tapi kalau plan kau ke laut dengan kau sekali aku humban ke laut.”

“ Eah? Takut pulak aku.”

“ Apa plannya?” Kelihatan Lutfi Hadi mula menerangkan rancangan yang berada di dalam kotak fikirannya. Sekali sekala Amir Rayyan mengangguk faham dengan apa yang dirancangkan oleh sahabatnya itu. Dan kadang-kadang lelaki itu membuat muka blur mendengar penjelasan tersebut. Lutfi Hadi yang menerangkan siap melukis apa yang dirancangnya di atas kertas A4 kosong. Ceh macam misi nak tangkap perompak je siap lukis gambar bagai. Haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience