BAB 11

Other Completed 7202

“ BYE kakak-kakak semua. Terima kasih sudi datang rumah kami ni. Enjoy !” Tiara melambaikan tangannya ke arah Yuhanis Farahana, Izzati Aqila dan Amy Liana.

“ Ya. Next time korang pulaklah datang Sarawak jumpa kami ya.” ujar Amy Liana seraya mengukirkan senyuman.

“ Boleh. Kak Amy sponsor ticket.” Adila menyahut.

“ Boleh. Kak Hanis korang yang sponsor. Dia tu bos kat office. Banyak duit tu.” giliran Izzati Aqila menyampuk.

“ Woi. Kau perli aku ke apa?” Yuhanis Farahana merengus geram. Bahu sahabatnya diliku.

“ Kak Hanis bos? Seriusly?” Nanie menyoal bagai tidak percaya. Matanya sedikit membuntang.

“ Eh mana ada. Dia ni pandai-pandai jelah. Jangan percaya.” sangkal Yuhanis Farahana. Matanya menjeling tajam ke arah Izzati Aqila yang sedang menggelakkannya.

“ Mana ada. Betul. Kak Hanis korang ni bos. Tahu tak, kat office dia tak buat kerja. Asyik duduk je. Boslah tu kan.” Izzati Aqila masih tidak berhenti mengenakan sahabatnya yang mula merah padam menahan marah.

“ Zati ! Kau aku tinggal je nanti. Tak payah balik.” ugut Yuhanis Farahana yang tidak mampu menahan amarahnya.

“ Dah jangan gaduh. Karang dua-dua akak tinggalkan kat sini. Jom. Nanti terlepas flight naya je.” Amy Liana mula menenangkan keadaan.

“ Yalah. Korang, take care kat sini ya. Nanti ada masa kami datang lagi. Okay?”

“ Okay. Maaf tak dapat hantar pergi airport.”

“ Eh tak apa. Faham. Study betul-betul eah. Kami gerak dulu.” Aku dan rakan lain mengangguk faham. Seorang demi seorang bersalaman dengan Yuhanis Farahana, Izzati Aqila dan Amy Liana. Teksi yang diupah untuk membawa mereka ke airport bergerak laju di atas jalan raya meninggalkan rumah tersebut.

“ Bestkan kakak-kakak tu. Sporting. Gila-gila macam kita. Enjoy !” ujar Nanie gembira.

“ Betul ! Tapi kan macam tak percaya, dulu kita gaduh gila-gila dengan diorang. Tapi akhirnya, kita baik dengan diorang. Daebak !” Ismi bersuara sambil mengangkat ibu jari melambangkan tanda ‘ so good ‘ .

“ Orang kata jangan selalu bergaduh, benci sebab nanti orang yang kita benci tu yang baik dengan kita.” Izyan turut menyampuk.

“ Woi, tu bukan untuk lelaki perempuan ke. Macam kita tak boleh benci lelaki sebab mungkin lelaki tu yang akan jadi jodoh kita. Kan kan.”

“ Ah sama jelah tu. Yang penting masalah selesai. Now jom kita start cuci kereta. Dah berlapuk kereta tu aku tengok.”

“ Eh nanti.” Kami yang baru ingin mengatur langkah berhenti. Mata memandang tepat ke arah Ismi.

“ Masalah dengan jiran sebelah tak selesai lagi.” ujar gadis itu perlahan.

“ Ah tu nanti-nanti. Dah jom. Aku tak sabar nak main air.” ujarku selamba lantas bergerak ke arah paip air yang tersedia di halaman rumah.” Enjoy !!” jeritku lantas menyuakan getah paip yang dipegang ke arah rakan-rakan. Air yang memancut keluar daripada getah itu mengena pada wajah setiap insan di situ. Suasana riuh menghiasi kawasan rumah itu. Dengan buih sabun yang bersepah. Air yang terpancut. Bukan kereta yang dibasuh, tetapi manusianya yang dibasuh. Suara jeritan bercampur aduk ketika itu. Sementara di rumah sebelah, Amir Rayyan yang sedari tadi memerhati tersenyum kecil melihat keadaan sedemikian. Suka dia melihat telatah nakal jirannya itu.

“ Aih, masalah diorang selesai. Masalah aku jugak yang tak selesai. Apalah nasib. Tak apalah, yang penting The Mimpi tak bergaduh sesama The Mimpi. Ya Amir, berkorban untuk keluargaThe Mimpi kau tu. Dah, tutup lampu tu, mohlah kita pejamkan mata.’’ Dan dalam kiraan kurang dari 10 minit, mata mereka terpejam, membawa segala lelah dan kelegaan mereka dalam beradu, berdoa saja The Mimpi tidak masuk bergaduh bercakaran dalam mimpi masing-masing.

Cukuplah drama di dunia nyata, tak mahu dipertemukan walau dalam dunia mimpi sekalipun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience